Bab 73

82 6 0
                                    

GEDEBUSHHH !

Terpinga-pinga Amni saat air sebaldi mengena ke wajahnya. Terasa pedih mata dan hidung akibat air yang disembur masuk ke dalam mata dan hidung. Sempat dia terbatuk sedikit.

"Good morning! Lena tidur .." suara seorang perempuan menyapa telinga.

Amni memejam celikkan matanya untuk melihat gerangan empunya suara. Namun suara itu dari belakang, tangan dan kaki yang terikat di atas kerusi menghalang dia untuk berpusing.

"Kau siapa ? Kenapa aku ada disini ?" soal Amni keras.

"Hahaha, soalan bodoh apa yang kau tanya ni ? Nampak macam bijak tapi rupanya bodoh ! Hahahaha !! "

Amni mengongoi geram. Nampak sangat dia sedang diculik sekarang. Tapi apa salah dia ? Kenapa dia diculik ? Siapa yang culik ? Bertalu-talu soalan menerjah di minda.

"Aku kat mana ni ?" sekali lagi soalan diaju pada penculik dibelakangnya.

Mata Amni meliar memandang bilik yang kosong dan agak kotor itu. Dinding yang berwarna kekuningan itu serta lantai yang berdebu dan berlumut disudutnya jelas menunjukkan bilik itu sudah lama dibiarkan.

"Kau... on the way ke alam barzarkh.. hahahaha" suara yang separuh berbisik itu amat menyakitkan ditelinganya.

'Suka hati kau aje nak membarzarkhkan aku' getus hati Amni.

Tap tap

Suara kasut perempuan itu semakin mendekat. Amni hanya menundukkan wajah, malas untuk memandang wajah yang menyakitkan hatinya. Namun di dalam hati, dia berdoa agar dia dan bayinya selamat.

'Abang, selamatkan Amni dan baby kita..' doanya dalam hati.

Kasut perempuan itu betul-betul berhenti dihadapan Amni. Lantas Amni mendongakkan kepalanya. Dan saat itu, mata Amni kaku.

"Kau !"

"Long time no see you, Amni Syadiqah!"

******
Syameel meraup mukanya untuk yang entah ke berapa kali. Kehadiran ibubapa mertuanya di hospital itu semakin membuatkan hatinya pilu, risau, sedih , marah.. semuanya menjadi satu.

Entah apa nasib isterinya sekarang ini dia tidak tahu. Dia hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa semoga isteri dan anaknya selamat buat masa sekarang.

"Abang, Eryna dah sedar.." suara Aryn menyapa telinga.

Syameel segera bangkit dari duduk dan terus menerpa ke wad adiknya. Semua ahli kelurga ada disitu , kecuali abang iparnya, Elyas kerana sedang out station.

"Adik okay tak ?" soal Syameel risau.

"Angah, Ryn minta maaf tak dapat selamatkan kak ngah.. Ryn dah cuba tapi..." Eryna menangis. Kesal dengan diri tidak dapat selamatkan kakak iparnya.

Semua yang hadir disitu turut merasa hiba. Lebih-lebih lagi, Hajah Miza dan Puan Sri Asma. Kedua-duanya mengesat airmata yang gugur.

"Shutt, angah tak salahkan adik.. angah bersyukur sangat Ryn dah selamat. Soal Kak Ngah tu InshaaAllah, dia akan selamat. Angah akan cari penculik tu sampai lubang cacing. Itu janji angah." Airmata Eryna dikesat, kepala adiknya diusap lembut.

Eryna mengangguk. Tangisnya mula reda.

"Ryn rehatlah, angah keluar dulu. Nak uruskan hal Kak Ngah.."

Lega hati Syameel, satu masalah sudah selesai. Eryna sudah sedar dari rawatan. Kini, masalah yang paling besar dia kena uruskan.

Sebentar tadi, dia ada call kawannya Inspektor Dani bagi maklumkan perkara tersebut. Namun, Eryna masih belum sedarkan diri, jadi mereka tidak boleh mengambil apa-apa keterangan lagi. Memandangkan adiknya sudah sedar, sekali lagi dia maklumkan pada Inspektor itu agar mereka dapat mengambil keterangan dari Eryna sebagai saksi mata penculikan isterinya. Dan kes itu dapat berjalan secepat mungkin.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now