Bab 2

2.2K 89 2
                                    

AMNI bergegas keluar dari keretanya kerana seminit saja lagi dia akan terlambat untuk masuk pejabat. Dia berlari anak menuju ke pintu lift untuk ke department kerjanya di tingkat 2.

"Cepat lah lift oii ! palli palli ! aku lambat dah ni.." bebelnya seorang diri sambil menekan butang lift yang masih tertutup rapat itu.

Sesekali jam tangan dipandang sekilas.

'Aduh ! apa aku nak buat ni ?! Sah ! aku memang lambat hari ni.' detiknya dalam hati sambil menepuk dahi.

Seketika, pintu lift terbuka. Tanpa membuang masa, dia terus menerpa masuk ke perut lift itu.

******
"Nurul Amni Shadiqah ! masuk bilik saya sekarang.." seru Encik Syukri yang merupakan Bos di syarikat kecil itu.

Amni yang baru saja melabuhkan duduknya automatik menegakkan badan kembali apabila disergah begitu.

"Err.. baik Bos !"

Dengan meletakkan beg tangan di atas meja, Amni membuntuti langkah Encik Syukri. Dari pandangan sisi, dia dapat melihat rakan setugasnya memandang pelik ke arahnya. Ada yang tersenyum mengejek, ada yang simpati dan ada juga yang buat 'don't know ! lantaklah, itu hal kau'..

Namun, Amni seperti biasa menganggap perkara itu hal biasa kerana dia sedia maklum, staf-staf di bahagian itu kurang senang akan dirinya di situ, termasuk Encik Syukri. Entah apa salahnya, dia sendiri tidak tahu.

Walaupun, dia bukan bekerja di syarikat yang besar, namun sudah memadai dia bekerja di situ walaupun hanya sebagai seorang kerani syarikat. Dan paling penting dia sudah mendapat pengalaman bekerja. Dia bukannya seorang yang tak pandai, malah dia sudah mempunyai Degree in Business Management di UUM, Kedah.

"Sit down !" arah Encik Syukri. Kedengaran bengang saja nada suaranya.

Amni akur dan menurut apa yang diperintahkan. Iya lah ! Bos katakan, nanti kalau melawan alamat bungkus.

"Err, ada apa Bos nak jumpa saya ?" soal Amni teragak-agak. Bukan takut, tapi hormat.

Encik Syukri memandang tepat ke wajah Amni di hadapannya. Pandangannya itu rasa dia ingin menelan Amni hidup-hidup.

"Amni.. mulai hari ini, you're fired !"

"What ?!! " terkejut Amni dengan perkhabaran yang baru didengarnya itu. Ternganga mulutnya tanda tidak percaya.

'Apa aku salah dengar atau itu sekadar gurauan dari Encik Syukri ? eh, tak mungkin Bos pecat aku. Maida andwae ! (no way !)' detiknya dalam hati.

Lalu dengan penuh cermat dia bertanya lagi.

"Err, Bos gurau aje kan ? Iya kan Bos ?"

"No ! I'm not kidding and I'm hundred percent serious. You're fired !"

"But, why Bos ? what's my fault ?" tanya Amni tidak mahu beralah begitu saja.

Encik Syukri yang berumur dalam lingkungan 40-an itu memandangnya sinis.

"Heh, awak nak tahu kesalahan awak. Okay, I'll list down all your fault. First, awak selalu datang lambat. Second, ada aduan yang mengatakan awak selalu curi tulang. Third, awak kurang berdisiplin dalam diri. Last and most important, memandangkan syarikat ni ada masalah dalam pembayaran gaji pekerja sebab pekerja terlalu ramai, so saya dah ambil keputusan untuk membuang beberapa pekerja saya yang tak cekap melakukan kerja including you, Amni Syadiqah.."

Melopong mulut Amni mendengar senarai kesalahan yang dilist downkan oleh Bosnya itu.

'Bapak aii ! biar betul Bos aku ni ? ni dah melampau..'

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now