ORKED memerhatikan pantulan tubuhnya pada cermin meja solek yang terdapat di dalam bilik tersebut. Baju kurung bunga-bunga berwarna ungu lembut dikenakan bersama tudung bawal cotton berwarna putih pemberian Mikayla terletak cantik di tubuhnya. Mikayla sendiri mengatakan kepadanya bahawa selepas ini untuk memakai sahaja baju yang diberinya ketika bertugas di dalam rumah.
Kata gadis itu lagi, tiada salahnya untuk mengenakan baju kurung. Lebih sopan dan manis.
Orked mengigit bibir bawah perlahan. Dia masih tidak berani hendak menghadapi Mattheo sekarang ini. Bagaimana jika lelaki itu mengamuk kerana dia mengingkari arahannya? Bagaimana jika dirinya dipukul seperti dahulu?
Ketukan di pintu mengejutkan Orked. Jantungnya yang sudah berubah ritma digosok perlahan sebelum kaki diatur menuju ke daun pintu. Saat daun pintu dibuka, muncul Susanti. Wanita berdarah Indonesia itu segera mencarik senyuman lebar saat matanya terpaku pada wajah jelita Orked.
"Masyaallah, cantik banget kamu Orked." Puji Susanti ikhlas, dia benar-benar terpegun dengan kecantikan Orked. Berbeza sungguh dengan Orked yang pertama kali muncul di sini. Orked tersenyum malu.
"Orked biasa-biasa je kak Susan. Kak Susan lagi cantik dari Orked." Pujian dibalas pujian. Susanti tertawa kecil.
"Ada-ada aja kamu ni Orked. Akak yang jelek ini dibilang cantik."
"Eh kerana kecantikan kamu, akak jadi terlupa. Ayuh, kita harus cepat siapin makan malamnya. Tuan muda dalam perjalanan pulang." Orked laju mengangguk akur sebelum mengikuti langkah Susanti menuju ke dapur. Hampir sahaja dia terlupa mengenai salah satu tabiat Mattheo yang makanannya harus disiapkan sebelum lelaki itu pulang.
MIKAYLA mendekati kakak iparnya sebelum dia turut terpegun melihat kecantikan Orked yang mengenakan pakaian menutup aurat sebegini. Pakaian bertutup seperti ini lagi sesuai dengan wanita lemah-lembut seperti Orked.
"Oh my god akak. You look so stunning. Seriously." Suara Mikayla terdengar benar-benar teruja, Orked yang mengenakan baju itu, dia yang merasakan seronoknya. Orked tersipu malu, sudah kali kedua dia menerima pujian dari orang.
"Saya biasa-biasa je Kayla. Baju ini yang cantik," dengan rendah diri Orked bersuara menafikan. Mikayla pantas mendekati wanita jelita itu. Wajah Orked yang terlihat sempurna mengenakan tudung bawal cotton itu benar-benar menarik minatnya. Terasa sejuk sahaja matanya melihat.
"Akak cantik sangat. Kayla tengok akak, rasa tenang dia sampai ke hati." Ucapnya jujur, kenapa selama ini dia tidak pernah menyangka bahawa pakaian yang dia anggap panas dan merimaskan itu sebenarnya pakaian yang mendamaikan jiwanya?
"Kalau Kayla pakai juga, saya yakin Kayla jauh lebih cantik dari saya." Orked membalas membuatkan Mikayla terkedu. Dia memakai tudung? Bisakah wanita sekeji dirinya memakai tudung? Allah sudi ke melihat wanita yang liar sepertinya mengenakan pakaian suci tersebut?
Orked yang tersedar dengan perubahan raut wajah Mikayla pantas melepaskan senduk di tangan sebelum menyentuh telapak tangan Mikayla lembut.
"Maaf saya tak sengaja cakap macam tu. Maksud saya.." nada Orked jelas serba salah. Mikayla pantas menggeleng bersama senyuman tipis. Tangan Orked dipegang kembali.
"Akak tak cakap benda salah pun cuma I terfikir layak ke orang yang hina macam I nak pakai tudung dan baju kurung macam ini? Akak tahu tak selama I hidup, I always kutuk this type of outift sebab bagi I, pakaian ni panas dan merimaskan. I always wondering why perempuan kena tutup rambut sedangkan rambut itulah yang mencantikkan kita. I pandang rendah pada perempuan yang menutup aurat mereka dengan sempurna. I selalu rasa I lebih better dari diorang sedangkan tanpa I sedar, I jauh sepuluh kali ganda hina dari diorang and now, After looking at you, I realised how beautiful this outfit is for a beautiful woman like you." Luah Mikayla apa yang bermain di fikirannya. Dengan Orked, dia selesa meluahkan segalanya.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...