BUNYI musik yang kuat membuatkan ramai para manusia sedang leka menari sehingga tidak menghiraukan lagi batas pergaulan di antara satu sama lain. Berbeza dengan Mattheo, lelaki itu fokus dengan gelas kaca berisi air arak yang berada di tangannya sehinggakan suasana hiruk-pikuk tersebut seakan tidak menganggunya.
Terasa bahunya dipegang membuatkan Mattheo tersedar dari dunia sendiri. Segera pemilik tangan yang menyentuhnya dipandang.
"Xavier," nama insan yang sedari tadi ditunggu akhirnya muncul. Xavier pantas mengambil tempat di sisi Mattheo sebelum air arak dipesan pada bartender yang sedang fokus menghidangkan air pada para pelanggan.
"Kita sekarang ni tengah duduk dekat klub.. sepatutnya muka kau kenalah tunjukkan kau enjoy. Ini tidak, muka kalah asam keping. Berkerut je.. siapa je nak dekat dengan kau kalau macam tu." Bebel Xavier sambil sekali-sekala matanya mengenyit ke arah gadis yang berdiri di sebelahnya.
"Kau sendiri tahu aku tak minat klub bagai ni," balas lelaki bermata kelabu pekat itu sebelum sisa baki air arak di dalam gelasnya dihabiskan.
Xavier mengeluh pelan sebelum badannya dibalikkan mengadap Mattheo. Wajah tampan milik jejaka berdarah Rusia itu dipandang lama sebelum dia membuka bicara.
"Ke kau nak aku kenalkan mana-mana perempuan dalam klub ni?" Pelawanya memandangkan dia ingin sahabatnya turut bersenang-senang. Tujuan dia mengajak Mattheo ke klub kerana dia tahu sejak kebelakangan ini, nama keluarga lelaki itu tidak pasang surutnya dari surat khabar mahupun majalah. Ada sahaja isu berkaitan keluarga lelaki itu.
Perihal mengenai lelaki itu berkahwin secara tiba-tiba pun membuatkan Xavier terkejut tatkala dia pulang ke Malaysia beberapa hari lalu. Bukan Xavier tidak cuba tanya cuma dia kenal angin lelaki berdarah Rusia tu. Tambah lagi, Mattheo seakan tidak ingin menceritakan membuatkan dia tidak lagi bertanya lebih lanjut.
Lama Mattheo diam sebelum mengangkat punggung dari kerusi yang didudukinya.
"Nope. Aku tak berminat dengan mana-mana perempuan sekarang ni." Balasan Mattheo membuatkan Xavier mengangguk akur. Sempat bahu sasa Mattheo ditepuk sebelum fokusnya dibuang kembali pada gadis yang masih setia berada di sisinya. Senyuman menggodanya mulai dicarik pada sebaris bibir merah delima tersebut sehingga membuatkan gadis itu tersipu malu.
Seusai menapak keluar dari klub tersebut, puntung rokok mulai dikeluarkan lalu diletakkan ke bibir. Baru sahaja ingin dinyalakan hujungnya, muncul gadis yang dia kenal. Wajah yang sudah sedia ada dingin bertambah dingin. Tanpa menunggu, Mattheo segera mengangkat kaki. Hilang moodnya hendak menikmati rokok sebelum bergerak pulang.
"Theo please.." suara Helena terdengar bergetar seakan menahan tangis. Sempat lengan Mattheo ditahannya membuatkan jejak langkah lelaki itu berhenti.
"Please.. Theo, listen to me first." Rayu Helena lagi. Sejak rancangannya bersama Uwais diketahui oleh Mattheo, hubungan kekeluargaan yang sudah lama dijalinkan di antara keluarga mereka diputuskan begitu sahaja termasuk perniagaan yang mereka bangunkan bersama-sama.
"What do you want more, Helena? Bukan ke surat yang aku hantar haritu cukup untuk bagi penjelasan pada kau?" Suara garau itu kedengaran jelas tegas membuatkan Helena sedikit tersentak. Pegangan di lengannya segera ditarik sebelum langkah diatur menuju kereta miliknya.
"Theo.." Helena kembali mengejar langkah Mattheo, sudah puas beberapa hari ini sejak kepulangan Mattheo ke Malaysia, dia mencari Mattheo di pelbagai tempat termasuk syarikat lelaki itu sendiri namun semuanya berakhir sia-sia memandangkan lelaki itu langsung tidak mahu menjumpainya. Harini usahanya sudah berjaya jadi tidak mungkin dia akan mensia-siakan begitu sahaja.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Roman d'amour[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...