ORKED yang sedang menikmati nasi tomato dipandang bersama senyuman senang, senang hatinya melihat Orked yang semakin berselera untuk makan sejak kebelakangan ini. Semua makanan yang dibelinya pasti dihabiskan wanita jelita itu.
"Sayang." Serunya lembut, sempat pipi Orked dielus perlahan.
"Kenapa? Saya makan comot ke?" Pantas hujung bibirnya diseka menggunakan tangan. Mattheo laju menggeleng menidakkan. Dia tidak kisah pun jika Orked makan comot, lagi terlihat comel adalah!
"Kayla akan datang sekejap lagi untuk jaga sayang sementara abang pergi ke office sekejap. Abang ada mesyuarat penting, tak boleh tak datang." Orked sekadar mengangguk akur, nasi tomatonya masih disantap penuh selera. Sedap pula terasa di tekaknya.
"Sayang jaga diri elok-elok sementara abang tiada ni. Kalau nak ke tandas, suruh Kayla tolong pegangkan. Kaki sayang masih tak kuat." Pesannya, nada suaranya terselit kerisauan. Orked sudah boleh berjalan cuma sahaja kadar bergeraknya masih perlahan dan harus dipimpin.
"Baik tuan Mattheo."
"Kenapa sayang panggil abang tuan? Abang bukan tuan sayang... abang suami sayang." Hatinya tidak terlalu menyukai mendengar isterinya menggelar dia dengan panggilan tuan.
"Saya dengar pekerja awak panggil awak tuan, saya sebut jugalah. Salah ke? Bukan ke awak ada syarikat besar, mesti awak orang hebat. Jadi, panggilan tuan layak sangat dengan orang hebat macam awak." Balasnya selamba, raut wajahnya tampak tenang saat berbicara sebegitu. Mattheo menghela nafas lemah.
"Dia orang pekerja abang... sayang isteri abang. Beza darjat sayang dengan dia orang. Apa kata kalau sayang panggil abang dengan gelaran hubby ke? Baby ke? Husbaby ke? Kan sedap juga telinga abang ni mendengar." Sengihan terlakar di bibir merah delima itu. Orked pantas mengulingkan mata ke atas, bekas mangkuk plastik yang sudah kosong segera ditutup lalu diberikan kepada suaminya.
"Tak payah merepek, Mattheo Dimitri Knight. Nah tolong buangkan bekas ni, dah habis." Nama panjang lelaki bermata kelabu itu diseru. Mattheo sekadar akur, bekas bertukar tangan sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang berada tidak jauh darinya.
"Nama penuh pun jadilah," gumamnya perlahan. Orked sekadar menarik senyum kecil saat melihat wajah mendung lelaki berdarah Rusia tersebut.
"Aik merajuk ke?"
Teguran Orked membuatkan raut wajah Mattheo serta-merta berubah, senyuman lebar menghiasi wajah tampannya.
"Eh tak, mana ada. Siapa merajuk dengan sayang? Tak macholah abang kalau merajuk dengan sayang." Laju sahaja dia membalas, nadanya jelas kedengaran bersungguh-sungguh.
"Tapi awak macho ke?" Soalan maut Orked membuatkan jantungnya bagai tercabut dari tangkainya. Tiba-tiba dadanya dipegang lalu dengan dramatiknya dia bersuara.
"Kecewa sungguh hati hamba, muka hensem hamba yang mengalahkan Tom Cruise ni pun dicakap tak hensem. Apa lagi patik perlu buat supaya Tuan Puteri Eloise mengaku yang hamba ni rupawan orangnya?" Ucapnya bersama nada seakan-akan benar-benar sedang kecewa. Orked lama memandangnya sebelum melepaskan tawa.
Lengan sasa suaminya dipukul manja.
"Perah santan sangat awak ni,"
Mattheo mencarik senyuman. Semakin bahagia hatinya melihat wajah jelita itu tertawa bahagia. Sejak pertama kali melihat Orked tertawa, hatinya seakan-akan ingin dan terus ingin melihat Orked tertawa bahagia.
"Abang tak tipu sayang. Kalau dekat luar sana, beratur perempuan nakkan abang. Abang kalau boleh, petik jari je tau. Mesti dah ada yang datang tau. Tapi abang tak nak sebab sayang satu-satunya perempuan yang abang cinta. Sayang isteri abang, first love abang dan last love abang. Takkan ada orang mampu gantikan tempat sayang di hati abang." Ujarnya jujur, anak mata kelabunya dalam merenung anak mata isterinya membuatkan Orked sudah terkedu.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...