65

12.2K 753 90
                                    

SEGALA barang milik Orked diberikan kepada Luth dan Francis untuk diletakkan ke dalam kereta Rolls-Royce Phantom miliknya manakala Orked yang sedang menukar pakaiannya di dalam bilik air ditunggu dengan sabar. Sempat jam tangan mahal di pergelangan tangannya dikerlis, waktu sudah memasuki pukul 1 petang.

KLACK!

Bunyi pintu dibuka membuatkan lelaki bermata kelabu itu segera mengangkat pandangannya, Orked yang mengenakan baju kurung berwarna beige corak bunga-bunga halus bersama selendang jersey lazy yang diperbuat dari kapas dipandang tidak berkutik. Meski wajah itu masih terlihat pucat namun membuatkan jantung Mattheo berubah tidak keruan.

Dia sendiri tidak faham mengapa.

Sedangkan sebelum ini, dia sudah acapkali melihat Orked berpakaian seperti ini. Namun, kali ini rentak jantungnya tidak duduk senang.

Orked mengetap bibir, renungan tidak berkalih Mattheo membuatkannya berasa tidak selesa. Genggaman pada baju kurung yang dipakainya semakin kuat. Dia sudah takut sekiranya kejadian seminggu lalu membuatkan lelaki itu menarik kembali keizinannya untuk memakai pakaian ini.

"Tuan," seruan Luth membuatkan Mattheo kembali berpijak ke dunia nyata. Laju sahaja dia berdehem kuat sebelum keningnya digaru, tidak lupa juga baju t-shirt kapas keluaran Polo yang tersarung di tubuhnya dibuat-buat seakan sedang dibetulkan.

"Kenapa?" Soalnya serius, cuba menutup perbuatannya memerhatikan Orked tidak berkutik sebentar tadi.

"Ada apa-apa lagi ke kami perlu buat? Semua barang yang tuan suruh kami angkat, kami dah angkat." Balas Luth. Luth dan Francis masing-masing menunduk menekur memandang lantai sebagai tanda hormat kepada majikannya. Lagipula, mereka berdua memang tidak berani hendak memandang Mattheo secara langsung. Boleh berdiri bulu roma mereka jika bertatapan dengan anak mata berwarna kelabu yang terlihat dingin itu.

Dingin seakan salju.

Mattheo diam, bebola matanya meliar memandang sekeliling sebelum jatuh semula pada dua orang lelaki bertubuh tegap yang masih setia menunggu arahannya.

Tangannya naik ke udara.

"Nope, that's all. Kau orang boleh kembali ke mansion," arah Mattheo. Intonasi nadanya masih serius seperti tadi. Luth dan Francis sama-sama mengangguk sebelum tubuh mereka ditundukkan separa sebagai tanda hormat.

"Kalau macam itu, kami minta diri dulu tuan."

"Hmmm,"

Seusai kedua batang tubuh tegap itu hilang, pandangan Mattheo segera melotot pada Orked yang masih diam menikus. Keadaan wanita itu masih sama seperti tadi, langsung tiada sebarang pergerakan. Sudah seakan patung sahaja gayanya.

Mattheo pantas mendekati Orked, baru sahaja hendak disentuh pipi wanita itu. Orked laju mengelak. Kedua kelopak matanya sudah terlihat dikatup rapat.

Kejadian seminggu lalu membuatkan Orked takut akan sentuhan lelaki itu. Setiap sentuhan lelaki itu menyakitkan setiap inci tubuhnya. Terasa tubuhnya mengigil dengan sendirinya saat jari-jemari lelaki itu tetap naik dan mengusap lembut pipi bersihnya.

"Rileks, aku cuma nak pegang sikit." Baru sahaja hendak diusap belahan bibir merah jambu pucat itu, Mattheo mematikan niatnya saat dia menyedari Orked seakan benar-benar takut dengannya. Tangan ditarik kembali, lengan wanita itu dilelar lembut.

"Sudah, jangan takut sangat. Aku takkan buat lebih pun," tiada intonasi serius, hanya mendatar. Orked sekadar diam tidak membalas. Kelopak matanya yang dikatup tadi perlahan-lahan kembali dibuka saat tubuhnya terasa ditarik oleh Mattheo.

Setibanya di kereta Rolls-Royce Phantom miliknya, pintu kereta dibukakan untuk Orked sebelum disuruh wanita itu masuk. Orked sekadar akur, tiada langsung sebarang penolakan.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now