Bab 55

240 18 1
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, Syameel membawa Amni dan Azzam untuk keluar pada petang itu. Ini kali pertama Syameel membawa Amni keluar bersama setelah berapa minggu bergelar suami isteri.

Sunway Pyramid menjadi pilihan. Setelah kereta diparking elok, masing-masing melangkah keluar menuju ke pintu masuk. Amni memimpin tangan kecil milik Azzam, manakala Syameel beriringan disebelah Amni. Nampak seperti sebuah keluarga kecil sahaja.

"Mak Ngah, Azzam nak aiskrim.." ujar Azzam pada Amni.

Amni melemparkan pandangan pada Syameel.

"Awak, Azzam nak aiskrim. Kita beli dulu lah untuk dia.."

Memang itupun tujuan mereka keluar pada petang itu selain untuk membeli beberapa keperluan lain.

Syameel mengangguk.

"Jom.." ajak Syameel mendahului langkah. Amni dan Azzam mengiringi langkah Syameel dibelakang.

Terserlah kegembiraan diwajah kanak lelaki itu.

******
"Ma.. Dhia nak keluar dulu.." ucap Dhia sambil mengambil heels di dalam almari kasut.

Berkerut kening Datin Afiqah mendengar kata-kata anak gadis tunggalnya itu.

"Dhia nak pergi mana lagi ni ? Kan baru je balik dari cafe ?" Soal Datin Afiqah.

"Nak jumpa Sara kejap ma.. I swear tak balik lewat.."

"Haish.. Dhia ni tak pernah lekat kat rumah, petang-petang macam ni pun nak keluar. Nanti papa bising kat mama pulak tengok Dhia tak ada dekat rumah.."

"Alaa ma, kejap je. Ada benda  nak kena bincang dengan Sara.." Dhia memujuk mamanya.

Sambil berpeluk tubuh, Datin Afiqah bersuara.

"Ermm.. balik awal tau. Mama tak kuasa nak cover Dhia lagi kalau papa tanya. Jangan nak tidur rumah Sara lagi. Faham?"

"Yes mummy ! Heee.. thanks ma, Dhia pergi dulu tau. Love you ! " satu kucupan singgah dipipi wanita itu.

Keluhan dilepaskan. Datin Afiqah hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak tunggalnya itu. Namun, apa boleh buat, hanya Dhia satu-satunya anak yang dia ada. Oleh itu, semua kemahuan Dhia , Datin Afiqah turutkan. Disebabkan itu, Dhia menjadi seorang yang manja dan agak degil.

******
Aiskrim perisa vanilla diratah penuh nikmat. Perisa itu merupakan perisa kegemaran Azzam begitu juga Amni.

"Sedap ke Zam ?" Soal Syameel yang dari tadi hanya jadi pemerhati.

"Sedap.... Pak Ngah nak ke ?" Soal Azzam.

"No, Azzam makan je.. " senyum manis dilemparkan buat anak buahnya itu.

Sesekali mata Syameel melirik ke arah Amni yang sedari tadi asyik memandang handphone.

'Mesej dengan siapa lah tu.. aku depan mata ni pun dia buat tak wujud. Aku hempuk kang budak ni..' desis hati Syameel.

"Ehem.."

Mendengar deheman itu, Amni mengangkat kepala. Wajah Syameel yang duduk bertentangan dengannya dipandang. Riak dingin pada wajah itu terserlah.

"Kau mesej siapa tu ? Yang aiskrim kau dah cair kau tak reti nak makan ke?" soal Syameel dingin.

Amni memandang bekas aiskrim baskin robbins dihadapannya.

'Haah la.. dah cair aiskrim aku. Adoii.. itulah layan lagi group gegirls kau tu Am , manalah nak ingat dunia..' gumam hati gadis itu.

Kepala yang tak gatal digaru perlahan, sengih ditayangkan.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now