24

9.8K 458 40
                                    

AIDAN tersenyum sinis tatkala sebungkus wang dicampak ke hadapannya, tanpa menunggu isi di dalam bungkusan tersebut dilihat lalu jumlahnya dikira bagi memastikan sama seperti perjanjian mereka. Mattheo sekadar memeluk tubuh sambil kedua kakinya disilangkan antara satu sama lain.

"Tak pernah lagi aku bagi kurang dekat kau, Aidan." Sindir Mattheo tenang membuatkan lelaki yang sedang memakai coat putih itu tertawa perlahan. Bungkusan berisi wang tersebut dimasukkan ke dalam laci di mejanya.

"Saja nak pastikan tuan Knight," balasnya, fail-fail di atas mejanya dikemaskan bagi terlihat kemas memandangkan tetamu terhormatnya sedang berada di biliknya sekarang ini.

"Kau nak cakap aku takkan tepati janji aku?" Suara garau tersebut bersuara membuatkan Aidan meneguk air liur kesat. Segera wajah Mattheo yang sudah kelihatan tegang dipandang.

Coat putih yang tersarung di tubuhnya buat-buat dibetulkan bagi mengurangkan rasa gelisahnya.

"Bukan tuan, saya tak pernah ragukan tuan tentang tepati janji." Balasnya perlahan. Melihat Mattheo sekadar merenungnya dalam membuatkan Aidan dapat menghela nafas lega sedikit.

"Kau yakin pihak polis tak meragui keputusan yang pihak kau keluarkan?" Soal Mattheo berkenaan urusan mereka. Selepas sahaja Aidan menelefonnya tadi, Mattheo bergegas ke pejabat lelaki itu memandangkan dia tidak mahu membincang urusan mereka secara dalam panggilan.

"Sudah semestinya tuan. Tuan tak perlu ragui kerja saya. Selama saya berkerja dengan tuan, belum ada lagi orang dapat kesan hasil laporan palsu yang saya keluarkan. Semua kerja tuan arahkan, saya uruskan dengan berhati-hati. Jadi, tuan boleh tenang. Takkan ada sesiapa tahu hasil DNA tersebut bukan milik perempuan tersebut dan mayat tersebut bukan warganegara sini." Ujar Aidan yakin.

Sudah beberapa tahun dia berkerja sebagai orang suruhan Mattheo. Selama beberapa tahun ke belakang, sudah banyak hasil laporan palsu yang dia berikan kepada pihak polis bagi menutup kerja hitam yang dilakukan Mattheo.

Tambahan lagi, dia merupakan orang yang pakar dalam bab forensik dan jenayah. Dia tahu bagaimana hendak menguruskan semua masalah yang dilakukan Mattheo dan urusan kerja yang diberikan oleh lelaki itu. Kerana itu, selama ini tidak pernah sekalipun dia gagal dalam menjalankan tugasnya.

Orang tidak pernah tahu kerja gelapnya itu. Di luar, dunia mengenalinya sebagai doktor Aidan Furqan. Lelaki yang terkenal sebagai doktor forensik yang seringkali berjaya menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku setiap kali ada mangsa yang dijumpai dibunuh, diculik dan berbagai lagi.

Namun, manusia mana yang tidak tamak akan wang?

Begitu juga dengan doktor muda ini. Baginya, wang adalah segala-galanya kerana itu dia sudi menjadi orang suruhan kepada lelaki digeruni seperti Mattheo.

"Tapi Aidan─kalau satu hari nanti pihak polis tahu disebabkan ada mana-mana kerja kau tak clean. Kau tahu, kau takkan selamat dari neraka aku kan?" Mattheo bangkit lalu coat yang dipakai Aidan digosok perlahan. Gayanya seakan membantu menghapus debu yang melekat di baju lelaki itu. Tajam sepasang anak mata kelabu tersebut merenung sepasang anak mata hitam pekat yang mulai terlihat gelisah.

Aidan meneguk air liur pahit.

"F-faham tuan. Jangan risau tuan Knight, saya boleh pastikan perjanjian kita takkan pernah terbongkar ke mana-mana pihak." Suasana yang awalnya terasa seronok bagi Aidan terasa berubah menjadi tegang. Ini salah satu perkara yang membuatkan Aidan seringkali berfikir seribu kali jika ingin menerima kerja yang diberikan Mattheo kerana nyawanya menjadi galang gantinya jika dia gagal melakukan tugas seperti yang diarahkan.

Mattheo menyeringai sinis.

"Bak kata pepatah Melayu─biar pecah di perut, jangan pecah di mulut." Tepukan terakhir diberikan sebelum senyuman penuh makna diberikan. Aidan laju menjatuhkan kepalanya.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now