SEBULAN KEMUDIAN,
Pintu sliding yang menempatkan wad isterinya ditolak sebelum melangkah masuk, jambakan gabungan bunga mawar putih bersama bunga orkid putih sempat dihidu sebelum bibir merah delimanya mengukir senyuman. Kaki diatur menuju ke Mikayla yang sedang tekun membaca mushaf bersaiz sederhana sebelum pipi bersih Mikayla dikucup sekilas.
"Good morning."
Mikayla pantas menghentikan bacaannya sebelum bibir merah jambunya melekukkan senyuman. Pantas tangan sang abang digapai lalu disalam penuh hormat.
"Good morning abang Theo," Mattheo yang sudah merapati kakak iparnya dipandang bersama senyuman yang tidak kunjung putus. Sempat surah Al-Kafirun dihabiskan sebelum mushaf miliknya ditutup lalu disimpan dengan baik ke dalam beg tangan Gucci yang dibawanya.
"Selamat pagi, my beautiful princess." Kucupan hangat dilabuhkan pada dahi bersih milik Orked penuh kasih. Sudah menjadi kebiasaannya melabuhkan kucupan sebagai sapaan pada isterinya setiap kali dia kembali ke wanita itu.
"Hari ini abang bawa bunga lagi untuk sayang." Jambakan bunga yang selamat dipegang ditunjukkan ke hadapan isterinya yang masih terbaring kaku di atas katil. Meskipun dia tahu, perbuatannya itu tidak dilihat oleh Orked namun dia percaya setiap bait bicaranya didengari oleh Orked.
"Wah bunga lagi? Bunga semalam pun masih elok lagi sampaikan Kayla rasa bau bunganya masih ada dalam bilik ni." Mikayla bersuara, bunga semalam yang dibawa abangnya masih terlihat segar di dalam pasu bunga yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil Orked.
"Mestilah, abang nak bila isteri abang bangun nanti... dia rasa gembira dengan bunga yang abang bagi ni." Balas Mattheo, jambakan bunga yang baru dibeli tadi diletakkan ke atas meja sebelum tangan isterinya dibawa ke dalam genggaman. Raut wajah yang masih sama kaku seperti sebulan yang lalu dipandang. Dia sendiri tidak sangka, sudah sebulan berlalu sejak isterinya terbaring koma.
Namun begitu, dia tidak akan lelah menunggu sehingga isterinya sedar walaupun seribu tahun lamanya.
"Macam mana dengan kerja abang? Dah selesai?" Semalam tiba-tiba sahaja lelaki itu mendapat panggilan dari setiausahanya yang mendesaknya untuk datang ke mesyuarat gempar yang diadakan oleh pembekal yang berkerjasama dengan syarikatnya dalam projek pembinaan hotel barunya di Sarawak.
Hendak atau tidak, Mattheo terpaksa akur untuk pergi. Jadi, diminta adik perempuannya untuk menjaga isterinya sementara dia ada urusan kerja yang harus diselesaikan.
"Sudah, ada masalah short budget sebab pekerja abang ada salah kira. Yang buatkan dia orang bising sebab bahan dah hantar tapi pembayaran tak cukup. Bukan setakat tu je, ada masalah lain juga yang buatkan sampai abang terpaksa datang." Bicara Mattheo, dahinya tampak berkerut seakan stress memikirkan urusan kerja.
Mikayla mengangguk mengerti, tidak lagi bertanya lebih kerana dia faham dengan keadaan abangnya. Dalam satu masa yang sama, lelaki itu bukan hanya memikirkan urusan kerja sahaja, perihal isterinya juga sentiasa berlegar-legar di fikirannya.
"Ini... ada Cas cakap apa-apa tentang isteri abang? Ada my angel tunjukkan apa-apa pergerakan sepanjang satu malam Kayla jaga dia?" Topik diubah pada isterinya, anak mata kelabunya tidak henti menatap wajah jelita Orked. Kekura tangan isterinya juga tidak berhenti dielus penuh kasih.
Mikayla menggeleng lambat.
Tangannya segera naik dan mengosok bahu Mattheo perlahan.
"Abang bersabar ya, walaupun kak Eloise masih tak bangun tapi sekurang-kurangnya selama sebulan ini, kak Eloise tunjukkan simptom yang positif. Itu maksudnya kak Eloise baik-baik sahaja and any time she will come back to us, to you. Just pray for her, okay? I know Abang Theo misses her so much, we all do, but right now, Kak Eloise needs our support." Ujar Mikayla memberikan kata-kata semangat buat abangnya. Raut wajah tampan yang tampak sayu itu dipandang kasihan, saban hari dia melihat abangnya tidak berhenti-henti menantikan kepulangan kakak iparnya.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...