Bab 64

74 6 0
                                    

"DEE.."

"Ya Datin.."

Kak Dee yang sedang menyiapkan sarapan pagi menyahut.

"Dhia mana?"

"Cik Dhia masih belum bangun lagi Datin.."

Datin Afiqah mengerutkan dahi. Jam dinding dikerling.

"Aik ? Dah nak pukul 8 pagi ni. Dhia tak pergi cafe ke ? Cuba kamu kejutkan Dhia, Dee.."

"Ha'ah, baiklah Datin.."

Kak Dee terus bergegas ke tingkat atas untuk membangunkan Dhia Dhawana.

Sementara menunggu, Datin Afiqah melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Suaminya baru sahaja berangkat ke tempat kerja sebentar tadi. Dia terlebih dahulu bersarapan kerana ada meeting dengan client dari luar negara pagi tersebut.

Sesampai saja Kak Dee di hadapan pintu bilik anak majikannya itu. Seperti biasa pintu bilik diketuk perlahan.

"Cik Dhia.. bangun.. Cik Dhia tak pergi cafe ke? Datin tanya.."

Tiada jawapan.

Sekali lagi pintu diketuk.

"Oo Cik Dhia.. dah lewat dah ni, Datin tunggu Cik Dhia kat bawah tu.."

Masih sama. Tiada sahutan dari dalam.

"Aik.. ni tidur ke mati ? Aku panggil dua tiga kali tak dengar, aku ketuk bagai nak roboh pintu bilik ni pun tak dengar.. takkan pekak dah kot.." gumamnya perlahan.

Tok ! Tok !

"Cik Dhia oiii.."

Kak Dee mati kutu. Kepala digaru. Selalu tak macam ni, kalau dia ketuk sekali pasti gadis itu akan buka. Paling tak pun dia akan dimarah. Tapi kali ini lain sikit, tiada respon dari orang dalam bilik tersebut. Dia kembali semula ke tingkat bawah untuk menemui Datin Afiqah.

"Haa.. Dhia dah bangun Dee?"

"Entahlah Datin, saya dah panggil banyak kali dah ketuk pintu banyak kali tapi Cik Dhia tak jawab Datin.."

Mendengar itu, hati tua Datin Afiqah diserbu rasa risau. Takut sesuatu terjadi pada anaknya itu.

"Kamu ada bawa kunci spare kan Dee?"

Kak Dee mengangguk.

"Ada Datin.."

"Ikut saya.."

Kak Dee menurut tanpa banyak soal.

******
"Baby jangan nakal-nakal tau, jangan bagi ibu penat sangat hari ni.." perut si isteri diusap lembut.

Amni hanya tersenyum memandang suaminya. Sempat perut si isteri dikucup.

"Abang pergi kerja dulu tau sayang. Sayang jaga diri jaga baby kita ni. Jangan buat kerja yang berat-berat sangat, kalau rasa penat tu rehat. Jangan skip makan, kesian baby dalam perut tu nanti. Ingat pesan abang ni .."

"Hahaha, abang ni kan .. iya, Amni sentiasa ingat pesanan abang tu . "

"Iyalah tu, bukan boleh percaya sangat sayang ni macam yang hari tu .."

Amni tersengih. Tahu akan silapnya. Mana taknya, akibat lupa makan perut dia masuk angin. Mujur saja baby dalam perut baik-baik sahaja.

"Hehehe, Amni tak lupa dah lepas ni. Janji.." jari kelingking diangkat. Bak kata omputeh 'pinky promise ' .

Syameel menggeleng kepala. Dia hanya menuruti rentak si isteri. Kadangkala isterinya itu matang, kadang kebudak-budakkan dan terkadang terlebih manja dan sensitif. Namun, itu yang membahagiakan hari-harinya, dengan melayan karenah si isteri.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now