68

12.8K 737 181
                                    

ANAK mata kelabu itu memandang sekilas Orked yang merenung lama pinggan yang barusan diberikannya tadi. Kedua tangannya ditekankan ke tilam empuk tersebut bagi menahan badannya sebelum nafas berat dihembus. Ucapan mamanya berulang kali bermain di fikirannya.

Entah kenapa, sikap Datin Amaya menambahkan lagi bebanan dan rungsing yang sedang dirasakan sekarang ini. Kenapa harus sekarang menuntut janjinya itu? Mungkin kalau dahulu dia seseorang yang berpegang pada janji tetapi entah mengapa dia tidak mahu menunaikan janjinya yang ini? Adakah dia sudah melanggar peraturannya sendiri? Melanggar tabiat biasanya?

Kemana pergi Mattheo yang teguh pada ucapan dan pendiriannya?

Kemana pergi Mattheo yang hebat?

Kemana pergi Mattheo yang tidak pernah mengingkari janjinya sendiri?

Rambut hitam pekatnya yang jatuh menutupi dahi diraup ke belakang bersama hembusan nafas lemah sebelum pandangannya kembali melotot pada wanita di sisinya. Orked sekadar menatap nasi ayam itu sejak tadi, sudu yang dipegang sudah dikuis-kuis nasi ayam tersebut.

"Kenapa termenung? Nasi tu ada kaki ke? Dia boleh berjalan sendiri ke perut kau?" Pinggan serta sudu di tangan Orked dirampas, nasi diceduk sedikit sebelum sudu disuakan ke bibir ranum berwarna merah jambu itu. Orked mengetap bibir, terlihat wajahnya seakan-akan ragu hendak bersuara.

"Ini ayam madu, aku dah suruh bibik sediakan ayam madu. Kan ni kegemaran kau? Makanlah," ujarnya, nadanya tidak tegas. Biasa sahaja. Sudu masih setia disuakan ke hadapan mulut Orked. Lambat-lambat wanita itu menyambut hulurannya lalu dikunyah lama nasi ayam tersebut.

"Nah,"

Sekali lagi sudu yang berisi penuh dengan ayam dan sedikit isi ayam dihulur ke hadapan Orked. Wanita itu segera menekup mulutnya sebelum berlari ke arah tandas.

BLARGH!

Mattheo segera mendapatkan Orked yang sedang terduduk di hadapan mangkuk tandas sambil mengeluarkan segala isi perutnya. Belakang badan Orked disentuh dengan niat hendak mengosok belakang wanita itu namun Orked tiba-tiba sahaja menepis tangannya lalu mengengsot jauh dari Mattheo.

Sisa muntah yang terasa melekat di sekitar bibirnya diseka.

Anak matanya berubah bergetar.

"Kenapa ni?" Soal Mattheo, dia tersentak dengan tindakan Orked yang tiba-tiba melarikan diri darinya. Wajah wanita itu jelas terlihat ketakutan.

"Hey... rileks,"

"M-maaf, saya tak sengaja muntahkan semula. Tolong jangan rendam kepala saya lagi dalam mangkuk tandas. T-tolong, saya tak sengaja. Maafkan saya encik." Kedua tangan yang disatukan terlihat mengigil. Kejadian di mana wajahnya dipaksa rendam di dalam mangkuk tandas sehingga nafasnya sesak kembali berputar-putar tanpa henti.

Mattheo mengetap rahang kuat.

"Goddammit, Eloise!" Segera tubuh genit yang sedang memeluk kedua lututnya ketakutan didekati sebelum dibawa ke pelukan erat. Rambut ikal mayang yang dibiarkan tanpa diikat tersebut dikucup berulang kali bagi bertujuan untuk menenangkan Orked. Orked sudah memberontak di dalam pelukan tersebut, jantungnya semakin kencang saat Mattheo memeluknya.

"Lepaskan saya, tolong ampunkan saya. Saya minta maaf, encik. Saya tak bermaksud, encik. Saya tak bermaksud untuk muntah." Tangisannya semakin hebat, Mattheo pantas memeluk wajah jelita itu mengunakan kedua tangannya, anak mata kelabunya menatap dalam anak mata Orked yang terlihat sangat ketakutan.

"Aku bukan nak pukul kau, Eloise. For god sake, bertenanglah! Take a deep breath, please?" Suara garau itu tidak terdengar kasar langsung. Intonasinya lembut, lebih seakan-akan sedang memujuk Orked yang sedang diserang panik.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now