46

9.4K 588 75
                                    

RAMBUT lurus milik Orked yang lembut mengurai dipegang sebelum dihidu bau harum syampu Pantene yang keluar dari rambut tersebut. Orked yang masih terlihat nyenyak tidur segera dipandang, dari mata wanita itu sehingga ke bibir. Jauh di sudut hati, dia memuji kecantikan yang dimiliki Orked.

Perlahan-lahan tangannya bergerak mengusap belahan bibir merah jambu yang terlihat pucat itu. Manakala matanya pula meliar melihat kesan-kesan merah yang jelas terlihat di leher jinjang milik wanita itu sebelum hujung bibirnya naik menarik senyuman.

"You're beautiful, Eloise. I even can't bring myself to deny that thing." Bisiknya perlahan sambil tangannya bergerak pula memegang pipi putih yang kemerahan-merahan tersebut lalu dielus perlahan. Dia sendiri tidak sedar dengan kata-kata yang terucap di bibir tika ini.

"You're the prettiest girl I've ever met in my life. Maybe you can't even be compare to them. I think that maybe.." katanya terjeda sejenak. Dia seakan ragu-ragu hendak mengucapkan kata-kata tersebut.

Sepasang anak mata kelabu pekat itu menatap dalam wajah yang masih tertidur pulas. Lama direnung setiap inci keindahan wajah milik wanita itu sebelum telapak tangannya memeluk sebelah pipi wanita yang bergelar sang isteri tersebut.

"Maybe if you and my little brother are not related, maybe I would fall in love with you since the first day I laid my eyes on you." Sambungnya selepas lama mendiamkan diri. Dek angkara pergerakan dari Orked, Mattheo segera bangkit. Dia berdehem kecil sebelum menepuk pipinya perlahan.

"What the fuck is wrong with me? Kenapa aku cakap macam tu?" Ujarnya, wajahnya ditepuk berulang kali bagi memastikan apa yang diungkapkan tadi benar-benar datang darinya. Kenapa? Kenapa dia boleh berfikiran sebegitu?

Tidak. Tidak mungkin dia akan jatuh cinta pada wanita seperti Orked. Berulang kali dia cuba menyangkal kata-kata yang sendiri diucapkan barusan.

"Encik," nada suara lembut yang menyerunya membuatkan dia segera berdehem kecil sekali lagi. Mattheo bangkit lalu mencapai bathrobe sebelum dipakaikan ke tubuhnya. Wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Dia risau sekiranya kata-katanya barusan didengari oleh Orked.

"Dah bangun?"

"Dah encik. Bila encik bangun?" Orked bangkit sambil menutup tubuhnya yang tiada sebarang benang mengunakan selimut comforter milik Mattheo.

"Tadi. Bangunlah pergi mandi dan sediakan aku sarapan." Arahnya, kotak rokok miliknya dicapai lalu sepuntung rokok diambil. Sudah kebiasaan dia menikmati rokok setiap kali baru bangun dari tidur. Sudah seakan menjadi hobi. Rokok dapat membantunya menghilang stress.

"Baik encik." Dengan penuh berhati-hati Orked menurunkan diri dari katil bersaiz king milik lelaki itu. Baru sahaja kaki hendak melangkah pergi, lengan terasa dipegang.

"Hulurkan lighter, aku ada letak di sana." Meja kecil di sisi katil ditunjuk. Orked sekadar akur, pemetik api milik suaminya segera diambil lalu diberikan kepada lelaki itu.

"Eloise.." sekali lagi langkah Orked dihalang dengan suara garaunya.

"Kau.." katanya bagai terjeda saat pandangan lembut dari wanita itu menghala ke arahnya. Mattheo bagai terkaku seketika. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dengan dirinya tika ini. Aneh, berbeza dengan dirinya yang sebelumnya.

"Kenapa encik? Encik nak apa-apa ke?" Soal Orked penuh hormat, selimut masih teguh ditahan dari jatuh menutupi tubuh kecilnya.

Mattheo berdehem perlahan.

Pandangan dihala ke arah luar balkoni sebelum puntung rokok diletakkan ke bibir.

"Hari ini masakkan aku nasi goreng kampung. Aku teringin pula. Kau pandai kan?" Ujar Mattheo yang membuatkan Orked sedikit tersentak. Selama beberapa bulan dia bersama dan melayani lelaki ini, baru pertama kali lelaki itu meminta dia menyediakan masakan yang bukan berkaitan dengan makanan barat.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now