19

10.3K 467 53
                                    

MATTHEO yang sedang fokus menatap laptop segera mengangkat pandangannya tatkala lelaki yang lengkap berpakaian seragam pemandu muncul di dalam bilik kerjanya. Wajahnya sudah berubah tegang memandangkan dia mempunyai tabiat tidak suka diganggu tatkala sedang melakukan kerja.

"Maaf menganggu tuan, saya datang nak tunjukkan sesuatu." Ucapnya, tubuh badannya masih menunduk hormat ke arah Mattheo.

"Kalau aku tahu benda tu tak worth masa aku, aku akan tolak gaji kau bulan ni." Keras sahaja nada Mattheo membalas. Laptop ditutup lalu fokusnya diberikan kepada orang suruhannya. Lelaki itu sekadar akur sebelum mengatur langkah menuju ke hadapan televisyen yang sudah terpasang siap di dalam ruangan lelaki itu.

Alatan kawalan diambil lalu televisyen dihidupkan.

Berita mengenai berita kehilangan anak tiri kepada Tan Sri Rahmat terpampang jelas. Mattheo menyeringai sinis, wajah yang tegang tadi sudah berubah riak.

Kini minatnya benar-benar tertacap pada skrin televisyen.

Jari-jemarinya naik dan bermain di sekitar dagu.

"Kuatkan sikit suara."

"Baik tuan."

Segera volume suara dikuatkan sehingga berita tersebut memenuhi segenap ruangan bilik tersebut.

"Seorang remaja perempuan dari Kuala Lumpur, Nur Orked Eloise binti Ahmad Syarafuddin berusia 20 tahun dilaporkan hilang pada 28 June lalu ketika pulang untuk menyambut cuti semester. Menurut laporan ketua polis Kuala Lumpur, mangsa yang dikenali sebagai Orked itu, hilang selepas sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mangsa menaiki sebuah kereta mewah yang disyaki sebagai teksi. Pihak polis masih berusaha untuk menjejaki teksi tersebut. Walaubagaimanapun, pihak polis menyeru kepada mana-mana pihak yang melihat teksi tersebut mahupun mengsa, untuk melaporkan segera di balai berdekatan anda." Mattheo segera memberikan isyarat agar mematikan televisyen tersebut.

Lama dia terdiam sebelum kedudukan duduknya dibetulkan.

Bibir merah delima tersebut semakin sinis mencarik senyuman seakan-akan berita tersebut tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Malah hatinya merasakan seronok mendengar berita tersebut.

Masa untuk menjalankan rancangannya yang seterusnya.

"Keluarga dia dah sedar dengan kehilangan dia, tuan. Jadi, kami perlu teruskan dengan rancangan berikutnya?" Soal lelaki berpakaian seragam pemandu lengkap di hadapannya.

"Yes and make sure doktor tu takkan pecahkan rahsia kita. Faham tak? Kalau dia berani buka mulut, uruskan dia." Arah Mattheo tegas, laju mendapat anggukan dari orang suruhannya.

"Baik tuan."

"Good, sekarang berambus dari sini. Aku sibuk." Halau Mattheo. Wajahnya kembali tegang. Hilang sahaja bayangan orang suruhannya, tubuhnya dihamparkan ke kerusi empuk. Jari-jemarinya naik dan bermain di sekitar kawasan bibirnya.

Dia tidak sabar hendak melihat kedua orang tua wanita itu menderita. Menderita dengan rancangannya.

Hatinya puas.

Puas dapat melihat kesengsaraan orang lain.

WAJAHNYA kelihatan kosong meskipun berita tersebut sudah terpampang jelas di hadapannya. Dia sendiri tidak tahu harus beriak bagaimana, merasakan sedih kerana adiknya diculik atau senang kerana orang yang dibencinya sudah hilang dari keluarganya.

Alatan kawalan jauh diambil lalu televisyen dimatikan.

Hatinya terasa kosong.

Meskipun dia yakin kedua orang tua sedang dalam keadaan tidak baik-baik sekarang ini namun dia tidak peduli. Lagi pula, dia sudah tiada kena mengena dengan keluarga itu lagi. Lima tahun lalu dia sudah memutuskan pertalian keluarga mereka. Dia bukan lagi anak kepada pasangan tersebut.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now