73

17.2K 956 217
                                    

PIPI Orked diusap penuh kasih sebelum kucupan hangat dilabuhkan ke dahi wanita itu lembut. Wajah Orked dan wanita yang dijumpai semalam berselang-seli di fikirannya sejak semalam lagi, apa yang membuatnya merasakan terganggu adalah mengapa mereka memiliki wajah yang sama dan nama yang seakan-akan sama.

Tulang punggung dilabuhkan ke kerusi, tangan Orked sudah setia berada di genggamannya.

Kelopak matanya diurut perlahan memandangkan rasa kantuk terasa menguasai dirinya. Sejak malam tadi, dia tidak melelapkan mata kerana menjaga Orked serta memikirkan perihal wanita yang dijumpainya semalam. Wajahnya yang sama seakan menganggu fikiran Mattheo.

Langsung tiada beza di antara mereka. Matanya, hidungnya, bibirnya pun sama bagai pelanduk dua serupa. Yang memberikan perbezaan di antara mereka baginya adalah pandangan yang dimiliki wanita itu dan isterinya. Entah mengapa, tiada langsung keredupan mahupun ketenangan yang dirasakan saat bertentangan dengan wanita itu, tidak seperti ketika dia menatap anak mata Orked. Saat bertentangan mata dengan Orked, rasa yang dirasakan adalah sebaliknya.

Malah membuatkan jantungnya tidak keruan.

Wajah diraup perlahan. Ada benda yang dia terlepas pandang ke selama ini?

TOK!

TOK!

TOK!

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Mattheo tersedar dari lamunan, segera dia bangkit. Dengan berhati-hati tangan sang isteri diletakkan ke atas katil sebelum mengatur langkah menuju ke daun pintu wad.

Pintu sliding ditolak, muncul Francis bersama Luth. Kedua-dua mereka sudah menunduk hormat, di tangan Francis dan Luth masing-masing memegang dokumen yang terlihat tebal isinya.

"Tuan,"

"Tunggu aku di wad 301, aku dah booking bilik tu dengan Casandra. Aku akan datang segera." Arahnya senada, intonasinya terdengar dingin. Laju sahaja mendapat anggukan dari kedua orang suruhannya. Pergi sahaja Luth dan Francis, jururawat yang sedang lalu di hadapannya ditahan.

"Jagakan isteri saya sebentar, kalau ada apa-apa hal berkaitan isteri saya, boleh cari saya di wad 301."

"Baik Mr. Knight."

Kaki dihayun kembali ke arah Orked yang masih terbaring kaku di atas katil hospital, sudah seminggu berlalu sejak isterinya koma namun masih tiada tanda bahawa wanita itu akan sedar dari komanya. Namun, Mattheo tidak kisah. Dia tidak kisah harus menunggu berapa lama sekalipun. Dia akan setia menunggu sehingga Orked bangkit dari koma, itu janjinya.

"Sayang, abang ada urusan sekejap. Nurse akan jagakan sayang buat sementara waktu, abang janji abang akan balik secepat mungkin. I love you, moy dorogoy." Dahi Orked dilabuhkan lagi kucupan hangat, dia tidak akan pernah merasakan jenuh untuk mengucup dahi wanita itu sebagai tanda kasihnya pada Orked.

Diusap pipi Orked buat kali terakhir sebelum kakinya dihayun pergi meninggalkan ruangan tersebut. Jururawat yang ditugaskan menjaga Orked segera mencarik senyuman kecil, Orked yang masih terbaring kaku dipandang sebelum bersuara.

"Untung puan sebab dapat suami seromantik Mr. Knight. Semoga puan cepat sembuh supaya puan boleh nampak pengorbanan tuan yang tidak lelah menjaga puan semasa sakit." Ujarnya, diselitkan sedikit pujian buat Mattheo memandangkan selama seminggu ini, dia sendiri menyaksikan bagaimana Mattheo menjaga isterinya tanpa merasakan lelah. Jarang sekali hendak melihat lelaki itu meninggalkan sisi Orked walaupun hanya sesaat.

Setiap kali dia harus memeriksa keadaan Orked, lelaki itu pasti ada di sisi isterinya.

Sangat-sangat romantik!

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now