74

21.8K 914 178
                                    

Note: Saya tidak menjamin bahawa penggunaan bahasa Cina itu adalah benar 100 peratus tetapi saya usaha mengunakan translator yang seakurasi (tepat) yang mungkin.

MATTHEO mengeluarkan sampul surat berwarna coklat yang ditinggalkan Francis kepadanya beberapa hari yang lalu, di dalam sampul tersebut berisi segala maklumat berkaitan dengan wanita yang memiliki wajah yang serupa dengan isterinya.

Sampul surat coklat tersebut direnung lama sebelum digenggam kuat sehingga terlihat kesan-kesan renyuk di sekitar genggamannya. Rahangnya bergerak-gerak menahan amukan memikirkan dia sudah tersilap orang selama ini.

Hembusan nafas kasar dilepaskan sebelum dicampak sampul surat tersebut ke dalam tong sampah yang tidak jauh darinya. Namun, kerana penutup sampul itu sudah sedikit tidak melekat seperti awalnya, beberapa keping gambar terlihat sudah selamat jatuh ke atas lantai.

Hendak atau tidak, terpaksa juga dia angkat gambar tersebut. Niatnya yang hendak membuang gambar tersebut mati saat gambar yang sama dia jumpa di ruangan bilik adiknya turut ada di situ.

Seorang gadis yang sedang tersenyum manis sambil memegang bunga. Wajahnya mirip dengan Orked namun senyuman mereka jelas berbeza. Mattheo masih ingat dengan jelas akan senyuman Orked, sangat-sangat manis dan ikhlas saat terlakar di wajah jelita itu.

Batang hidung diurut perlahan seusai badannya disandarkan ke kerusi, keluhan dihela perlahan. Kenapa dia tidak bisa mengesan perbezaan mereka dari awal? Baru dia sedar satu perkara saat melihat gambar ini semula, wanita itu dan isterinya sangat-sangat berbeza dalam segi permakaian mereka.

Di dalam gambar tersebut, sudah jelas Dahlia seorang yang tidak memakai tudung manakala isterinya, saat pertama kali mereka bertentangan mata dahulu, wanita itu mengenakan pakaian yang sangat menutup aurat. Tetapi dirinya terlalu bodoh, menuduh Orked berpakaian sebegitu hanya untuk menutup dosanya. Dosa yang tidak pernah dilakukan wanita naif itu.

Wajah diraup perlahan.

Kenapa dia terlalu dibutakan rasa marah saat itu?

Dia biarkan dendam menguasai akalnya.

"You're so fucking stupid, Mattheo! Benda sudah terang lagi bersuluh that she was different. You knew it from the start, but you let your anger control you! You let revenge eat your damn conscience. Dammit!" Makinya pada dirinya sendiri, dia baru sedar bahawa dirinya bodoh. Kenapa bila semuanya dah terlambat, baru dia sedar dan mengerti akan segalanya?

Gambar tersebut dicampak ke dalam tong sampah, tangan Orked yang terletak di atas katil diambil dan digenggam. Wajah pucat Orked direnung lama sebelum kekura tangan Orked dibawa mendekati bibir merah delima miliknya.

"I'm sorry for everything, sayang."

"I know I don't deserve to say that I'm sorry, but I want you to know that I will do anything that it takes for you to forgive me. I'm sorry for everything. I wish I could turn back time so that I could treat you better." Lama kucupan hangat dilabuhkan pada kekura tangan milik isterinya, saban hari, rasa rindunya pada Orked semakin bercambah. Dia rindu hendak menatap Orked dalam keadaan wanita itu sedar, dia rindu hendak merasakan masakan wanita itu, dia rindu Orked yang tidak pernah mengeluh dan jemu melayan dirinya dan dia rindukan senyuman manis milik Orked.

Andai sahaja mesin waktu dapat dibeli, dia ingin memutarkan kembali masa, dia mahu kembali ke masa lalu di saat pertama kali mereka bersua muka. Tetapi bukan dengan tujuan dendam melainkan tujuan hendak mengambil hati wanita itu dengan cara yang sebenar-benarnya. Dia ingin melihat Orked jatuh cinta kepadanya, bukan takutkan dia seperti dahulu kala.

Namun, dia hanya manusia biasa. Tidak berkuasa untuk mengubah masa mahupun takdir. Nasi sudah menjadi bubur, dia tidak bisa lagi mengubah apa-apa. Harapannya hanya satu, mengharapkan Orked masih sudi memaafkan dosanya dan menerimanya kembali sebagai suami kepada wanita itu.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now