41

10.1K 546 43
                                    

DUA bulan bersama Puan Hamidah membuatkan Orked merasakan senang. Wanita itu benar-benar baik dengannya sehinggakan derita yang selama ini dirasakan bagai menghilang begitu sahaja. Puan Hamidah membuatkan Orked merasakan kehadiran bondanya, sikap lemah-lembut yang ditunjukkan Puan Hamidah saling tak tumpah seakan bondanya. Rasa rindu Orked terhadap Puan Sri Melur sedikit berkurangan dengan adanya dengan Puan Hamidah.

Ketika mula-mula dahulu, sukar untuk mereka berbual mesra. Namun, Puan Hamidah tidak pernah berhenti menunjukkan sikap mesranya sehingga akhirnya Orked perlahan-lahan menerima kehadiran Puan Hamidah. Hubungan yang awalnya kekok perlahan-lahan menjadi mesra dan rapat.

Di tambah lagi, sudah dua bulan berlalu sejak kali terakhir lelaki itu pulang. Orked sendiri tidak tahu kemana lelaki itu pergi. Puan Hamidah tiada langsung memberitahunya apa-apa, wanita separuh baya itu cuma mengatakan bahawa Mattheo ada urusan kerja dan akan pulang bila urusannya selesai.

Namun, Orked lebih merasakan senang dengan ketiadaan lelaki itu. Sekurang-kurangnya selama dua bulan ini dia merasakan tenang. Tiada langsung rasa ketakutan yang menyelubunginya selama ini, rasa itu bagai diusir jauh dengan ketiadaan lelaki itu.

"Eloise," suara Puan Hamidah kedengaran kuat dari luar membuatkan Orked segera bangkit. Wajahnya sudah menayangkan senyuman teruja, segera ditunggu daun pintu itu dibuka dari luar.

"Francis, boleh bukakan pintu? Nanny nak jumpa Eloise sekejap." Suara wanita itu kedengaran dari balik pintu. Kedengaran bunyi pintu dibuka membuatkan Orked semakin teruja, setiap kali Puan Hamidah datang, setiap kali itulah rasa terujanya tidak dapat dibendung.

Saat wajah Puan Hamidah muncul dari balik pintu, Orked segera merapati wanita itu. Terlihat beberapa beg kertas di tangan wanita itu, bersusah-payah dia merapati Orked lalu diletakkan beg kertas tersebut di atas lantai.

"Nanny rindukan Eloise." Tubuh kecil itu dibawa ke dalam pelukan sebelum dikucup sekilas kedua belah pipi Orked mesra. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka berdua begitu setiap kali berjumpa.

"Eloise rindukan nanny juga." Tiga hari yang lalu, Puan Hamidah mengambil cuti sementara kerana ada saudaranya yang datang ke rumahnya untuk beberapa hari. Namun, disebabkan Mattheo mahu dia kembali bertugas secepat mungkin membuatkan dia akur.

"Eloise cukup makan selama nanny tiada?" Soalnya, segera diajak Orked duduk di atas toto yang tidak berapa tebal tersebut. Toto tersebut merupakan pemberiannya kerana dia merasakan kasihan dengan Orked yang hanya tidur beralaskan tikar mengkuang sebelum ini. Dia sendiri tidak faham kenapa Mattheo melayan wanita ini sebegini.

"Cukup nanny. Nanny sendiri tahu Eloise tak makan banyak." Senyuman kecil terhias di wajah jelitanya. Puan Hamidah mengangguk kecil sebelum beg-beg kertas di sisinya diambil lalu diletakkan ke atas peha Orked.

"Tengoklah," ujar Puan Hamidah.

Orked sekadar akur, isi beg kertas tersebut diperiksa sebelum air matanya terasa bertakung di tubir mata.

Sudah lama sejak kali terakhir dia melihat telekung. Selama ini dia sekadar mengenakan sahaja pakaian yang boleh menutup auratnya demi menunaikan solat. Air matanya mengalir perlahan saat tangannya menyentuh kain lembut tersebut.

Puan Hamidah tersenyum kecil melihat Orked yang terlihat sebak dengan hadiah pemberiannya.

"Nanny tahu selama ni Eloise susah sangat nak tunaikan sembahyang dengan pakai pakaian sedia ada ni. Jadi, nanny kirimkan dekat saudara nanny yang berada di Mekah untuk belikan telekung ni untuk Eloise. Untungnya, diorang pulang awal dari nanny jangkakan. Jadi, nanny boleh beri kepada Eloise. Eloise boleh pakai telekung ni." Tanpa menunggu, tubuh Puan Hamidah ditarik ke dalam pelukan. Teresak-esak dia sendiri dia situ. Puan Hamidah sekadar mengosok lembut belakang Orked bagi menenangkan wanita itu.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now