Bab 61

105 4 0
                                    

SUDAH hampir seminggu gadis itu ditahan di hospital. Namun, belum ada tanda-tanda orang yang ditunggunya menjenguk ke situ. Hati jadi panas. Dia harus buat sesuatu.

Pintu dikuak dari luar. Tersembul wajah Datin Afiqah disebalik pintu. Langkah dipanjang ke arah katil anak gadisnya.

"How are you today Dhia ?" soal Datin Afiqah lalu melabuhkan duduknya.

Dhia memuramkan wajah.

"Hmm, okay mummy .."

"Great, lega mummy mendengarnya.. ni kenapa wajah muram ni ?"

"Hmmmmm... " Keluhan panjang dilepaskan.

"Why dear ? "

"Mummy.. Syam tahu ke yang Dhia kena admitted dekat hospital ni ? " Soal Dhia tanpa berselindung.

"I'm not sure .. why ?"

"Kenapa Syam tak pernah jenguk Dhia mummy.. I want him damn much !" rengek Dhia persis anak kecil.

Datin Afiqah bingung. Dia takut anak gadisnya itu mengamuk lagi macam semalam sebab itu Dhia tidak dibenarkan keluar hospital lagi. Doktor kata, emosi Dhia belum stabil. Jadi, dia tidak boleh terlalu stress. Ada risau bersalut dalam hati tuanya itu. Takut kemungkinan yang dia fikirkan benar-benar berlaku.

"Maybe Syam busy sangat. Daddy cakap yang syarikat diorang kena handle projek besar." Sedaya upaya Datin Afiqah memujuk. Lembut.

"Mummy ! Mummy kena bagitau Syam yang Dhia sakit ! Mummy! Dhia nak Syam mummy !! Nak Syam !! " Dan bermulalah amukan si Dhia Dhawana. Segala wayar ditangannya dicabut. Rambutnya ditarik.

"Dhia sayang.. calm down please.. shutt, tenang.." Datin Afiqah memujuk.

Namun hampa, amukan Dhia makin menjadi. Butang disebelah katil Dhia ditekan. Tidak lama kemudian, beberapa orang nurse dan seorang doktor masuk ke bilik tersebut. Suntikan penenang diberikan pada gadis itu. Setelah tenang, Datin Afiqah mampu menarik nafas lega.

"Datin.. boleh ikut saya sebentar, ada sesuatu yang saya perlu bagitau Datin .." ujar Doktor yang bertag nama Lisa itu.

Datin Afiqah mengangguk lalu membuntuti langkah Doktor Lisa.

******
"Congrats Mr. Syameel, you did well !" ucap Mr. Andrew pada rakan sekongsinya.

"Thanks and congrats to you too Mr. Andrew. We both did well actually. "

Sejurus itu mereka berjabat tangan. Dan bermulalah projek hotel besar yang akan dibangunkan di Sarawak pada bulan hadapan. Segala risiko dan keuntungan telah dibincangkan dan kata sepakat telah pun diambil. Projek yang memakan jutaan ribu itu perlu dihandlekan dengan sebaik mungkin Langkah seterusnya akan dibincangkan apabila tiba di pejabat nanti.

"Alright, I have to go now cause' I have a date with my lovely wife.." ujar Mr. Andrew dalam selorohnya.

Syameel tersenyum, teringat akan isterinya dirumah.

"Oh sure.. have a nice date.."

"Hahaha, thanks.. got to go now .. Bye Mr. Syameel."

Syameel mengangguk. Handphone didalam poket seluarnya dikeluarkan. Nama si isteri dicari. Sudah seminggu ini, Amni tidak kerja. Isterinya itu tidak enak badan, bila di ajak ke hospital, bermacam alasan yang diberi. Tahulah isterinya itu memang anti dengan hospital.

******
"Macam ni Datin, setelah saya rujuk dengan pakar psikiatri anak Datin mempunyai simptom mental illness. "

Penerangan Doktor Lisa mengejutkan Datin Afiqah. Betul jangkaan dia tadi.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now