MATTHEO menarik lelaki yang bertongkat itu ke dalam pelukan erat sebelum belakang badan datuknya itu digosok lembut. Matvei menarik senyuman sayu, meskipun berat hati tuanya hendak melepaskan cucunya namun dia mengerti keadaan cucunya. Mattheo memiliki tanggungjawab yang besar di Malaysia memandangkan lelaki itu memiliki syarikat sendiri.
Dia sudah cukup bersyukur kerana Mattheo sudah berhempas-pulas menyelamatkan syarikatnya yang hampir musnah dua bulan lalu. Malah, lelaki itu berjaya mencari siapakah dalang di sebalik kes tersebut. Untungnya, kerana kebijaksanaan Mattheo dan Alexander, saham syarikatnya kembali naik seperti dahulu kala.
"Ya obeshchayu tebe, kogda u menya budet vremya, ya snova priyedu v Rossiyu, dedushka. (Theo janji kalau Theo ada masa, Theo akan datang ke Rusia semula, atuk)" Ujar Mattheo. Matvei terangguk-angguk kecil, pelukan mereka dilepaskan sebelum bahu cucu lelakinya dipegang.
"Spasibo za vashu pomoshch' v techeniye poslednikh dvukh mesyatsev. (Terima kasih untuk bantuan Theo selama dua bulan ni)" Mattheo menggeleng, wajah yang terlihat sudah berkedut halus itu ditatap tepat.
"Sem'ya vsegda na pervom meste, verno? (Keluarga sentiasa didahulukan, kan?)" Matvei tersenyum tipis bersama anggukan setuju. Sekali lagi tubuh kekar cucunya dibawa ke dalam pelukan erat.
"Jaga diri Theo di sana, cakap pada mama dan papa kamu, atuk rindukan mereka. Kalau ada masa nanti, atuk akan datang ke Malaysia. Kalau Theo perlukan duit atau apa-apa, Theo tahu, Theo boleh cari atuk kan?" Mattheo mengangguk akur.
"Atuk juga jaga diri di sini, makan ubat selalu, jangan pernah skip sekalipun. Nanti Theo akan remind pada Damien supaya tak lupa untuk bawa atuk ke checkup bulanan di hospital." Sempat pesanan yang terselit bebelan diberikan buat lelaki tua tersebut membuatkan Matvei tertawa kecil. Bahu tegap cucunya ditepuk berulang kali.
"Baik-baik, atuk takkan lupa."
"Pozhaluysta, ne govorite po-malayski, kogda ya zdes'. YA chistyy russkiy, pomnish'? (Tolong jangan gunakan bahasa Melayu bila saya ada di sini. Saya berdarah asli Rusia, ingat tak?)" Alexander bersuara, nada suara jelas kedengaran meluat membuatkan Mattheo menayangkan senyuman mengejek ke arah sepupunya.
"Vam nuzhno vyuchit' malayskiy yazyk, chtoby ne propustit' razgovor, kotoryy u menya byl s dedushkoy. (Kau kena belajar bahasa Melayu supaya kau tak terlepas perbualan aku dengan atuk)" Nada suara Mattheo terselit sedikit menyindir ke arah Alexander membuatkan riak wajah lelaki itu semakin masam dari sebelumnya.
Pantas Alexander berpeluk tubuh.
"Kak vy dumayete, legko vyuchit' novyy yazyk? (Kau fikir senang ke nak belajar bahasa baru?)" Wajah tampan sepupunya dipandang kesal.
"Dlya menya eto legko. Posmotrite, na skol'kikh yazykakh ya mogu govorit'. Krome togo, posmotrite na samogo dedushku, on mozhet nauchit'sya govorit' i ponimat' malayskiy yazyk v etom vozraste. Itak, pochemu vy ne mozhete? (Kalau bagi aku, senang je. Tengoklah berapa bahasa aku boleh cakap. Selain dari itu, cuba tengok atuk sendiri. Atuk boleh belajar untuk faham dan bercakap mengunakan bahasa Melayu pada usia dia yang sekarang ni. Jadi, kenapa kau tak boleh?)" Alexander terdiam, wajah Mattheo yang sedang tersenyum sinis dipandang dengan rasa geram.
Matvei tertawa kecil melihat perbalahan kecil di antara cucunya sebelum berniat untuk turut masuk campur.
"Dostatochno. Ne ssor'tes' po pustyakam. Aleksandr mozhet vyuchit' v lyuboye vremya, no ya uveryayu tebya, Alek, malayskiy yazyk ne tak uzh slozhen. Na samom dele, malayskiy boleye prost i udoben v ispol'zovanii. (Sudah, jangan bergaduh sebab benda kecil. Alexander boleh belajar bahasa Melayu bila-bila masa sahaja yang dia mahukan tapi atuk boleh beri jaminan kepada kamu, Alex yang bahasa Melayu sangat mudah untuk dipelajari. Malah, bahasa Melayu lebih ringkas dan senang untuk digunakan)" Kini giliran bahu tegap Alexander ditepuk. Lelaki itu sekadar mengangguk.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...