MIKAYLA mengetap bibir saat melihat ke arah masjid yang semakin ramai dipenuhi dengan orang-orang yang sedang berpusu-pusu masuk sejurus azan kedengaran dikumandangkan. Jam ditoleh, waktu sudah memasuki pukul 1 suku petang.
Sebenarnya malam itu kerana keadaan yang gelap, dia tidak dapat mengingat jalan ke arah rumah Raid. Awalnya dia hendak mematikan niatnya tetapi selepas itu dia teringat pesanan Puan Fatimah ke padanya. Jadi, segera dipandu kereta Swift nya menuju masjid yang mempertemukannya dengan Raid hari itu.
Jari runcingnya bermain di stereng kereta sebelum diputuskan untuk mengambil telefon pintarnya lalu aplikasi Instagram dibuka sementara menunggu kelibat Raid muncul.
JAM ditoleh, sudah memasuki pukul 2 petang tetapi bayang Raid masih tidak kunjung tiba. Orang-orang yang datang memenuhi masjid tadi sudah beransur-ansur pulang sehingga kawasan yang penuh tadi sudah terlihat kosong. Mikayla mengemam bibir. Raid tidak datang masjid ke hari ini? Soal hati kecilnya.
Malas hendak berperang lebih dengan perasaan tertanya-tanya dan ragunya, Mikayla segera menapak keluar. Namun, langkahnya mati saat mengingatkan rambutnya yang terbiar bebas. Dia masih ingat akan peraturan di masjid yang sempat dia baca semasa menunggu Raid selesai solat tempoh hari.
Segera tempat duduk belakang dibuka, selendang pemberian Raid yang sudah siap dicuci dan dilipat diambil sebelum diletakkan ke atas kepalanya ala kadar sahaja. Seusai yakin pakaiannnya yang dikenakan terlihat sopan, kakinya segera diatur memasuki masjid.
Kawasan sekeliling masjid dipandang. Sempat hatinya memuji kecantikan masjid tersebut. Sangat indah!
"Cik, kalau cik nak ke bahagian wanita, cik boleh masuk guna pintu belah kiri sana. Itu bahagian solat wanita." Tegur satu suara garau membuatkan Mikayla pantas memusingkan wajahnya memandang lelaki yang berjanggut halus serta memakai songkok berwarna putih di atas kepalanya.
Mikayla terkedu.
Bibirnya terasa kaku hendak membalas.
Melihat dari warna rambut Mikayla serta Mikayla yang diam membisu bersama pandangan seakan keliru membuatkan lelaki yang berjanggut halus itu mengaru pipi perlahan.
"If you want to..."
"Saya faham bahasa Melayu, saya sebenarnya datang ni nak mencari..."
"Ikhwan tak pulang lagi?" Soal satu suara yang Mikayla kenal pemiliknya. Pantas dia memusingkan badan mengadap sang pemilik suara, serta-merta wajah Raid berubah sebelum lelaki itu mengalihkan pandangannya.
"Kayla..."
"Eh ustaz kenal ke dengan dia ni? Tadi saya hampir bercakap bahasa Inggeris dia sebab saya fikir dia mualaf." Lelaki berjanggut halus yang digelar Ikhwan itu mengaru kening. Manakala Mikayla berkerut kecil, mualaf? Mualaf itu apa?
"Saya kenal dengan dia. Hari itu keretanya rosak di depan masjid ni, saya yang bantu." Terangguk-angguk kecil Ikhwan saat mendengar balasan Raid.
"Oh kalau macam itu, saya gerak dululah. Ibu saya mesti dah bising menunggu makan tengahari ni," enjin motor EX5 dimulai, bunyi bising enjinnya mulai memenuhi kawasan perkarangan masjid tersebut.
"Okaylah, berhati-hati Ikhwan. Asalamualaikum,"
"Waalaikumusalam ustaz,"
Hilang sahaja Ikhwan, kawasan kembali menjadi sunyi sepi. Raid diam menekur memandang lantai masjid menakala Mikayla mengemam bibir. Saat berhadapan dengan lelaki itu, tiba-tiba sahaja bibirnya seakan kaku.
"Ada urusan apa Kayla datang ke mari? Kalau Kayla nak solat, Kayla boleh guna pintu sana untuk terus ke bahagian wanita." Mikayla laju menggeleng meski gelengannya tidak dilihat oleh Raid.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romansa[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...