SUDAH dua minggu kejadian itu berlaku dan seminggu itu juga Amni tidak masuk kerja. Dia diberi cuti oleh Tan Sri Firdaus sendiri untuk pulihkan keadaannya dari peristiwa tersebut.
Zya ada juga bertanya khabar melalui whatsapp, namun hanya okey saja dibalas. Sejak peristiwa itu juga, terlalu berat mulutnya untuk bercakap.
Emir juga sudah mengetahui perkara itu. Ya, sebaik saja balik dari outstation, Haji Hamsyar menyampaikan perkara itu padanya. Mulanya memang Emir marah dengan Amni dan Syameel, namun setelah mendengar cerita sebenar barulah dia dapat bertenang. Dia juga perlu akur bahawa setiap yang berlaku itu adalah perancangan Allah swt. Cuma, Elyas dan Arin saja belum tahu.
Amni menyenamkan kepala yang terasa lenguh. Seminggu tidak masuk kerja, hampir penuh mejanya dengan longgokan fail. Malas untuk bertekak kerana dia tahu, lelaki itu sengaja bertindak sebegitu.
Bunyi interkom mengganggunya.
"Come to my room now. " arah suara itu.
Amni mencebik. Kalau boleh dia memang malas untuk bersua muka dengan lelaki itu. Hatinya masih tidak dapat terima dengan apa yang terjadi. Dengan langkah malas, dia mengorak langkah ke bilik lelaki tersebut.
Pintu diketuk sebelum arahan masuk diberikan. Masuk saja, dia terus berdiri tegak dihadapan meja lelaki itu.
Syameel memandang Amni lama. Satu hembusan nafas dikeluarkan.
"Aku ada kat depan ni, bukannya dekat lantai tu. " lantang lelaki itu menyindir.
Amni memang sengaja tidak mahu memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Rasa sebal datang bertubi-tubi.
'Lebih elok pandang lantai dari pandang wajah naga tu' kutuk hatinya.
Masih dengan wajah memandang lantai. Syameel mendengus. Punggung terus diangkat dari duduk dan bergerak ke hadapan meja. Badan disandarkan pada meja sambil memeluk tubuh.
"Okay, cuba kau bagitau apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku? " seksa rasa hatinya melihat gadis itu diam, tak seperti biasa.
Tika ini Amni berani mengangkat kepalanya, satu jelingan tajam dilemparkan. Namun, masih membisu.
Syameel menghela nafas panjang.
"Hmm.. Okay, aku tak tahu apa yang kau tak puas hati sekarang... "
"Saya tak puas hati sebab awak tu kejam! " pintas Amni dengan suara ditekankan. Amarahnya datang tiba-tiba namun suara masih mampu diperlahankan. Dia masih waras untuk berfikir yang dia ada dimana sekarang.
Syameel terkedu seketika. Dia tahu yang gadis itu masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Dia juga begitu. Tapi yang pasti, dia akan cari tahu siapa dalang disebalik semua itu. Namun, buat masa sekarang dia harus memastikan rancangan untuk berkahwin dengan Amni berjaya walaupun bukan jalan seperti itu yang dia mahukan. Atau mungkin itu sudah takdir mereka berdua !
"So, can you explain to me which part I'm cruel? " sengaja memancing gadis itu untuk berborak.
Amni mendengus seraya peluk tubuh.
"Saya tahu awak sengaja perangkap saya malam tu kan? Sebab tu awak beria-ria paksa saya untuk attend majlis tu." sinis nada suaranya. Hilang sudah panggilan 'Bos' namun dia masih guna 'saya-awak' sebab masih hormat lelaki itu sebagai bos.
"Hahaha!! atas alasan apa aku nak perangkap kau? "
"Ceh, lagi nak pura-pura. Itu sebab saya taknak kahwin dengan awak then awak perangkap saya kan? Saya tak bodoh sangat lah nak nilai semua tu. " hilang kesabaran gadis itu dibuatnya.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romansa[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...