16

9.2K 408 16
                                    

ORKED sekadar membuntuti langkah lelaki berbadan tegap tersebut tanpa bersoal lebih. Sejurus sahaja dia selesai mandi, pintu bilik dibuka lalu lelaki itu terus membawanya turun ke tingkat bawah. Sempat matanya merayau memandang kawasan sekeliling rumah yang selama dia tempati, luas dan besar namun tidak terlalu memiliki banyak barangan.

"Duduk," arah Francis tatkala Orked masih fokus meneliti keadaan sekeliling.

Orked akur, matanya tertancap ke arah beberapa pinggan berisi pelbagai jenis makanan membuatkan perutnya berkeroncong meminta diisi. Lama Orked merenung makanan tersebut sehingga Francis mengeluh kasar.

"Duduk dan makan." Tulang punggung segera dilabuhkan ke salah satu kerusi yang terdapat di meja makan tersebut. Dia masih ragu-ragu hendak menyentuh makanan itu memandangkan ugutan lelaki itu masih segar di ingatannya.

"Makanlah, nak tunggu apa lagi!" Wajah Francis semakin tegang.

"T-tapi saya tiada duit encik nak b-bayar." Balas Orked takut, jemarinya sudah mengigil kecil tatkala lelaki berbadan tegap itu memandangnya tajam membuatkan Orked teringat-ingat wajah bengis lelaki yang memukulnya semalam.

"Tuan dah pesan makanan ini adalah bayaran untuk layanan kau semalam." Hati Orked bagai terkena satu panahan tajam tatkala kata-kata itu meluncur lancar dari bibir lelaki berbadan tegap tersebut. Perut yang terasa lapar seakan perlahan-lahan tidak lagi berkeroncong meminta diisi, seleranya mati.

Jadi, makanan ini adalah hasil kesuciannya dirampas semalam?

Tubir mata Orked mulai terasa bertakung sehingga pandangannya sedikit kabur.

"Makanlah." Pinggan berisi pancake bersama mentega diletakkan ke hadapan Orked. Nada suaranya lebih keras berbanding tadi.

Orked mengetap bibir kuat, hatinya sakit kerana dihina sebegitu sekali cuba ditahan. Sudu digapai lalu isi pancake diambil sedikit sebelum dipaksa sumbat ke dalam mulutnya, dikunyah pancake tersebut bersama hatinya yang hancur.

Air mata ditahan dari mengalir.

Hancur hatinya tatkala dirinya dilayan tidak ubah seperti seorang pelacur sedangkan dia bukan perempuan seperti itu. Kejadian semalam bukan ke atas kerelaannya malah dia tidak langsung menikmati malam tersebut. Dia jijik dengan dirinya sendiri, dirinya sudah hina.

"Habiskan semua makanan itu, aku akan tunggu kau di ruang tamu. Jangan cuba bertindak bodoh sebab tindak tanduk kau sentiasa diperhatikan." Ugut Francis sebelum kaki diatur menuju ke ruang tamu. Sempat disuruh kepada beberapa orang pengawal yang berjaga di pintu hadapan untuk berkawal di kawasan dapur.

Akhirnya air mata yang ditahan mengalir tatkala lelaki itu berlalu meninggalkannya. Bibir diketap kuat bagi tidak mengeluarkan sebarang bunyi tangisan. Orked tidak mahu mengundang pukulan lagi dari mana-mana orang lagi, tubuhnya sudah cukup dipenuhi sakit. Sakit ditampar kerana Mattheo masih belum hilang malah meninggalkan kesan di pipi serta luka di bibirnya.

Dia sudah serik.

MIKAYLA menyarungkan cermin mata hitam ke matanya tatkala melangkah keluar dari tanah perkuburan islam Raudhatul Sakinah. Tatkala kakinya baru sahaja melangkah keluar dari pagar, Mikayla tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang sedang berpakaian kurta bersama songkok di kepala.

Hampir sahaja dia terjatuh, namun sempat berpaut pada bahu lelaki tersebut.

Mikayla mengeluh perlahan, selendang yang tidak membalut sempurna rambutnya hampir sahaja terjatuh segera dibetulkan. Lelaki itu membantu Mikayla berdiri sebelum pegangan tangannya dilepaskan. Sempat dia berdehem kecil, segan kerana baru sahaja bersentuhan dengan gadis yang bukan mahramnya.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now