Bab 74

118 6 0
                                        

Tummmm !!

Bunyi guruh yang berdentum begitu kuat diluar menyedarkan Amni dari lelapnya. Ditambah pula dengan kilat yang sabung-menyabung memancarkan cahaya. Alamatnya hujan akan turun sebentar lagi. Terdengar keluhan dibibir pucat itu. Seluruh ruangan bilik itu diteroka, tiada yang menarik. Tiba-tiba pintu dibuka, terpampang wajah Qashira melangkah masuk.

"Nah, makanan kau.." satu tapau dan air mineral sekali lagi diberi pada Amni.

Belum sempat Amni berbicara, Qash sudahpun membuka ikatan ditangannya. Pergelangan tangan yang terasa pedih itu digosok perlahan, jelas kesan merah akibat ikatan tali dipergelangan tangannya. Namun, dia membiarkan saja.

"Qash, sekarang pukul berapa ?" soal Amni. Dia tidak tahu masa sekarang kerana tiada jam disitu lagipun bilik itu pula tiada tingkap. Hanya satu ruang udara yang ada, itupun kecil sahaja.

Qash mengambil handphonenya untuk melihat masa.

"Dah pukul 9 malam, kenapa ?"

"Err.. boleh tak aku nak solat ? Dah 4 waktu aku tinggal Qash .." bukan dia syok suci, tetapi walauapapun keadaan, yang wajib tetap harus ditunaikan.

Qash diam seketika sebelum mengangguk. Dia bukannya jahat sangat sampai tak benarkan gadis itu sembahyang. Waima dia sendiri masih jahil dan terlalu lama meninggalkan yang wajib itu.

"Kau makan dulu, lepas ni aku bawa kau ke bilik air depan sana.." ujar Qash lalu sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya.

Tanpa sebarang bunyi, Amni hanya menurut. Tapau dibuka dan doa makan dibaca. Dalam keadaan sebegini, ego letak ke tepi. Yang penting anak dalam kandungannya selamat. Tenaga yang cukup diperlukan agar dia tidak lemah.

******
Malam ini Syameel tidur dirumah ibubapanya. Tidak sanggup dia untuk bermalam dirumah sendiri buat sementara waktu ini. Biliknya yang kosong itu ditenung dan tiba-tiba kolam matanya terasa panas. Tanpa sedar, lelaki itu menangis.

"Sayang... maafkan abang. Abang harap sayang dan anak kita bertahan. Abang akan selamatkan sayang nanti. Tunggu abang, sayang.." dalam sedu Syameel berbicara seolah-olah si isteri mendengar bicaranya.

Usai solat Isyak tadi, dia sempat menunaikan solat hajat buat isteri dan anaknya. Panjang sungguh doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa agar isteri dan anaknya selamat dan cepat ditemukan.

Handphone disisi nyaring minta diangkat. Dengan malas Syameel menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu.

"Hello.. "

"Hello Syameel Nafis .. hahaha"

Syameel mengerutkan dahi. Suara lelaki yang agak familiar ditelinganya, tetapi dia tidak dapat mengecam empunya suara itu.

"Who's there ?" Syameel menyoal dengan tenang.

"Someone you know maybe.."

Geram ! Ya sungguh Syameel geram saat ini. Sudahlah dia kini tengah risau dan sedih dengan kehilangan isterinya, orang dalam panggilan itu boleh pula main-main dengan dia saat ini. Mana tak geram.

"Kau nak apa ?"

"Hahahaha.. chill la, aku cuma nak inform dekat kau yang.. hahaha.. your wife safe here.."

"Shit ! Kau siapa ?! Apa kau nak dari aku ?!"

"Hahaha !! Chill la bro , aku cuma nak inform tu aje. Kau menggelabah sangat ni apasal hahaha.."

Penumbuk digenggam erat. Kalau si pemanggil di depannya saat ini, sudah lunyai wajah itu ditumbuknya.

"Lepaskan isteri aku ! " Suara Syameel naik satu oktaf. Marah sungguh dia saat ini.

"Hahaha.. okey ! Aku akan lepaskan opss ! Bukan aku tapi kau sendiri yang kena lepaskan. Lepas ni aku send kau location tempat bini kau berada, tapi ingat kau bawa polis , your wife W.I.L.L D.I.E ! faham ? Dah chau !"

Klik.

Belum sempat Syameel membalas, panggilan ditamatkan begitu saja. Dan tidak lama selepas itu, satu whatsapp dari nombor yang sama diterima.

0148654231: meet there at 7 am

Ingat, bawa polis bini kau mati.

"Ceh! Kau ingat aku bodoh. Just wait and see." tutur Syameel dengan nada geram.

Lalu nombor seseorang dihubungi.

******
Alhamdulillah, walaupun terpaksa mengqada'kan solat, namun Amni tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersujud padaNya. Hanya Dia tempat yang terbaik untuk meluahkan dan meminta segalanya.

Kotak yang dihampar untuk dijadikan sebagai sejadah disimpan ke tepi. Qash yang masih leka bermain handphone dihampiri.

"Qash, aku dah solat. Kau.. er.. dah solat ?" takut-takut Amni bertanya. Apa salahnya bertanyakan ?

Qash menjeling.

"Kau tak payah sibuk pasal aku." Bidasnya pula.

Amni diam. Malas untuk memperpanjangkan lagi isu tersebut. Cukuplah dia sekadar bertanya.

"Dekat tepi tu ada tilam nipis dengan bantal, selimut tak ada, nanti kalau sejuk pandai-pandailah kau guna kain batik yang kau pakai tadi. Bos aku cuma bagikan itu aje pada aku tadi.." ujar Qash sambil mata melirik ke arah tilam yang dimaksudkan.

Amni juga begitu. Dalam hatinya sempat bersyukur kerana malam ini dia boleh tidur tanpa diikat diatas kerusi lagi. Walaupun beralaskan tilam yang nipis dan agak pudar warna tilam tersebut, tapi tidak mengapa. Asalkan dia selesa berbaring nanti.

"Baiklah.. itupun dah cukup bagi aku. Terima kasih Qash.."

Tanpa riak, Qash terus bangun dari tempat duduknya.

"Aku bukannya jahat sangat nak ikat kau atas kerusi ni 24 jam. Asalkan kau mudahkan kerja aku, aku mudahkan juga kerja kau. Dah, aku nak chau !"

Pintu ditutup rapat dari luar. Amni meraup wajahnya. Dengan perlahan langkah dibawa menuju ke tilam yang diletakkan dihujung. dinding. Badan yang terasa sengal direbahkan ke tilam.

"Sedapnya baring.."

Perut yang memboyot itu diusap perlahan.

"Baby.. baby sabar ya, jangan keluar dulu sampai ayah datang selamatkan kita ya. Ibu akan kuat untuk baby.. jadi baby kena kuat juga ya sayang.. Ibu dan ayah sayang baby tau.. ibu nak tidur, baby behave ya.. selamat malam anak ibu.."

Dengan apa yang dia lewati hari ini, Amni rasa badannya terlalu penat walaupun dia hanya duduk dan diikat di atas kerusi. Doa tidur dibaca sebelum mata ditutup rapat untuk menghilangkan penat buat seketika.

'Selamat malam abang..'

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang