38

10.3K 541 51
                                    

ARYAN berkerut kecil saat suara riuh-rendah terdengar dari dapur, segera kaki diatur menuju ke arah mereka yang sedang berkumpul sambil rancak membicarakan sesuatu.

"Adam, kenapa ni?" Bahu Adam ditepuk, senyuman kecil diberikan kepada lelaki itu sebelum kerusi yang masih tidak bertuan diduduki.

"Aryan untung kau datang sini kalau tak, dah terlepas gosip hot." Surat khabar diletakkan di hadapan Aryan, lelaki itu tertawa kecil. Kalau mengenai gosip, berilah pada Adam. Perangainya mengalah perempuan sahaja.

"Tentang apa ni? Artis Malaysia yang bercerai lagi ke?" Seloroh Aryan, selalunya Malaysia dikhabarkan berita sebegitu sahajalah. Jarang-jarang masyarakat hendak bercerita mengenai perkara lain.

"Bukan. Ini tentang bos kita sendiri," tersentak Aryan mendengar, wajahnya sudah berubah riak.

"Kenapa dengan bos kita?" Adam merengus kecil namun disabarkan juga hatinya. Tangannya naik dan menolak kepala Aryan agar tunduk memandang surat khabar yang sedari tadi diletakkan ke hadapan lelaki itu.

"Aku dari tadi tunjuk surat khabar ni, kau ni." Bebel Adam geram manakala Aryan terkedu membaca isi berita di dalam surat khabar tersebut. Gambar tuannya sedang menyarungkan cincin kepada wanita yang tidak terlihat wajahnya namun jiwanya menjerit seakan mengenali wanita yang tertutup identiti tersebut.

"Tahu-tahu je tuan dah kahwin tapi tulah spoil giler wartawan ni, snap gambar tapi tak tunjuk siapa perempuan tu. Ish sudahnya tak tahu siapa isteri tuan," tambah Adam lagi, Aiman yang berada di sisinya turut mengangguk bersetuju.

"Tapikan malam masa tuan pergi tu, tuan bawa perempuan tu sekali kan?" Alex bersuara mengenai perkara yang difikirkan sejak tadi. Aryan pantas mengangkat pandangan, kesemua kepala yang berada di situ kini terarah kepada Alex.

"Betul juga Lex. Lepastu diorang takde balik sini dah. Francis dengan Luth pun tak nampak batang hidung." Adam membalas, tangannya sudah bermain di sekitar dagu. Lagaknya seakan seorang penyiasat terhebat.

"Korang rasa siapa yang jadi isteri tuan?" Aiman bersuara pula, kesemua mereka tertanya-tanya dengan siapa gerangan di sebalik wanita misteri yang bergelar isteri kepada majikan mereka.

"Entahlah, lambat lagi pengawal biasa macam aku ni nak tahu." Awal Alex mengalah dari memikirkan jawapan bagi soalan tersebut. Tugasnya cuma mengawal rumah, belum pernah lagi dia diberi tugas untuk menguruskan hal peribadi dari majikannya.

"Samalah," sokong Aiman. Tulang punggung diangkat dari kerusi bersalut warna emas tersebut.

"Sudahlah aku nak sambung buat kerjalah, kalau sibuk jaga tepi kain tuan ni, silap haribulan aku bukan makan gaji tapi makan peluru. Kita jadikan pelajaran kes Kim dengan Kimi, sampai harini diorang masih taubat nasuha." Sempat kes mengenai Kim dan Kimi diungkit, mereka sendiri menyaksikan bagaimana rupa bentuk dua orang manusia itu selepas menerima hukuman dari tuan. Hancur muka mereka, tiada langsung rupa manusia. Setiap kali memikirkannya, bulu romanya berdiri sendiri.

Seram.

Alex turut bangkit. Wajahnya gelisah saat mendengar kata-kata Aiman. Tidak dinafikan apa yang berlaku kepada Kim dan Kimi seakan memberikan ketakutan luar biasa pada mereka.

"Aku nak ikut Man,"

"Hmm,"

Kepergian dua orang insan itu sekadar dihantar dengan sorotan mata sebelum Aryan kembali memandang surat khabar tersebut. Surat khabar digenggam erat sehingga sedikit renyuk.

"Kau rasa siapa eh perempuan tu Yan?" Adam masih minat berbual mengenai majikannya.

Aryan sekadar diam, fokusnya masih menatap surat khabar tersebut.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now