SIANG sudah melabuhkan tirai dan azan Isyak mulai berkumandang di masjid berdekatan. Amni yang sedang leka membaca novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah itu terus bangun dari pembaringan. Bahagian yang belum habis dibaca dibuat tanda. Perkara yang wajib harus dilaksanakan segera.
Dia berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Siap semuanya, sejadah dihamparkan ke arah kiblat. Selalunya dia akan sembahyang bersama Hajah Miza, namun hari ini uminya uzur. Jadi, dia solat sendirian dibiliknya.
Manakala, Haji Hamsyar dan Emir sudah ke masjid dari waktu Maghrib tadi. Jarang mereka solat dirumah kerana lelaki lebih afdal berjemaah di masjid berbanding di rumah.
Solat terus didirikan tanpa melengahkan waktu.
******
"Ma.. Dhia nak keluar kejap jumpa Sara." maklum Dhia sebaik saja kelibat Datin Afiqah kelihatan dari ruang dapur."Betul ke ni nak jumpa Sara? ke jumpa Iqbal? "
"Ala.. mama ni, jumpa Sara lah ma. Mama tak percaya eh dekat Dhia? "
"Hmm, mama percaya Dhia. " senyum dihadiahkan pada anaknya itu.
"Heee.. macam tu lah mama Dhia. Dhia mana ada pernah tipu mama selama ni kan? "
"Iyalah tu tak pernah menipu. Kesian Datin kena tipu hidup-hidup dengan anak sendiri. " gumam Kak Dee perlahan. Dia hanya memerhati dua beranak itu dari jauh saja. Malas untuk masuk campur urusan keluarga itu. Namun, dia kesian juga dengan majikannya yang mudah sangat percaya dan berlembut hati dengan anaknya itu. Iyalah, anak semata wayangkan. Mana tak sayang!
"Iyalah sayang.. Ni nak jumpa dekat mana? " soal Datin Afiqah belum tamat lagi.
"Er.. dekat kondo Sara lah ma. Nak jumpa kat mana lagi malam-malam macam ni. " tipu Dhia dalam pada yang sama lengan mamanya dipaut lembut. Takut penipuannya dapat dihidu oleh Datin Afiqah.
'Nasib baik otak aku cepat berfungsi. Gila nak bagitahu dekat mama yang aku ni nak jumpa Sara dekat club. Heh, nasib mama lah dapat anak macam ni, kaki clubbing dan mabuk. Hahaha! ' bisiknya dalam hati sambil tertawa jahat gamaknya.
"Erm, Iyalah.. Balik jangan lewat sangat. Takut daddy marah nanti. " sempat Datin Afiqah berpesan.
"Okay ma. Send my regards to daddy ya. Bye.. Love you! " pipi mamanya dikucup sebelum berlalu dari situ.
Sempat Datin Afiqah melambai tangan pada Dhia sebelum kelibat gadis itu menghilang dari penglihatan.
******
Usai saja menunaikan solat Isyak, tangan ditadahkan untuk bermunajat kepada Sang Pencipta. Waktu begini lah sesuai untuk kita mengadu padaNya. Luahkan segala yang terbuku dalam hati pada Allah swt, bukannya pada manusia yang terkadang tidak amanah dalam menjaga sesuatu amanah."Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada Mu tempat aku meluahkan segalanya. Hanya kepada Mu kepercayaan ini diberi. Ya Allah, aku hanya hambaMu yang lemah, yang penuh dosa, yang banyak kekhilafan. Ya Allah Ya Rabb, Engkau ampuni lah aku, ampunilah segala dosaku. Dosa yang paling besar mahupun dosa sekecil kuman yang pernah aku lakukan. Ya Allah, Engkau luaskan rezeki ku seluas langit dibumi ini, Engkau berikan kesihatan buatku dan Engkau berikan pelindungMu buatku. Ya Allah Ya Rahim, Engkau ampuni juga dosa kedua ibubapaku, dosa seluruh ahli keluargaku dan dosa seluruh mukmin di bumi ini ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat aku memohon keampunan.
Ya Allah Ya Qudus, sesungguhnya Engkau Yang Maha Suci, maka sucikanlah hatiku dari sifat dengki, iri hati dan berdendam pada sesama makhlukMu Ya Allah. Jauhilah aku dari membenci orang lain. Dan Engkau kuatkan aku dalam menghadapi segala ujianMu tanpa keluhan Ya Allah. Sesungguhnya, hanya padaMu tempat aku meminta. Maka, kabulkan segala permintaan ku Ya Allah.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romansa[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...