Bab 42

557 39 1
                                    

"UMI.."

Hajah Miza yang ketika itu sudah selesai mengelap dapur menoleh Amni yang tangannya masih ligat membasuh pinggan mangkuk di dalam singki. Baru sebentar tadi mereka sekeluarga selesai makan malam bersama.

"Macam ada masalah aje kamu ni Amni? " pandai Hajah Miza menduga.

"Hee.. macam tahu-tahu aje umi ni kan. " sengih ditayangkan.

"Hmm.. firasat seorang ibu ni sentiasa betul Amni. " lalu duduk dilabuhkan dikerusi sambil menunggu anaknya itu bercerita.

"Kejap eh umi. Am habiskan basuh ni dulu. " kata Amni lalu tangan lincah membasuh pinggan yang terakhir.

Amni mengelap tangannya yang basah pada tuala dapur yang sememangnya digantung disitu. Dia turut melabuhkan duduknya disisi Hajah Miza agar selesa untuk bercerita. Dia tiada rahsia dengan Hajah Miza, semua masalahnya Hajah Miza tahu.

"Kenapa ni? Amni ada masalah apa? " soal Hajah Miza lembut.

"Err.. macam mana nak bagitahu eh. " hilang ayat yang disusun elok dari tadi.

"Hm? "

"Hehe.. Okay, macam ni umi. siang tadi Bos Am ada maklumkan yang rakan bisnes syarikat kitorang ada invite untuk annual dinner malam minggu ni. Am kena ikut sekali memandangkan sebelum majlis tu, ada meeting yang Bos dan Am kena attend. " seperti apa yang Syameel beritahu pada Amni siang tadi, begitu juga yang diceritakannya pada Hajah Miza. Kalau menipu pun, tiada guna juga.

"Malam minggu ni? Ish, kalau Amni tak ikut tak boleh ke? Risau umi malam-malam macam tu Amni keluar. " luah Hajah Miza rasa risau. Hati ibu mana yang tak risau kan. Anak gadis pula tu.

Amni menghembus nafas berat.

"Hmm.. kalau boleh memang Am tak nak pergi. Tapi Am selaku PA Bos kena jugak attend meeting tu. "

"Bos Amni yang datang masa nikah Along kamu tu ke? " Hajah Miza menyoal. Dia seperti teringat akan sesuatu.

Amni mengangguk.

"Ya umi.. Am mana ada bos lain. Kenapa? "

"Oh.. tak, masa tu ibu Bos Amni ada datang jumpa umi, apa nama dia, jap.. Haa.. Puan Sri Asma. Betul lah tu.. "

"Ohh.. Puan Sri datang jumpa umi buat apa? " soalan itu lebih kepada dia ingin tahu.

'Adoii, jangan pulak betul apa yang naga tu cakap siang tadi sudah! Masak aku nak jawab dengan umi.. ' sempat dia berbisik dalam hati.

"Puan Sri Asma cakap dia berkenan dengan Amni nak ambik jadi menantu. Umi masa tu terkejut jugak. Tak ada angin tak ada hujan, tiba-tiba cakap nak ambik Amni jadi menantu. Tapi, bila Puan Sri bagitahu umi yang kamu pergi jumpa dia, Umi taklah risau sangat."

'Sudah! Habislah aku.. Argh.. Aku malas lah cakap pasal ni. Serius malas! ' hati mendesis.

"Amni.. "

Amni tersentak.

"Ya umi. Hehehe.. "

"Ish budak ni, boleh pulak termenung. Jadi, apa kata Amni sendiri? " soal Hajah Miza lagi.

"Tak nak lah umi.. Am masih muda tau nak galas tanggungjawab sebagai isteri orang. Tak nak lah.. Biar Angah dulu yang kahwin. Kalau ada jodoh nanti, Am kahwin lah. Kalau tak, Am yang tolong jaga umi dan abah sampai tua. Heee.. " keputusannya tetap sama. Dia tak nak kahwin dengan lelaki itu. Muktamad!

"Muda apanya lagi dah 24 tahun ni. Dah tiba masanya kamu cari pasangan hidup. Mana tahu rezeki lepas kahwin nanti hidup kamu lebih elok. "

Kepala dilentokkan pada bahu uminya.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now