KERETA Rolls-Royce Phantom yang dipandu Alexander berhenti tepat di hadapan perkarangan rumah agam yang sedang berdiri megah tersebut. Alexander yang baru sahaja hendak memusingkan wajahnya ke belakang sudah berkerut seribu saat tubuh Orked sudah hilang. Wanita itu malah sudah selamat keluar dari kereta dan terlihat tergesa-gesa memasuki rumah agam tersebut bersama beberapa beg kertas di tangan.
Alexander segera mengejar langkah wanita itu. Tidak cukup tanah dia mengejar Orked.
"Eloise, do you want me to help you?" Namun langkahnya segera dimatikan sejurus tubuh genit itu mendadak mematikan langkah. Hampir sahaja dia melanggar Orked jika dia tidak sedar dengan tingkah wanita itu yang tiba-tiba sahaja berhenti mengejut. Wajah Orked terlihat panik.
Dia lambat tiba di rumah kerana semasa dalam perjalanan pulang, jalan raya tiba-tiba sahaja jem. Ramai orang berpusu-pusu pulang pada waktu itu menyebabkan kereta yang dipandu Alexander tersekat di dalam kesesakan lalu lintas.
Punca tubuhnya mematung sekarang ini kerana lelaki yang ditakutkan sudah berada tepat di ruang tamu sambil menyilangkan satu kakinya bersama tangannya yang dibawa berpeluk tubuh. Wajahnya terlihat serius menatap siaran televisyen yang sedang dipaparkan pada televisyen yang bersaiz 60 inci tersebut.
"Oh Eloise... seronok berjalan-jalan?" Teguran suara Matvei membuatkan tubuh sasa yang sedang tepat menatap televisyen tadi berpusing secara langsung ke arah Orked yang terlihat membatu bersama Alexander yang masih setia menunggu di sisi wanita itu.
Wajah yang serius tadi berubah ketat. Anak mata kelabu itu memincing tajam ke arah Orked membuatkan wajah wanita itu semakin jelas ketakutan. Genggaman di beg-beg kertas yang dipegang semakin kuat sehingga terasa jelas peluh-peluh yang dikeluarkan dari liang kulitnya.
"Eloise.. mahu saya bantu awak?" Soalnya sekali lagi, kali ini mengunakan bahasa Melayu. Alexander melangkah ke hadapan Orked, tangannya turut dihulurkan ke hadapan wanita itu. Melihat keadaan Orked yang sarat dengan barang membuatkan dia jadi kasihan dengan keadaan wanita itu.
"T-takpe t-tuan." Terketar-ketar nada suara Orked menjawab. Jelas tubuh genit itu terlihat mengigil kecil. Pandangan bengis dari pemilik anak mata berwarna kelabu itu membuatkan tubuhnya bereaksi sebegitu. Dia yakin Mattheo sedang marah akannya kerana dia sudah mengingkari janjinya pada lelaki itu.
"Are you okay, Eloise? You look..."
"S-saya minta izin dulu masuk ke bilik dulu tuan, s-saya dah lambat nak s-solat." Pamit Orked. Alexander mengangguk akur meski dia tidak memahami maksud ayat dari wanita itu. Sangkalnya mungkin Orked tidak selesa memandangkan wanita itu sudah berkahwin. Sempat dimaki hatinya yang terlupa dengan fakta bahawa wanita itu sudah memiliki suami. What is wrong with me? Getus hati kecilnya.
"Yeah, sure young lady. Kamu nampak penat, berehatlah selepas itu." Matvei bersuara mengizinkan, segera dengan berhati-hati kakinya melangkah ke arah cucunya yang masih merenung Orked tajam. Terlihat rahangnya bergerak-gerak mengetap gigi menahan amarah.
"Kemana Kayla pergi? Kesian budak tu dibiarkan seorang diri dengan beg sebanyak-banyaknya." Gumam Matvei perlahan.
"T-terima kasih tuan,"
Separa tubuhnya ditundukkan sebelum Orked meminta diri ke biliknya. Sedaya-upaya pandangan maut Mattheo dielak dari dipandang. Dia sempat menghela nafas lega saat lelaki itu sekadar merenungnya tanpa bersuara atau mendekatinya.
Mungkin Tuhan mendengar rayuan hatinya?
"Alex... go wash first before dinner," arah Matvei pada lelaki yang terlihat mengaru keningnya pelik. Hatinya terjentik rasa hairan saat Orked terlihat seakan-akan takut. Takut dengan siapa? Seketika dia kembali mengingati pesanan Mikayla yang mengatakan harus pulang sebelum pukul 8 malam? Tetapi kenapa? Kenapa pukul 8 malam?
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Roman d'amour[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...