KEADAAN disekeliling yang bising sudah tidak dihiraukan lagi. Ini semua gara-gara dia masih tidak dapat terima hakikat yang lelaki itu sudah dimiliki dan yang pasti bukan dirinya.
Sara yang sentiasa menemaninya disisi hanya mampu menggeleng kepala melihat keadaan Dhia yang separa mabuk. Sudah berbuih mulutnya melarang gadis itu daripada meneguk air haram tersebut. Namun, tidak diendahkan Dhia. Masak benar dengan sikap keras kepala gadis itu. Alamatnya gadis itu pasti akan tidur dirumahnya lagi.
"Babe.. jom balik, nanti you mabuk teruk I susah nak angkat you. " ajak Sara walaupun peluang agak tipis untuk membawa gadis itu balik kerana jam masih terlalu awal untuk mereka pulang.
Dhia angkat tangan tanda tidak mahu. Mata masih dipejamkan sementara kepala digoyangkan mengikut rentak muzik dalam kelab malam tersebut.
"Sara.. You know what? Kalau ikutkan hati I yang panas hari tu, memang I dah bunuh perempuan tu masa majlis tu berlangsung. Tapi, I fikir dua tiga kali, tak nak lah bagi perempuan tu mati cepat. I nak perempuan tu merana tu baru mati. Hahaha!! "
"Hmm, so? You nak buat apa dengan that girl? " sengaja Sara menduga.
"Hahahaha!! Just wait and see. You tahu kan I macam mana? " satu senyuman penuh makna disimpulkan.
"Iya lah. I know, but babe.. You jangan nak buat kerja gila eh. Why you tak nak terima yang dia bukan jodoh you lagi? " sedikit sebanyak Sara cuba untuk menyedarkan sahabatnya itu. Dia bukannya jahat sangat untuk membiarkan Dhia terus hanyut dalam dendam.
"No! No! I bukannya baik sangat nak biarkan diorang bahagia. Hahaha. No babe.. Dhia Dhawana takkan senang kalah dengan perempuan murahan macam tu. No! " kali ini nada bicara Dhia agak kasar bunyinya. Jelas kelihatan riak tidak suka terpancar pada wajah tersebut.
"Hmm, ikut suka hati you lah babe. Jangan cakap I tak pernah ingatkan you eh. Dah, jom balik.. "
"I don't want to go back now, still early babe. Come on, enjoy our night before I do my job. Jom! Dance dengan I.. " ajak Dhia lalu menarik tangan Sara ke lantai tari. Mahu tak mahu, Sara ikut juga.******
Rasa segan dan kekok itu masih ada, namun dikuatkan untuk biasakan diri dengan ahli keluarga barunya.Amni melangkah keluar dari bilik untuk ke bawah. Setibanya di bawah, kedengaran suara kanak-kanak sedang riuh bermain.
"Kakak cantik..." Azzam menyapa Amni.
Gadis itu tersenyum manis pada Azzam.
"Hai Azzam, buat apa ni? Adik mana?" soalnya sambil menggosok lembut kepala kanak kecil itu.
"Azzam main motor. Adik ada , main kat luar dengan atuk. Kakak cantik buat apa kat sini ? Nak jumpa Pak Ngah eh ?" Soal Azzam dengan petahnya sambil duduk di atas motor mainan yang sederhana besar itu.
Terkulat-kulat Amni untuk menjawap soalan kanak lelaki itu. Dia mempamerkan senyum, namun belum sempat Amni ingin membalas, satu suara menyapa disisinya.
"Azzam, panggil Mak Ngah bukan kakak cantik lagi ye.." suara Syameel kedengaran dekat ditelinga Amni. Dia tidak berani menoleh ke sisi.
Azzam termanggu seketika.
"Why Mak Ngah ?" petah lagi dia menyoal. Jelas kelihatan raut wajahnya kurang faham.
"Because she is my wife now, so Azzam kena panggil Mak Ngah, okey ?" Terang Syameel sambil menggosok lembut kepala kanak kecil itu.
Azzam mengangguk suka.
"Yeyy ! Kakak cantik jadi Mak Ngah Azzam. Suka nya.."
Azzam terus memeluk tubuh Amni. Syameel menggeleng kepala melihat telatah anak buahnya itu.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...