SUASANA malam itu hening. Masing-masing penghuni dirumah tersebut diam membisu hanya sesekali terdengar esakan tangis seseorang.
"Cuba kamu ceritakan apa yang berlaku sebenarnya Syam.. " Tan Sri Firdaus yang tadinya diam mula bersuara memecah kesunyian malam.
Syameel yang duduk tertunduk disisi Puan Sri Asma pantas mengangkat muka. Lantas kejadian tadi berulang semula diruangan mata.
Pintu dibuka. Diluar ada lima orang lelaki berkopiah dan bersongkok sedang memandang dengan riak curiga. Amni pantas menggapai tudungnya sebelum berdiri disebelah Syameel. Paluan jantung sudah tidak sekata.
"Kalian berdua suami isteri ke? " soal salah seorang daripada mereka, lelaki berbaju hitam.
Amni dan Syameel berpandangan sebelum menggeleng kepala.
"Bukan.. " jawab mereka serentak.
"Kami daripada Jabatan Agama Islam, ada yang buat laporan bahawa berlaku maksiat dalam bilik ini. Boleh Encik dan Cik ni ikut kami ke pejabat sekarang? " lelaki itu bersuara lagi. Mungkin ketua mereka agaknya.
Dua-dua terkejut. Rasa macam tidak percaya akan apa yang didengar mereka kini. Ditangkap khalwat?! Tak mungkin itu terjadi.
"Tapi.. Kami tak buat apa-apa Encik. Demi Allah, kami tak buat apa-apa pun. " Syameel menafikan.
Wajah Amni sekarang ini sudah hendak menangis. Dia harus kuat menahan tangisnya agar tidak pecah.
"Iya Encik. Kami tak buat apa-apa pun. " Amni pula menafikan.
"Kalau Encik dan Cik tak buat apa-apa, kenapa ada dalam bilik ni berdua-duaan dengan bukan mahram? " tegas kedengaran suara lelaki itu.
Kedua-duanya buntu untuk menjawab.
"Tak apa. Encik dan Cik boleh terangkan dekat pejabat nanti. Mohon bagi kerjasama dan ikut kami ya. "
Kedua-dua akur dengan hati yang berat.
Sebelum pergi, sempat Syameel hantar mesej pada Iqbal untuk memaklumkan yang dia ada hal dan perlu balik segera.
"Syam! " jerkah Tan Sri Firdaus agak keras.
"Tan Sri, dah lah tu. Tak payah kasar sangat. Saya tahu mereka tak buat apa-apa. " Haji Hamsyar mula menegur.
Ketika ini mereka sedang berada dirumah Haji Hamsyar. Apabila tahu tentang Syameel dan Amni, terus Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Asma bergegas ke pejabat agama untuk menjamin mereka berdua. Selepas itu, mereka terus ke rumah Amni untuk memberitahu duduk perkara sebenar dan bincang apa yang patut.
Mulanya, Haji Hamsyar dan Hajah Miza terkejut besar mendengar berita tersebut. Namun, apabila melihat Amni menangis dengan sebegitu. Mereka tahu anaknya tidak bersalah.
******
"Bodoh! Kenapa you bodoh sangat haa Iqbal?! " marah gadis itu. Merah padam wajahnya menahan amarah."Why me?! Hello, I dah buat apa yang you suruh. Kenapa pulak you salahkan I? Mana I tahu yang nombor bilik tu salah. " Iqbal mendengus. Sakit telinganya mendengar pekikan gadis itu.
Dhia memeluk tubuh. Sakit, geram, marah, benci semua perasaan ini bersatu. Terbayang-bayang wajah Syameel dan Amni saat dibawa pergi oleh pegawai agama Islam diruangan matanya.
"Stupid! Lain yang I rancang lain pula yang jadi! " bentaknya lagi. Sungguh dia tidak puas hati saat ini.
"Nak buat macam mana. Dah bukan jodoh you dengan Syameel. Accept it. Both of you didn't mean to be. " kata-kata yang pedas dipendengaran Dhia. Makin bertambah panas hatinya.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romantik[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...