MATTHEO tersedar dari lena panjang selepas telinganya mendengar bunyi esakan yang kuat. Telinga digosok kasar sebelum tubuh dipaksa bangkit, di dalam kesamaran cahaya yang menerangi bilik tersebut pandangan Mattheo terpaut pada Orked yang sedang berkelubung di dalam selimut tebal di sisinya.
Wajah diraup kasar.
"Bisinglah! Menganggu lena aku tau tak," suara garau tersebut melengking kuat, rambut diraup rimas ke belakang. Terlihat Orked berusaha menahan bunyi esakannya dari kedengaran namun bahunya masih terhinjut-hinjut kecil.
Baju kemeja berserta boxernya yang sudah tersidai kemas di atas lantai diambil sebelum disarungkan ke tubuh. Lama matanya memerhatikan seluruh bilik hotel tersebut yang sudah seakan baru mengalami gempar bumi.
Bathrobe yang sudah siap tersedia digapai sebelum dicampak ke hadapan Orked.
"Stop menangis dan pakai bathrobe tu." Arahnya, otaknya masih ligat memikirkan perbuatannya semalam. Puas dia memikirkan jika dia mabuk semalam? Namun, dia tidak menyentuh air arak langsung walaupun setitik. Jadi, bagaimana dia bisa hilang kendali?
Mattheo terdiam, otaknya rungsing berfikir.
Orked dengan berhati-hati menyarungkan bathrobe ke tubuhnya, sekali-sekala dia meringis perlahan kerana rasa sakit yang terasa menjalar di seluruh tubuhnya. Perit, pedih, ngilu semuanya ada.
"Aku mabuk ke semalam?" Telefon pintar dikeluarkan, waktu menunjukkan sudah hampir masuk waktu satu pagi. Orked yang mengecilkan diri di atas katil bersaiz king tersebut dipandang sebelum rokok dikeluarkan lalu hujungnya dibakar mengunakan pemetik api.
Tidak sampai seminit, kepulan asap sudah kelihatan di udara memenuhi ruangan bilik hotel tersebut.
"Bila aku tanya, jawab Eloise. Aku tak minta kau menangis dekat sini. Berhenti menangis untuk lima minit, boleh tak?" Suaranya sudah kedengaran keras. Rasa sakit kepala yang dirasakan saat ini berlipat kali ganda tatkala mendengar tangisan wanita itu. Bingit dan merimaskan.
"E-encik mabuk mungkin."
"Kan mudah, senang je jawapan untuk soalan aku. Ini tidak, sikit je nak nangis. Sikit nak nangis. Bising tahu tak? Macam budak-budak kau ni." Herdiknya geram. Semakin lama rokok dihisap memandangkan rasa marah dan sakit kepala bagai membuatkan kepalanya terasa ingin meletup sekarang ini.
Orked mengatup rapat bibir diam. Hujung bathrobe digenggam kuat bagi menahan tangisan. Air mata yang ingin mengalir dipaksa tahan. Nada suara keras kuat milik lelaki itu membuatkan jiwa Orked mengeletar ketakutan.
Kejadian semalam berulang-ulang kali bermain di fikirannya membuatkan ketakutan yang dirasai sehingga ke tulang putih.
Suasana sunyi sepi di antara mereka. Mattheo fokus menghabiskan sisa rokok sambil memandang ke luar balkoni. Suasana jalan raya yang terlihat masih dipenuhi dengan kereta dipandang dengan penuh minat meskipun fikirannya melayang jauh memikirkan bagaimana dirinya bisa mabuk walaupun langsung tidak menyentuh sebarang arak semalam.
Suara riuh rendah dari luar menarik minat mereka, segera puntung rokok dimatikan hujungnya lalu dicampak tepat memasuki tong sampah besi yang sudah tersedia.
Kaki diatur menuju ke daun pintu sebelum dibuka. Muncul beberapa orang lelaki yang lengkap berpakaian kopiah dan songkok sedang ditahan oleh pengawal yang disuruh berjaga di hadapan bilik hotelnya.
Wajah Mattheo sudah berubah tegang memandangkan kebisingan mereka sudah menganggu ketenteramannya.
Mattheo berpeluk tubuh sebelum disandarkan badannya ke pintu, dengan tenang dia menunggu tujuan kedatangan ramai orang di hadapan biliknya. Rasa tiada pula dia membuka program berasaskan keagamaan di sini.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...