Seminggu kemudian..
SEAWAL jam 6.00 pagi tadi, Amni sudah bangun dan terus membersihkan diri. Dia menilik penampilannya di cermin, blouse coklat dipadankan dengan shawl rona dusty pink dan skirt labuh hitam menjadi pilihannya pada pagi itu. Sejak mendapat tawaran bekerja di syarikat yang dia telah pergi temuduga tempoh hari pada Khamis lepas, Amni gembira bukan kepalang, dia bersyukur sangat kerana ada rezeki dia untuk bekerja di syarikat yang maju itu. Dan hari ini merupakan hari pertama di masuk kerja sekaligus melaporkan diri. Jadi dia tidak boleh lewat walaupun sesaat.
"Okey, cantik dah kau Am ! " pujinya pada diri setelah puas menilik penampilan diri.
Beg tangan yang diletakkan di atas meja dicapai sekali gus dengan dokumen yang diperlukan untuk melapor diri nanti.
Amni melangkah keluar setelah memastikan semua keperluan dibawa bersama. Pintu ditutup rapat sebelum dikunci dan langkah dihayun ke tangga untuk ke tingkat bawah.
******
Tan Sri Firdaus mengelap bibirnya dengan tisu tanda sudah selesai bersarapan pagi."Hm, dah bang ?" soal Puan Sri Asma.
"Dah. Abang pergi ofis dulu. Ni Syam, masuk awal sikit eh. Papa nak kenalkan Syam dengan staff dekat sana nanti.." sempat Tan Sri Firdaus berpesan pada Syameel disebelahnya.
"Baik pa.."
"Erm, kalau macam tu. Papa pergi dulu.. Asma, abang pergi dulu.."
"Baiklah bang.. hati-hati.." pesan Puan Sri Asma sebelum bersalam dengan suaminya.
Kedengaran deruman enjin kereta yang dipandu oleh Pak Mat meninggalkan perkarangan villa mewah itu. Tumpuan Puan Sri Asma beralih pula kepada anak lelakinya yang sudah segak mengenakan kemeja putih dan suit hitam itu. Memang terselah lagak seorang ahli korperat.
Syameel menyedari pandangan mamanya lantas menegur.
"Aii ma, pandang Syam semacam ni kenapa ?"
Puan Sri Asma melemparkan senyuman.
"Tak ada apa. Saja nak pandang anak sendiri, tak boleh ke ?"
"Haha.. bukan tak boleh, tapi pelik lah."
"Pelik apanya ?" sengaja Puan Sri Asma menduga Syameel.
Syameel tersenyum sengit lalu menggeleng kepala.
"Ada-ada saja lah mama ni.." tisu dibawah pinggan di ambil lalu mengelap bibirnya.
"Aik, dah ke Syam ? tak kan mama pandang macam tu tadi terus hilang selera makan kot.."
Syameel ketawa. Baginya kata-kata mamanya itu lucu dipendengaran halwa telinganya.
"Hahaha, apa lah mama ni. Mana ada lah, Syam dah kenyang. Dua kali tambah Syam nasi goreng ni tadi. Mama, mama.. ke situ pulak dia.."
"Oh, ingatkan tak ada selera tadi. Haha.."
"Haha, okay lah. Syam nak masuk kerja dulu. Kang papa bising kalau first day Syam dah masuk lewat.." ujar Syameel sambil melirik jam dipergelangan tangannya.
"Erm, iyalah. Drive carefully tau.."
"InshaaAllah ma. Syam pergi dulu. Assalamualaikum ma.." tangan Puan Sri Asma disalam sebelum melangkah pergi untuk ke tempat kereta kesayangannya diparkingkan.
******
"Aduhai.. time ni pulak jalan nak jam. Cubalah jam lepas aku masuk ofis nanti.. ishh.." gerutu Amni yang kini sedang tersangkut dalam traffic jam.Matanya dilirik ke arah jam di dashboard. Pukul 6.30 pagi.
"Ya ! palli palli.. aku tak nak lambat. Dah lah first day aku masuk kerja ni. " bebel Amni lagi.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romantizm[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...