70

15.2K 856 178
                                    

TELAPAK tangannya dilekapkan ke dahi Orked bagi memeriksa suhu badan Orked seusai wanita itu tiba di meja makan, semalam selepas sahaja Orked diberi makan bubur dan ubat, wanita disuruh tidur dan dipastikan sudah Orked benar-benar tidur sebelum kakinya diatur pergi dari ruangan yang menempatkan wanita itu.

Suhu badan Orked sudah tidak sehangat semalam. Mungkin kesan ubat paracetamol yang dimakannya sudah mulai bertindak balas sehinggi demamnya sudah sedikit kebah.

"Minum susu hangat ni," satu gelas panjang diletakkan di hadapan Orked. Wanita itu sekadar mengangguk akur sebelum disisip sedikit susu hangat tersebut.

"Eloise dah kebah ke demamnya?" Tegur Dato Matthew. Hati tuanya risau juga mendengar menantunya tidak sihat semalam sehingga tidak keluar makan malam semalam.

"Sudah papa," rasa pening kepala sudah tidak sekuat semalam dan badannya tidak sehangat malam tadi. Badannya terasa sedikit bertenaga berbanding semalam. Semalam setiap tulangnya terasa lemah sahaja namun dipaksa untuk tetap kuat.

Dia tidak mahu menjadikan sakit sebagai alasan untuk membiarkan badannya tidak aktif.

"Syukurlah, semalam Theo macam ayam berak kapur je bila dengar isteri dia demam." Ujar Dato Matthew membuatkan Mattheo tersedak saat menikmati roti bakarnya. Merah padam wajahnya saat roti bakar yang dikunyah seakan tersekat di kerongkong.

Orked yang sedar dengan perubahan wajah lelaki itu segera menghulurkan segelas air kosong kepada Mattheo. Laju sahaja lelaki itu menyambutnya.

Dato Matthew menggeleng bersama senyuman kecil.

"Baru papa cakap begitu, dah tersedak. Betul lah kan? Semalam muka siapa yang gelisah sangat lepas dapat tahu Eloise demam? Papa tengok kan Theo ni Eloise... dia macam tak boleh berpisah dengan Eloise tau. Kalau boleh, 24 jam dia nak tanya dengan semua orang dekat dalam rumah ni dekat mana Eloise kalau Eloise tak muncul depan mata dia." Perbuatan anaknya dibongkarkan membuatkan lelaki bermata kelabu itu laju sahaja menggeleng menafikan.

"Mana ada, papa ni main cakap je." Ujarnya cuba menafikan, gelas kaca yang sudah tinggal suku baki air kosong diletakkan ke atas meja makan.

Orked yang mendengar hanya tersenyum tipis. Dia tidak tahu harus bereaksi apa kerana dia tahu, tujuan Mattheo bertanyakan perihalnya hanya kerana lelaki itu tidak mahu Orked melarikan diri dari neraka ciptaannya.

"Yelah,"

Dato Matthew sekadar tersenyum, jauh di sudut hati, dia merasakan senang kerana sekurang-kurangnya impiannya hendak melihat anak lelakinya jatuh cinta dengan seorang wanita akhirnya tercapai. Mattheo bakal memasuki usia 29 tahun tak lama lagi, selama itu, tidak pernah sekalipun anak sulungnya itu menunjukkan minat terhadap mana-mana perempuan. Hanya sahaja dengan menantunya, anak lelakinya itu tampak seakan seorang lelaki yang sedang jatuh cinta.

Mungkin Mattheo tidak mengakuinya tetapi sikap lelaki itu langsung tiada beza dengan dirinya ketika jatuh cinta dengan isteri tercintanya, Datin Amaya. Gaya, sikap, cara pandangan anak lelakinya malah layanan Mattheo sendiri jelas menunjukkan lelaki itu sedang jatuh cinta dengan menantunya.

"Ini papa rasa sekarang ni musim demam lah, mama kamu pun demam. Malam tadi tiba-tiba je badannya naik panas. Sekarang mama tengah berehat." Ujar Dato Matthew, cawan berisi kopi suam diangkat lalu disisip sedikit. Anak mata birunya jatuh pada anak lelakinya yang terlihat sudah berubah riak.

"Eh mama demam? Mama nak pergi klinik tak? Kalau nak, Theo boleh bawakan?" Soalannya mendapat gelengan. Lelaki tua itu menghembus nafas lemah.

"Bukan kamu tak tahu mama kamu tu, liat sangat nak jumpa doktor. Apa entah yang ditakutnya dengan jarum." Ujarnya bersama gelengan, walaupun sudah bertahun bersama dengan sang isteri tetap sahaja Dato Matthew masih hairan mengapa isterinya takut dengan jarum. Dahulu setiap kali sedang melahirkan anak-anak mereka, Datin Amaya akan meminta suaminya menutupkan matanya dan jururawat yang hendak mencucuk jarum ke mana-mana bahagian tubuh badannya harus memastikan bahawa tiada langsung rasa sakit yang terhasil dari jarum tersebut.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now