"MORNING BOS! " sapa Amni ketika dia ingin menuju ke pintu lift. Tidak sangka akan bertembung dengan Syameel disitu.
"Hmm.. " balas Syameel bersahaja.
Ting!
Pintu lift terbuka luas dan masing-masing memboloskan diri ke dalam lift tersebut.
Diam. Sunyi.
Amni yang berdiri sedikit dibelakang Syameel menjulingkan matanya keatas.
'Sombong betul lah naga ni. Tak nak tegur aku pun. Hampeh! ' kutuknya dalam hati.'Ke nak aku tegur dulu. Eh, malas lah.. ' sambungnya lagi dan kali ini tidak sedar keluhan dilepaskan sekali.
"Kau mengeluh apa tu grandmother? " soal Syameel tanpa menoleh ke belakang.
"Eh? Mana ada saya mengeluh. Aacum! " bagus! Time ni jugak nak menipu.
"Erm, sorry, terbersin tadi. Aacuum! Alhamdulillah.. " dan sekali lagi dia bersin.
'Memang susah lah kalau macam ni. Agak-agak, naga ni curiga tak ya. Harap-harap tak lah eh. ' doanya dalam hati.
Dan saat itu juga, Syameel menoleh kebelakang.
"Kenapa aku rasa pelik dengan kau ni eh? Anything you hide from me? " sogok Syameel.
Ya! Sejak dulu lagi dia memang pelik dengan perangai gadis itu. Macam ada sesuatu yang disembunyikannya.
Amni hilang diksi.
'Aduh! Apa aku nak cakap ni. Kalau tipu, kang nanti bersin. Ya Allah, bantu aku. Aku taknak orang tahu kelemahan aku ni. ' Amni buntu untuk memberi jawapan yang jujur.
"Jawaplah! Aku tanya. " agak tinggi suara dilontarkan lelaki itu.
Amni tersentak.
"Yang bos ni marah saya kenapa? " hairan. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dia dimarahkan.
Satu jelingan tajam dilontarkan Syameel. Namun belum sempat melontarkan kata-kata, pintu lift terbuka.
Ting !
Dan sepantas itu juga Amni meluru keluar dari lift meninggalkan Syameel. Nafas lega ditarik buat seketika.
"Haii laa.. Pagi-pagi lagi dah kena marah. Hmm, lepas ni siap lah aku. " monolognya sendiri sambil melajukan langkah untuk ke bilik pejabat kecil miliknya.
******
Kereta terparkir elok ditapak parking yang khusus untuknya. Langkah kaki dihayun menuju ke pintu cafe miliknya. DD's Cafe.Suasana di cafe miliknya agak meriah dengan kedatangan para pelanggan. Walaupun cafe tersebut baru dibuka minggu yang lalu, namun sambutan amat menggalakkan. Tambahan lagi, cafe tersebut menghidangkan pelbagai macam makanan western dan dessert menarik.
"Morning Bos.. " sapa Adnan selalu manager disitu.
"Morning.. Nanti you masuk bilik I.." pesan Dhia sebelum berlalu ke pejabat dibahagian kanan cafe tersebut.
Adnan mengangguk sebagai balasan.
******
Jam menginjak ke angka 7.00 pagi. Masih awal untuk waktu pejabat. Amni melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke pantri. Terasa tekak haus pula pagi itu meskipun sudah bersarapan dirumah tadi.Sedang leka membancuh air, dia disergah dari belakang.
"Bhaaa! "
"Oh ayam kau beranak! "
"Hahahaha.. Wey, ayam mana ada beranak. Ayam bertelur lah! Hahahaha.. " gelak sakan Zya dengan latah Amni. Memang orang melatah ni, macam-macam ayat boleh terkeluar.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...