TELEFON pintar yang menjerit-jerit meminta diangkat membuatkan mesyuarat yang sedang rancak berjalan itu tergendala. Mattheo merengus perlahan, sudah menjadi kepantangannya jika sedang mesyuarat, ada yang menganggunya. Namun, wajah yang awalnya tegang itu berubah serta-merta saat membaca nama pemanggil.
Mattheo berdehem kecil. Tulang punggung diangkat. Para pekerja yang sedang menatap ke arahnya dipandang.
"You may proceed with the meeting. I will return later." Ujarnya sambil tangannya menekan butang hijau. Kaki diatur menapak keluar dari ruangan mesyuarat sebelum telefon pintar dilekapkan ke telinga. Senyuman lebar terlakar di wajah tampannya.
"Zdravstvuy, dedushka (Hello atuk)" Sapanya mesra. Sudah hampir dua bulan sejak kali terakhir dia mendengar suara lelaki tua tersebut.
"Zdravstvuyte Theo (Hello Theo)" Balas Matvei dari hujung talian, suaranya terdengar masih bertenaga meskipun usianya sudah hampir mencecah 90 tahun.
"Mama i papa uzhe priyekhali tuda? (Mama dan papa dah sampai ke?)" Soal Mattheo memandangkan keluarganya bergerak ke Rusia beberapa hari lalu. Sesampainya dia di pejabatnya, Mattheo segera menghenyak tulang punggung di kerusi empuk miliknya.
"Da. Na samom dele, prichina, po kotoroy ya zvonyu tebe pryamo seychas, v tom, chto ya khochu skazat' tebe koye-chto, Teo. (Sudah. Sebenarnya sebab atuk telefon kamu ni, atuk nak bagitahu sesuatu pada kamu, Theo)" Mendengar ucapan Matvei membuatkan wajah Mattheo sedikit berkerut. Di dalam fikirannya saat ini mengatakan bahawa ada masalah yang menimpa datuknya.
"Apa yang atuk nak katakan pada Theo tu? Is there a problem in the company again, grandpa?" Soal Mattheo serius membuatkan lelaki tua di hujung corong itu melepaskan tawa. Semakin berkerut dahi Mattheo dengan reaksi Matvei.
"Tak semestinya atuk call kerana masalah Theo." Jawapan Matvei membuatkan Mattheo dipalu rasa ingin tahu. Jadi, apa ingin dikatakan?
"Atuk call kamu sebab nak bagitahu sekarang atuk dekat airport untuk tunggu penerbangan atuk tiba." Mattheo terangguk-angguk kecil. Sangkalnya Matvei mungkin hendak bercuti.
"Atuk nak bercuti? Kemana?"
"Oh tidak. Bukan bercuti. Atuk nak melawat kamu dengan Kayla di Malaysia. Atuk rindu dengan cucu-cucu atuk." Mattheo terangguk-angguk kecil sebelum matanya membulat besar.
"Melawat Theo?" Soal Mattheo sedikit terkejut.
"Iya... nanti kalau atuk dah sampai, atuk akan gerak terus ke rumah agam kamu. Papa cakap kamu kerap duduk sana je kan?" Soalan Matvei membuatkan Mattheo terdiam lama. Tidak mungkin dia akan membongkar rahsia yang disimpan kemas dari Matvei. Dia tidak mahu lelaki tua itu mengetahui perkahwinan rahsianya.
"It's okay grandpa. Theo akan jemput atuk di airport je kalau atuk dah sampai." Matvei tertawa perlahan di hujung corong. Dia sendiri pelik dengan suara cucunya yang tiba-tiba sahaja terdengar cemas.
"Yesli vy tak schitayete. YA pozvonyu vam, kogda priyedu. (Kalau Theo cakap macam itu, atuk okey je. Kalau atuk dah sampai, atuk akan call Theo)" Hembusan nafas lega dihela.
"Tapi... atuk nak melawat juga rumah agam kamu. Nak tengok macam mana kehidupan cucu atuk sejak hidup sendiri ni." Tambah Matvei lagi membuatkan rasa lega Mattheo perlahan memudar.
"Alright grandpa. Give me a call when you arrive." Terasa akalnya hendak mencari idea seakan buntu membuatkan Mattheo akur. Dia akan mencari cara lain untuk memastikan perkahwinan bersama Orked tidak diketahui oleh Matvei.
"Alright. See you later." Panggilan terputus, Mattheo segera menghempas tubuh ke kerusi empuk. Keluhan kasar dilepaskan. Otaknya ligat memikirkan cara bagi rahsianya tidak ketahuan oleh Matvei.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romansa[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...