MAJLIS resepsi diadakan di sebuah dewan yang cukup besar. Majlis resepsi juga dilakukan secara serentak bagi memudahkan segala kerja mereka.
Tema yang dipilih untuk pelamin adalah design moden kontemporari. Design pelamin moden kontemporari ini adalah gabungan corak moden yang sesuai dengan penata cahaya serta konsep trendy dan mewah. Warna pastel, silver atau gold sesuai menjadi tema warna bagi pelamin kahwin yang paling best bagi design ini. Barang hiasan pelamin yang turut diselitkan adalah barang antik dan mewah gaya eksklusif. Dan ada artis yang menggunakan pelamin kahwin design ini iaitu Ummi Nazeera.
Suasana dalam dewan itu sudah cukup meriah dengan kedatangan para tetamu yang dijemput. Dua buah kerusi panjang diatas pelamin masih lagi kosong kerana kedua-dua pasang mempelai masih lagi bersiap di ballroom.
Bagi menghilangkan rasa bosan tetamu menunggu, mereka dihiburkan oleh seorang penyanyi tanah air yang tidak asing lagi iaitu Misha Omar.
******
Dhia menilik dirinya dalam cermin dan tersenyum puas dengan penampilannya saat ini. Baju kurung potongan moden berwarna hitam dan dipenuhi manik warna warni menaikkan seri cantik gadis itu. Wajah yang sememangnya cantik ditouch up sedikit."Hmm.. Don't mess with me. I tak akan mudah mengalah. Just wait girl !" ujarnya pada pantulan diri di cermin.
Kad undangan yang terletak elok diatas meja diambil kasar. Sebaik saja dia sampai di cafe kelmarin, kad itu sudah ada dimejanya. Mungkin sudah lama kad itu sampai memandangkan dia sudah dua hari tidak menjenguk cafe dan baru kelmarin dia datang situ walaupun sekejap. Itupun setelah Adnan menghubunginya kerana ada masalah dengan supplier.
Bunyi message yang diterima menyentakkan Dhia.
Iqbal : Dah siap ke? I nk ambk you.
Hm, yes.
Iqbal : ok, see you later. 😘
Message dari Iqbal dipandang kosong. Malas untuk membalas, gadis itu terus ke almari begnya untuk memilih beg tangan yang sesuai.
"Hmm, this match. "
Beg tangan jenama Chanel warna gold itu diambil. Setelah memastikan semuanya siap, Dhia keluar dari bilik untuk menemui mamanya ditingkat bawah.
******
Indah memukau. Begitu kuat gaun pengantin yang digunakan oleh kedua-dua mempelai wanita. Malah persalinan untuk pengantin lelaki juga cukup gah. Amni dan Yuni mengenakan busana pengantin daripada songket dalam gaya moden, namun masih ada terselit adat budaya.Rekaan busana songket oleh seorang pereka busana pengantin terkenal iaitu Ezuwan yang memperkenalkan gaun kembang puteri dengan perincian mewah dibahagian dada, lengan ,pinggang dan kaki. Itu sudah cukup membuat semua tetamu yang hadir terpukau.
Kedua-dua pasangan pengantin masuk ke dalam dewan dengan iringan irama lagu Beautiful in white. Flash kamera kelihatan disana sini. Masing-masing tak melepas peluang untuk mengambil gambar pengantin sehinggalah mereka sampai disinggah sana masing-masing.
Dari atas pelamin, Amni dapat melihat ramai tetamu yang hadir. Duduk dijarakkan sedikit dari Syameel disebelahnya. Rasa tak selesa bila berdekatan begitu walaupun Syameel sudah sah menjadi suaminya. Dia kekok sebenarnya.
Syameel yang perasan, terus menoleh memandang Amni.
"Apasal kau duduk jauh sangat. Dekat lah sikit. " suara diperlahankan namun masih mampu didengar gadis itu.
Amni juga menoleh.
"Okaylah macam ni. "
"Okay apanya. Nanti orang perasan yang kau terpaksa kahwin dengan aku. " balas Syameel lagi.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...