[ADA SCENE ROMANCE, MUNGKIN MENJADI ISU PADA SESETENGAH PEMBACA. BOLEH SKIP JIKA TIDAK SELESA.]
MATTHEO menyelak helaian buku philosophy dari penulis kegemarannya iaitu Friedrich Nietzsche sambil tangannya mengapai cawan kaca berisi milo suam lalu disisip perlahan air tersebut. Matanya masih ralit membaca isi buku tersebut tanpa sedikitpun berkalih. Memang sudah menjadi tabiatnya jika membaca, dirinya seakan berada di dunia lain. Fokus hanya pada buku yang dibaca.
"Good morning everyone." Alexander menegur sambil badannya direnggangkan sehingga terlihat otot-otot six pack dek kerana baju tank top yang dipakainya terangkat. Jika di Russia, dia sudah terbiasa bangun lewat tetapi di Malaysia, budaya hidup keluarga sepupunya berbeza. Awal-awal pagi lagi semua sudah bangun dan sarapan. Nak atau tidak, terpaksalah dia bangun awal sekali.
"Good morning Alex." Balas Mikayla sebelum matanya kembali tertancap pada skrin telefon pintarnya.
Cawan kaca Mattheo dicapai lalu airnya disisip sebelum wajahnya berkerut seribu. Hampir sahaja air yang selamat mendarat di tekaknya dikeluarkan semula memandangkan dia tidak menggemari milo. Boleh sakit perutnya nanti.
"Ugh milo? When do you start drinking milo for morning breakfast, Theo?" Kain napkin yang berada di atas meja makan laju sahaja diambil lalu dilap lidahnya yang masih terasa berbekas dengan air milo. Mattheo sekadar mengerlingnya tajam sebelum cawan kaca miliknya dirampas kembali.
"So, learn to stop taking other people's stuff." Balas Mattheo sarkastik membuatkan Alexander menggulingkan bebola mata ke atas. Jag air kopi segera dicarik namun tiada bayang langsung. Yang ada hanyalah susu suam berserta jus oren.
"Where's the coffee jug? I can't start my day without a coffee." Alexander mulai merengek membuatkan Matvei menggeleng kepala melihat sikap cucunya. Manja sungguh! Semuanya hendak ada di depan mata.
"Bik..." mendengar Matvei menyeru pembantu rumah, Alexander segera membetulkan rambutnya. Senyuman manis sudah terlakar di wajah tampan itu, tidak sabar hendak bertemu dengan wanita yang disukainya.
Namun raut wajah Alexander berubah kelat saat yang muncul bukan Orked sebaliknya Susanti. Senyumannya mati sebelum keluhan dilepaskan.
"Boleh tolong sediakan kopi suam segelas untuk cucu saya?" Laju sahaja Susanti mengangguk akur dengan arahan yang diberikan.
"Boleh tuan. Tuan mau apa lagi selain dari kopi?" Tanya Susanti sebelum dia meminta diri untuk ke dapur. Soalannya mendapat gelengan dari Matvei.
"Itu sahaja."
"Baik tuan. Sebentar ya," baru sahaja kakinya hendak diatur, suara garau lelaki berdarah Rusia itu segera menghalang.
"Wait. Where's Eloise?" Soalan Alexander membuatkan sepasang anak mata kelabu milik lelaki yang sedari tadi ralit membaca buku pantas bergerak memandang ke arah sepupunya yang berada di sisi. Pegangan di buku serta-merta menjadi kuat sehingga terlihat jelas cengkaman di kulit buku tersebut.
"Eloise sibuk di dapur tuan."
"What? I can't understand you. Can you..."
"Alex, the young lady is busy. Stop bothering her." Celah Matvei. Suara tua itu kedengaran tegas membuatkan Alexander mengangguk akur. Leher digosok perlahan sebelum roti bakar bersapu mentega di dalam pinggannya diangkat lalu digigit sedikit demi sedikit.
"Kalau tiada apa-apa, saya minta izin ke dapur dulu."
"Yes, go ahead."
Mattheo menarik senyuman senang. Wajah yang awalnya tegang tadi serta-merta terlihat seakan sedang bergembira. Mikayla yang menyedari perubahan riak wajah abangnya sekadar menggeleng perlahan. Dari tingkah Mattheo, Mikayla sedar satu perkara. Lelaki itu sudah menyukai kakak iparnya tanpa abangnya sedar. Tapi sayang, Mattheo terlalu ego dan agungkan dendamnya yang tidak kemana.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romantizm[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...