40

11.8K 565 32
                                    

PENERBANGAN yang hampir memakan masa selama 10 jam akhirnya tiba, Mattheo segera memakaikan kaca mata hitam ke wajah sambil matanya mengerling ke arah jam tangan berjenama Rolex yang berada kemas di pergelangan tangan. Selalunya Damien iaitu pemandu datuknya sudah tiba sekarang ini namun batang hidung langsung tidak nampak. Jarang-jarang lelaki itu tidak menepati masa.

Luth yang masih berdiri di sisinya dipandang sekilas, lelaki itu sekadar menunduk ke bawah. Sejak kejadian di mana dia mengugut nyawa orang suruhannya itu, lelaki itu sudah terlihat jarang bercakap dan cekap melakukan tugasannya.

Keluhan dilepaskan. Luggage miliknya ditarik ke sisi. Baru sahaja telefon hendak diambil dari poket kot berwarna hitam pekat yang dipakainya, muncul satu suara yang sudah lama tidak didengarinya.

"Privet dvoyurodnyy brat (Hello sepupu)" Seorang lelaki bertubuh tegap yang memiliki ketinggian sama sepertinya muncul, kaca mata yang dipakai segera dilepaskan sebelum bibirnya mengherot senyuman lebar. Mattheo segera menarik tubuh kekar itu ke dalam pelukan.

"Privet Alexander, davno ne videlis' dvoyurodnyy brat (Hello Alexander, lama tak jumpa kau sepupu)" Belakang badan Alexander ditepuk berulang kali sebelum dilepaskan pelukan mereka.

Alexander terangguk-angguk kecil bersetuju. Luggage Mattheo segera dibantu angkat lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta sport berjenama Marussia miliknya. Mattheo sempat memeriksa kereta tersebut sebelum dipandang wajah Alexander yang sudah tersenyum bangga.

"Vasha novaya kollektsiya avtomobiley? (Koleksi kereta baru kau ke?)" Soalnya, tidak dapat dinafikan kereta terbaru milik sepupunya ini benar-benar terlihat menarik. Warna dan rekaannya terlihat klasik. Malangnya, dia bukan pencinta kereta seperti Alexander.

"Da vy sebe ne predstavlyayete, skol'ko moy otets sporil o pokupke etoy novoy mashiny. (Kau tak tahu betapa bisingnya ayah aku bila aku beli kereta ni)" Ujar Alexander yang mengundang tawa galak dari Mattheo. Siapa je yang tak kenal dengan sikap Alexander yang terlalu obses dengan kereta sehinggakan garaj rumahnya sahaja sudah berderet penuh dengan koleksi keretanya. Jadi, wajarlah bila pakciknya bising mengenai kereta baru milik sepupunya.

Luth yang masih setia berdiri di sisi sekali lagi dikerling.

"Kau boleh naik pengangkutan awam, teksi or whaterver. Tapi pastikan sampai sebelum aku. And jangan ke apartment aku, ke rumah datuk terus." Sempat arahan diberikan kepada orang suruhannya. Luth sekadar mengangguk akur sebelum badannya menunduk hormat ke arah Mattheo.

Kepergian Luth dipandang sekilas sebelum dihala semula ke arah Alexander yang sekadar diam memandang. Sudah semestinya sepupunya itu tidak mengerti bahasa yang digunakannya sebentar tadi memandangkan lelaki itu berdarah asli Rusia. Ayah Alexander merupakan adik kepada ayahnya dan ibunya pula merupakan wanita yang menetap di Rusia. Jadi, sejak kecil lelaki itu membesar di negara asalnya.

Berbeza dengan Mattheo, sejak kecil hidupnya bertukar-tukar tempat tinggal. Sekejap di Rusia, sekejap di Malaysia. Disebabkan itu, dia bisa berbahasa Melayu dan berbahasa Rusia. Bergantung kepada siapa yang dia bercakap.

"Ignore him. Where were we earlier?"

"About my dad and the car issues bro." Alexander membalas. Mattheo terangguk-angguk kecil.

"Yeah the car issues. So─"

"It serves you right, bro. How can you never get tired of buying this kind of car? They're all the same, dude." Mattheo mula melabuhkan punggung ke dalam kereta, sempat dia memeriksa rekaan dalam kereta sport tersebut. Dia yakin harganya sama hebat seperti keretanya.

"Please, bro. They come in a variety of styles." Wajah Alexander terlihat ketat, sempat dia menjeling ke arah Mattheo sebelum rambut dibetulkan mengunakan cermin yang memantulkan sisi belakang.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now