53

9.6K 662 64
                                    

MIKAYLA dapat melihat dengan jelas keterujaan di dalam sepasang anak mata milik Orked. Wanita itu sedari tadi tidak berhenti meliar memandang kawasan sekeliling seakan kanak-kanak yang baru pertama kali dapat melihat dunia luar. Bibir merah jambu pucat itu tidak berhenti mengukirkan senyuman.

Keluhan dihela, hatinya dipalu rasa simpati. Berapa lama agaknya abangnya mengurung Orked dari melihat dunia luar? Soalnya di dalam hati.

"Akak, kalau Kayla tanya akak. Akak Eloise boleh jawab persoalan kayla tak?" Mikayla membuka bicara, sebenarnya salah satu tujuan dia membawa dia Orked keluar untuk berbual dengan lebih bebas dengan wanita itu. Dia yakin berada dekat dengan Mattheo membuatkan wanita itu terlalu takut untuk berbicara dengan bebas. Jelas ketakutan dalam sinar anak mata wanita itu setiap kali menatap wajah abangnya.

Orked terdiam. Gadis berambut pirang itu dipandang.

"Kayla nak tanya apa dengan saya?" Nada suara Orked terdengar perlahan. Terlihat jari-jemari digenggam kuat. Mikayla yang menyedari perubahan raut wajah Orked pantas mencapai tangan Orked sebelum dipegang lembut. Bibir beroles gincu merah itu segera melakar senyuman manis.

"Kalau Kayla tanya soalan ni tapi akak rasa tak selesa, kak Eloise tak perlu jawab pun. Kayla faham," berbeza dengan layanan Mattheo, bagi Orked layanan Mikayla sangat mesra dibandingkan lelaki itu. Jelas terlihat gadis itu memiliki sifat yang baik. Orked mengigit bibir perlahan, lama dia memikirkan permintaan ucapan Mikayla sebelum mengangguk bersetuju.

"Kayla nak tanya... abang tak pernah bawa kak Eloise kemana-mana selama korang berkahwin ke?" Soalan Mikayla membuatkan Orked terdiam. Kepalanya terngiang-ngiang dengan ugutan Mattheo membuatkan serta-merta dia merasakan sedikit bergetar. Mikayla yang perasan dengan perubahan wanita itu pantas mengosok belakang telapak tangan kakak iparnya lembut.

"It's fine kalau akak tak boleh bagitahu." Nada suara Mikayla jelas memujuk. Hatinya kuat mengatakan bahawa Orked ketakutan hendak jujur dengannya. Semua ini pasti kerana ulah abangnya. Hatinya jadi mendongkol geram dengan Mattheo. Dia pasti abangnya sudah banyak menyakiti Orked sehingga wanita itu terlihat ketakutan jika ditanya hal sebegini. Meski abangnya tiada di sini, kakak iparnya masih sahaja takut.

Dia pasti Orked mengalami trauma yang hebat.

"Maafkan saya Kayla."

"Eh it's fine. I okay je kak. I just tanya sebab I nak tahu macam mana layanan abang I but I guess, my brother memang dah berubah." Senyuman tipis dihadiahkan buat kakak iparnya. Ayat hujungnya benar-benar dimaksudkan. Selama dia hidup ini, Mattheo tidak pernah sekali menunjukkan sifat sekasar ini padanya. Nampaknya kepemergian Mikhael benar-benar mengubah hidup lelaki itu.

Orked yang terlihat menekur memandang lantai pantas dipeluk bahunya mesra. Senyuman paling manis menghiasi wajah jelita itu.

"Hari ini girls day so kita boleh sedih-sedih tau. Kita kena happy je sebab sekarang ini shopping time!" Suara Mikayla terdengar teruja membuatkan wanita di sisinya turut mengukir senyuman meski tipis.

"Jom kak kita pergi tengok mana-mana kedai yang menarik." Tangan Orked pantas ditarik sebelum mereka jalan beriringan. Sepasang anak mata Mikayla meliar melihat kedai-kedai butik yang menarik matanya.

"Kak..." Mikayla sedikit terkejut saat melihat Orked tiada di sisinya. Segera tubuhnya dibalikkan semula. Terlihat wanita itu sedang menatap salah-satu butik muslimah yang terletak tidak jauh darinya. Kaki diatur menuju ke Orked.

Orked terlihat merenung lama butik muslimah tersebut sebelum tubir matanya terlihat berair. Mikayla yang sedar dengan keadaan itu pantas merasakan panik. Tisu yang tersimpan di dalam beg jenama Chanel miliknya dicari sebelum dikeluarkan untuk mengelap air mata Orked yang sudah selamat mengalir.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now