Bab 43

603 39 7
                                    

PEJAM celik pejam celik,tak terasa waktu sudah menginjak ke angka 6 petang. Waktu untuk berehat dari melakukan tugas. Segala fail diatas meja dikemas. Masa untuk balik.

Sedang ralit mengemas apa yang patut, tombol pintu dipulas dari luar tanpa ketukan.

"Malam ni jangan kau buat-buat lupa pulak! " Syameel datang menyergah begitu saja.
"Oh mak kau! " terkejut gadis itu dibuatnya.

"Eii, apalah bos ni.. Main sergah aje tanpa salam. Kalau saya ada sakit jantung dah jalan dah tadi tau. " sambungnya lagi sambil membebel.

"Sebab kau tak ada sakit jantung lah aku main sergah aje. Dah, kalau kau datang lambat malam ni, siap kau. " tanpa aba-aba terus pintu ditutup. Agak kuat juga bunyi hempasan pintu itu.

"Ish! Menyakitkan hati betul. Nasib baik kau bos aku. Kalau tak... "

Tok! Tok!

Ketukan dipintu membantutkan bicara Amni.

"Haa, nak apa lagi naga tu. " omelnya perlahan.

Namun sangkaannya Syameel datang balik, meleset. Yang ada wajah Zya yang tersembul disebalik pintu.

"Weh, apasal muka kau masam aje ni? Nak balik pun tak happy ke? "

"Tak adalah.. Aku cuma geram dengan Bos tu. Suka sangat sakitkan hati aku. Benci tau tak?! "

"Hahaha.. Iyalah tu. Orang tua-tua cakap, jangan terlalu benci nanti boleh jadi cinta. Ha! Macam mana? "

Amni menjuihkan bibirnya tanda bantahan.

"Eleh, cinta apanya. Tak nak lah aku. "

"Aip, jangan terlalu taksub dengan kata-kata kau.Nanti Allah terbalikkan hati kau untuk suka dengan Bos macam mana? Haa, masa tu aku mampu gelakkan aje. Hahaha.. "

Satu cubitan dihadiahkan pada lengan Zya. Menjerit kecil gadis iti dibuatnya.

"Dah dah.. nanti-nanti lah aku dengar ceramah free kau. Sekarang ni, jom balik. Malam ni aku kena attend majlis tu. Lambat pulak aku siap nanti. Haih.. Kalau kau boleh ikut kan senang. Ada jugak teman aku borak sana nanti. " beg tangan terus disambar setelah memastikan semua suis ditutup.

"Nak buat macam mana kan? Lagipun, malam ni aku ada family dinner. Dah lama rasanya tak keluar dengan family aku. "

"Hmm.. Iyalah, tak apa. Dah.. Jom balik.. "

"Jom.. "

Kedua-duanya terus mengorak langkah keluar dari pejabat itu.

******
Peluh yang membasahi muka dilap dengan tuala. Habis satu taman itu dipusingnya. Aktiviti petang yang akan dilakukan Arin apabila bosan duduk dibilik. Duduk dilabuhkan dibangku kosong untuk melepaskan penat sambil meneguk air mineral untuk menghilangkan haus.

Handphone disaku seluar dikeluarkan. Data yang tadinya ditutup dibuka. Whatsapp dari kakaknya diterima.

Akak ❤ : Arin, doakn akak eh utk mlm ni.

Haha, akak nervous eh?

Sementara menunggu balasan dari kakaknya, facebook dibuka. Sebentar lagi dia akan balik memandangkan hari makin senja.

Akak ❤ : giler tk nrvous. First tme kot.

Akak ❤ : 😱

Hahaha.. cool down kak. Tak ada apa ny tu.

Satu gambar diterima Arin beserta tulisan.

Akak ❤ : Ok tk dress ni?

Amni menghantar gambar dress yang akan digunakan malam nanti.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now