30

12.5K 556 100
                                    

FOKUS Mattheo pada skrin telefonnya segera terjeda tatkala muncul seorang wanita berpakaian coat panjang berwarna putih bersama stetoskop di lehernya keluar dari bilik yang menempatkan Orked. Pantas skrin telefon dimatikan lalu dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum kaki diatur menuju ke doktor tersebut.

"So, Cas, kenapa dengan perempuan tu?" Soalnya tenang. Wanita jelita itu mengeluh perlahan sebelum bersuara.

"She miscarried." Tersentak Mattheo, segera wajah jelita ditatap bersama pandangan tidak percaya.

"What do you mean by she miscarried?" Soal Mattheo sedikit meninggi, urat-urat tegang mula terlihat di dahinya.

"Bleeding dia terlalu teruk so kandungan dia tak dapat diselamatkan. Lagipun, masa I sampai, dia memang dah gugur masa itu." Jelas doktor jelita itu lagi, kali ini lebih terperinci.

"So, maksud you, dia mengandung?" Soalan Mattheo membuatkan wanita itu mengangguk lambat, sedikit pelik dengan perangai lelaki tampan di hadapannya ini. Bukankah dia sudah berulang kali menyebut bahawa wanita itu keguguran? Jadi, sudah semestinya wanita itu mengandung dahulu.

Mattheo mengetap gigi rapat.

"Siapa dia, Theo?" Soal doktor jelita itu, sebenarnya dia sendiri terkejut dengan kehadiran seorang perempuan di dalam rumah lelaki itu sedangkan semua orang kenal dengan sifat lelaki ini yang sekadar memakai wanita seakan-akan lampin pakai buang.

"Tugas you adalah sebagai doktor peribadi I, Casandra. Bukan penyiasat peribadi kehidupan I." Tenang namun begitu sinis di halwa telinga doktor muda itu, Casandra sekadar mengangkat tangan tanda mengalah.

"Anyways, sebelum I gerak. I dah tulis segala preskripsi yang diperlu diambil sementara menunggu keadaan dia pulih semula. Dan pastikan dia kurang buat tugas berat dan kurangkan stress sebab stress tak sesuai untuk ibu yang baru sahaja kehilangan anak." Pesan Casandra, stetoskop yang disangkut ke leher segera dilepaskan lalu dimasukkan ke dalam briefcase. Satu kertas bertulis ubat-ubatan untuk wanita yang dirawatnya segera diberikan kepada Mattheo.

Lelaki itu sekadar akur.

"Dia sekarang masih di bawah pengaruh ubat, jadi dia mungkin akan sedar esok." Tambah Casandra lagi. Mattheo diam tidak membalas, dia masih ligat memikirkan perkara yang barusan disampaikan oleh Casandra sebentar tadi.

Jadi, perempuan sundal itu kandungkan anaknya?

Gigi diketap rapat sehingga menghasilkan bunyi. Untung bagi Orked kerana anak itu mati tanpa kewujudannya disedari. Kerana jika anak itu masih ada, dia akan pastikan Orked menyesal kerana mengandungkan benihnya.

"Theo, you dengar tak I cakap apa?" Teguran Casandra membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunan panjang. Surat preskripsi yang diberikan oleh Casandra sebentar tadi sudah dikeroyok kuat olehnya tanpa disedari.

Casandar mengeluh perlahan.

Wajah tegang Mattheo dipandang.

"I tanya lebam-lebam dekat badan dia tu, siapa buat? Bukan setakat badan, muka dia pun sama je penuh luka dengan lebam. Kesian I tengok keadaan dia tadi. Sudahlah kehilangan anak, keadaan dia pun tak baik sangat." Bebel Casandra tanpa disedari membuatkan wajah Mattheo semakin ketat. Segera diarahkan Luth untuk menghantar doktor jelita itu keluar.

"But I tak habis cakap dengan you lagi, Theo─" suaranya terputus tatkala Luth menarik wanita jelita itu pergi sehingga hilang dari kornea matanya.

Mattheo segera mengatur langkah menuju ke tong sampah lalu surat preskripsi yang diberikan Casandra sebentar tadi dibuang ke dalam tong sampah itu. Silap besar jika dia ingin memberikan Orked sihat dengan begitu mudah sekali. Biarkan wanita itu merasakan seksa sakit secara halus.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now