21

10K 490 52
                                    

TATKALA bunyi pintu biliknya dibuka dari arah luar, Orked cepat-cepat meletakkan sikat rambut yang dipegang. Hatinya berdebar ingin mengetahui insan yang membuka pintu tersebut memandangkan sudah tiga minggu berlalu sejak kali terakhir dia bertemu dengan lelaki bermata kelabu tersebut. Dia sendiri tidak tahu kemana lelaki itu pergi tetapi dia bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu mengadap lelaki itu.

Orked berengsot sehingga belakang tubuhnya mengenai dinding. Jantung yang mulai berubah rentak cuba dikawal. Namun Orked menghembuskan nafas lega tatkala bukan lelaki yang ditakutkan muncul.

"Kenapa muka macam baru lepas nampak hantu?" Soal Luth dingin. Tubuhnya disandarkan ke pintu lalu tangannya dibawa memeluk tubuh. Sempat matanya meliar segenap tubuh Orked yang seakan berusaha melindungi tubuhnya dari menjadi tatapan mata liarnya.

Bibirnya mengherot senyuman sinis.

"Tak perlu nak tutup bagai sangat badan kau. Bukan suci lagi pun," sinis sahaja Luth bersuara lagi membuatkan Orked terjeda perbuatannya yang sedang berusaha melindungi kakinya yang sedikit terlihat. Meskipun dia tidak dibenarkan menutup rambutnya namun dia masih mahu menjaga auratnya yang lain. Dia tidak sanggup menjadi bahan tatapan semua lelaki yang datang mendekatinya.

Hatinya terasa sakit kerana cemuhan tersebut cuba ditahan.

"Malam ini tuan balik," tubuh Orked secara mendadak berubah kaku. Bagai terkena renjatan elektrik tatkala berita tersebut memasuki halwa telinganya. Lelaki yang dia takutkan kini kembali setelah hampir berminggu-minggu mereka tidak bersua muka.

Jari-jemari Orked terasa membeku.

Riak wajah yang terpampang jelas kelihatan gusar membuatkan Luth yakin wanita di hadapannya sedang diambang ketakutan.

"Dengar tak ni? Aku cakap kau boleh pula termenung." Sempat ditepuk almari yang berada tidak jauh darinya sehingga menghasilkan bunyi yang kuat membuatkan Orked tersentak. Pantas wajah tegang Luth dipandang.

"D-dengar encik."

Takut-takut Orked menjawab.

"Tuan minta kau masakkan tomyam malam ini. Adam dah sediakan bahan semua di dapur, malam nanti siap sedia awal. Mandi jangan tak mandi. Dan pastikan tomyam tu tak terlalu masam." Setiap arahan diberikan lancar. Orked mengangguk akur walaupun dia sedang berada dalam situasi gelisah sekarang ini.

"Jelas atau tidak arahan aku?" Soal Luth bagi memastikan setiap arahannya diterima dengan baik oleh Orked. Dia kenal sungguh dengan sikap Mattheo jikalau lelaki itu baru tiba selepas menaiki penerbangan yang panjang. Emosi lelaki mudah berubah-ubah. Jadi, dia tidak mahu mengundang amukan dari lelaki itu. Silap haribulan peluru pistol yang berada di pinggangnya ini menjadi makanannya.

Sudahlah Mattheo itu tidak memiliki sebarang belas ihsan. Luth tidak mahu mengundang kematian awal, lebih baik dia sediakan semuanya dengan baik.

"Jelas encik."

"Good. Pukul 10 aku akan bukakan pintu, kau akan mula masak masa itu." Pesan Luth lagi sebelum berura-ura ingin keluar dari ruangan bilik tersebut. Sempat dia berfikir bagaimana Orked mampu hidup dalam keadaan bilik sebegitu selama ini? Sudahlah tiada langsung kipas angin serta tingkap. Malah Orked tidur beralaskan tikar mengkuang sahaja. Tidak disangka tabah juga hati wanita itu mengadapi seksaan yang diberikan majikannya.

Dia yakin jika dia berada di tempat Orked. Hari pertama dia berada di sini, dia pasti sudah meminta Mattheo untuk menghabiskan nyawanya.

Dia tidak akan betah menerima seksaan yang sama yang diberikan Mattheo kepada Orked.

"B-baik encik," perlahan sahaja Orked membalas.

Hilang sahaja Luth, Orked mengigit kuku perlahan. Jari-jarinya mulai mengigil kecil, kata-kata Mattheo bagai kembali berulang-ulang di kotak fikirannya. Bagaimana jika dirinya harus melayani lelaki itu malam ini?

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now