"ASSALAMUALAIKUM warahmatullah.." salam terakhir diberikan sebelum menyapu muka.
Amni berwirid seketika sebelum doa dipanjatkan.
"Ya Allah Ya Tuhan, padaMu aku bersimpuh dan padaMu aku memohon. Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang berlumuran dosa datang bersimpuh padaMu untuk memohon keampunan. Ya Allah, Ya Rabb ! Engkau ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa para sahabatku serta dosa para muslimin muslimat terutama yang telah kembali kepadaMu. Ampunkan dosa-dosa kami dan berilah peluangMu untuk kami kembali ke jalanMu yang lurus.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. sesungguhnya aku ingin memohon padaMu, Engkau murahkan rezekiku, rezeki keluarga serta rezeki seluruh umat NabiMu ya Allah. Hanya kepada Engkau tempat aku memohon kerana Engkau, tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Rabbana atina firdunnya hasanah wafil akhiratihasanatau waqina azabanar, wasalallahu 'ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihibwassalam walhamdulillahirrabil'alamin.."
Usai saja memanjatkan doa, Amni menanggalkan telekung dan dilipat sebelum diletakkan di dalam almari, begitu juga dengan sejadahnya tadi.
Kakinya ingin melangkah keluar kemudian berpaling semula ke arah meja disebelah katil.
"Handphone lupa.." gumamnya pada diri.
Remaja zaman sekarang memang tak boleh berenggang dengan handphone. Betul tak ? Eleh, tipu kalau cakap tak betul, Amni Syadiqah pun remaja tau, eh ? betul ke remaja ? bukan dewasa erk ? Lantak lah, janji belum tua lagi. Ha Ha Ha.
Kemudian, dia terus menghayun langkah keluar dari bilik tidurnya usai saja menunaikan solat Isyak tadi. Dia ingin ke ruang tamu menonton movie korea yang sempat dibelinya tadi.
Sambil menyanyi kecil, Amni melompat anak tangga satu persatu. Dan kebetulan pula, Emir juga ingin ke bawah.
"Amboi ! kang runtuh tangga tu, padan muka !" sergah Emir dari belakang membuatkan sedikit saja Amni ingin terdorong ke hadapan.
Namun, tangannya lebih pantas bertindak memegang pemegang tangga itu. Amni menoleh ke belakang dengan wajah digarangkan.
"Angah ni kenapa ? main sergah aje, kalau Am jatuh tadi macam mana ?" marah Amni sambil bercekak pinggang. Muka diseriuskannya.
Emir hanya membuat muka seposen. Sikit pun tidak rasa bersalah, malah dia bersiul kecil pula.
Amni yang melihat Emir tidak menghiraukannya itu bertambah geram. Tanpa aba-aba, perut Emir menjadi sasaran penumbuknya.
"Aduuuu.. sakitlah Am !"
"Haa, serves you right !" mencicit Amni lari ke bawah apabila Emir berura-ura untuk mengejarnya.
"Umi !!!"
"Eh, apasal ni Amni ? berlari macam nampak hantu aje ni.." terkejut Hajah Miza mendengar teriakan anak gadisnya itu.
"Angah tu ! kita tak kacau dia, dia yang kacau kita.."
Seketika Emir datang sambil menggosok perutnya.
"Haa, dah kenapa dengan perut kamu tu Mir ?" soal Hajah Miza pada Emir pula.
"Hmm, siapa lagi kalau bukan anak dara umi yang sorang ni tumbuk perut Emir.."
'Alaah ! siap mengadu lagi tu. Mengada !' kutuk Amni dalam hati.
"Ishh, kamu berdua ni.. ada-ada aje lah. Nak kata budak-budak, umur dah makin tua. Perangai tu masih tak matang.." bebel Hajah Miza sebelum berlalu semula ke dapur.
Emir menghadiahkan jelingan penuh makna pada Amni. Namun, Amni beriak selamba sahaja. Dari belakang, Amni dapat melihat Arin berjalan terjengket-jengket ke arah Emir. Dia hanya membiarkan saja, seperti faham maksud Arin itu, pantas dia menghitung dalam hati.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...