Bab 71

73 6 0
                                    

“YOU can't look back - you just have to put the past behind you, and find something better in your future.”

Dengan siulan kecil, Syameel mencedok nasi goreng kampung ke dalam bekas nasi. Pagi-pagi lagi dia sudah berperang di dapur. Si isteri masih lagi diulit mimpi selepas banyak kali muntah masa subuh tadi. Jadi, dia sebagai seorang suami mithali harus menjaga isteri dan anak yang bakal lahir dengan sepenuh hati. Setelah memastikan semuanya terhidang, kini giliran dia untuk membancuh air susu buat sang isteri tercinta.

Ralit membancuh susu, tiba-tiba ada tangan yang melingkar dipinggangnya.

"Eh sayang ! terkejut abang tau. Sayang buat apa kat sini ? Kan subuh tadi abang dah pesan, sayang rehat dulu. Nanti abang kejutkan.." badan dipalingkan ke arah isteri.

Rambut serabai isteri dibetulkan. Nampak sangat baru bangun tidur si buah hatinya ini.

"Amni dah okey dah abang.. jadi Amni turun lah tengok apa yang abang buat kat dapur ni.." tersengih Amni menayangkan barisan gigi yang tersusun rapi.

"Ish, sayang ni.. dah dah, sayang duduk aje kat situ. Abang nak bancuh air susu sayang ni, nanti dah siap kita sarapan. Ke sayang nak mandi dulu ?"

"Erm, lepas sarapan lah mandi.."

Syameel mengangguk. Adiknya Eryna tiada disitu, dia balik ke rumah mamanya sebentar, ada hal yang nak diuruskan. Lagipun, memandangkan lelaki itu juga cuti hari ini.

Amni memandang belakang suaminya yang tekun membancuh susu buatnya. Terbit senyuman kecil dibibir mungil itu. Ya ! akibat malam itu, kini hubungan mereka suami isteri sudah membaik. Amni sudah sedar akan kekhilafannya selama ini. Jika bukan kerana sound record yang Syameel perdengarkan padanya malam itu, sudah pasti salah faham mereka masih berpanjangan.

Flashback

Amni yang sedang melipat sedikit kain disofa terkejut melihat suaminya balik. Selalu lelaki itu jarang balik awal. Kalau tak pukul 10 malam memang tak nampak batang hidung lelaki itu.

"Assalamualaikum.." salam diberi Syameel sebelum masuk ke rumah.

"Waalaikumussalam.. aik, awal abang balik malam ni? " Bukan niat ingin memerli, tapi dia ingin kepastian saja. Sekadar bertanya.

Syameel mengeluh berat. Terasa beban dibahunya kini. Banyak perkara yang mengganggu fikiran lelaki itu.

"Err , Amni salah tanya ke ? Sorry abang .." rasa bersalah mula menerjah dalam hati gadis itu.

Syameel menggeleng. Isteri tiada salah apa-apa. Cuma, dia tidak tahu macam mana cara untuk memberitahu perkara itu pada Amni.

"Kenapa abang? Ada masalah ke dengan kesihatan Cik Dhia ?"

Sekali lagi Syameel mengeluh berat.

Amni mengerutkan kening.

'Dah kenapa laki aku ni' soalnya dalam hati.

Kain yang sudah dilipat diletakkan ke tepi. Duduk didekatkan pada suaminya. Tangan Syameel diraih lalu digenggam erat.

"Abang ada masalah ke ? Tak nak share dengan Amni ?" Sekali lagi Amni bertanya. Macam masalah besar yang suami dia hadapi sekarang ni.

Syameel menatap seraut wajah yang sudah bertahta dalam hatinya itu. Rindu akan wajah itu sebenarnya. Tangan yang digenggam Amni tadi, dibalas.

"Sayang.. abang ada sesuatu nak bagitahu sayang.. "

Dup dap !

Dup dap !

Jantung Amni sudah bertukar rentak. Mulalah dia overthinking.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now