Bab 70

98 7 0
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN...

Dengan berhati-hati, Amni melangkah menuju ke halaman belakang rumah. Sejak beberapa minggu yang lalu, dia menemui hobi baru dengan bercucuk tanam di halaman belakang rumahnya. Bosan punya pasal ! Itupun, Eryna yang rajin menolong. Dia hanya mengarah saja gadis itu membuat kerja. Dengan perut yang kian membesar itu membuatkan dia cepat berasa letih.

"Sayang.." Syameel yang sudah bersiap kemas menegur isterinya.

Amni menoleh.

"Kenapa bang ?" soal Amni, riak biasa ditayangkan. Melihat dari penampilan lelaki itu, dia tahu kemana suaminya itu akan pergi. Sudah lali dengan keadaan tersebut.

"Sayang nak pergi mana ni ?"

"Pergi kebun belakang rumah ni, kenapa ?" soalnya pula.

"Allah sayang, tak payah la pergi.. nanti sayang penat . Ryn mana?" risau Syameel dibuatnya, tambahan dengan keadaan isterinya sebegitu. Seriau dia melihat perut Amni yang kian membesar.

"Ryn ada dalam bilik dia.."

"Tak payah la sayang, tunggu aje Ryn.. risau abang tengok sayang sorang-sorang kat belakang tu nanti .."

"Amni dah biasa bang, tak payah risau la.. kejap lagi ada lah Ryn turun.. apa kata kalau abang tolong Amni.." sengaja soalan itu yang dilontarkan. Tahu yang suaminya itu tidak dapat membantunya.

Syameel diam. Pandangan tunak diberikan pada si isteri.

"Okay, Amni faham.. dah, abang pergi lah.. kang tunggu pula Cik Dhia nanti.." meskipun berat untuk dia tuturkan ayat tersebut, namun itu kesalahan dia sendiri. Dia tidak boleh salahkan suaminya kerana dia yang bersungguh-sungguh mahukan suaminya menemani gadis itu dahulu.

Hembusan nafas berat dihelakan si suami.

"Sayang tunggu sini kejap, abang panggil Ryn kat atas . Tunggu tau, jangan memandai pergi belakang sorang diri.." faham akan kedegilan isterinya itu, mahu atau tidak dia mesti panggil si adik untuk temankan si isteri.

Hilang saja kelibat Syameel, sekali lagi Amni mengeluh.

"Andai waktu dapat diputarkan kembali, aku pasti tak akan biarkan semua ni berlaku. Hmmm, maafkan Amni abang, semua ni salah Amni.. Ya Allah, sungguh aku menyesal sekarang ni tapi apakan daya yang aku ada.." gumamnya perlahan.

Sungguh ! dia sungguh menyesal saat ini. Benar kata Syameel sebelum ini, dia pasti akan menyesal suatu hari nanti. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Dia dan Syameel sangat susah untuk meluangkan masa bersama sekarang . Isnin hingga Jumaat lelaki itu akan pergi kerja macam biasa. Sabtu atau minggu pula lelaki itu akan pergi menemani Dhia buat check up yang dia sendiri pun tidak tahu bila akan berakhir. Inikan pula, Dhia sudah menjadi anak yatim piatu.

Amni hanya berserah pada takdir. Biarlah takdir yang menentukan hala tuju mereka nanti.

******
Rumah agam itu terasa sungguh sunyi sejak pemergian pemiliknya. Kak Dee yang sudah bertahun menjadi pembantu di dalam rumah agam itu turut terasa dengan kesunyiannya. Namun begitu, rezeki Kak Dee masih lagi dirumah tersebut meskipun anak arwah majikannya kurang senang dengan dirinya dari dulu.

Kak Dee mengemas rumah seperti biasa. Hari ini genap seminggu pemergian Datin Afiqah dan Dato Ibrahim. Tidak berasa begitu pantas masa berlalu.

"Dee ! " jerit Dhia dari tingkat atas.

Kak Dee yang sedang elok menyapu ruang tamu mendongak ke atas.

"Ya Cik Dhia.."

"Nanti you kutip baju kotor I dalam bilik ni.." satu arahan diberikan.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now