PERLAHAN-lahan Amni menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Memandangkan hari ini hari Sabtu, jadi dia boleh berehat sebagai driver Nana kerana cuti sekolah.
"Umi.." panggilnya lembut.
Namun, tiada sahutan dari Hajah Miza.
"Aik ? mana umi ni.." kemudian dia melangkah ke ruang dapur.
"Sini pun tak ada ? umi.. Oo umi.." panggilnya lagi.
Ke sana ke sini gadis itu berjalan mencari Hajah Miza. Kemudian, dia seperti teringat akan sesuatu, pantas kakinya dihayunkan ke taman mini di penjuru halaman rumah.
Sesampai saja di situ, bibirnya sudah tersenyum melihat Hajah Miza yang kelihatan sibuk menabur baja di pokok bunga hasil tanamannya itu. Pelbagai jenis bunga yang ditanam oleh Hajah Miza, ada bunga ros, bunga orkid, bunga ros jepun, bunga mawar dan banyak lagi. Taman mini itu saling tak ubah macam taman bunga.
Tanpa aba-aba, Amni terus memeluk Hajah Miza dari belakang.
"Umi ! "
"Oh bunga! ku semangat.." terperanjat Hajah Miza dibuatnya sambil mengurut dada.
Amni tersengih sambil menggaru kepala yang berlapik tudung bawal Syria itu.
"Ya Robbi, terkejut umi tau. Amni ni, kalau umi ada sakit jantung alamat jalan lah umi tadi.." marah Hajah Miza tanda geram.
Amni diasak rasa bersalah. Teragak-agak dia memandang Hajah Miza yang memandangnya macam nak telan itu.
"Err.. hehe, maafkan Am umi, umi jangan lah cakap macam tu. Am sayang umi tau. Sayang sangat-sangat.." pujuknya seraya meminta maaf lalu memeluk tubuh tua Hajah Miza.
Hajah Miza menghela nafas.
"Hmm.. umi tak marah pun, lain kali jangan buat macam tu lagi tau. Datang tanpa salam, main serbu aje." bebel Hajah Miza seketika.
Cepat saja hatinya sejuk mendengar perkataan 'maaf' dari anak gadisnya itu. Dia tidak suka memarahi anak-anaknya lama-lama sebaliknya dia akan membebel. Bukan apa, itu semua demi kebaikan anak-anaknya. Mereka sudah besar panjang, boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.
"Hehehe.. sorry umi. Tadi Am panggil tapi umi yang tak dengar.." Amni membela diri.
Memang dari tadi dia menjerit nama Hajah Miza, tetapi tiada sahutan dari uminya itu.
"Hm, mana umi nak dengar, kalau umi kat luar kamu kat dalam.. Erm, ni dah siap bagai ni nak pergi mana ?" atas bawah atas bawah mata Hajah Miza memandang penampilan Amni yang sempoi namun bergaya itu.
Amni yang mengenakan tshirt panjang lengan berwarna dark coklat dikenakan seluar slack hitam dan tudung bawal Syria rona purple belacan itu tersengih memandang uminya.
"Ehee, umi.. Am nak keluar kejap boleh tak ?"
"Nak keluar pergi mana ?"
"Nak jumpa Dheera kejap mi. Ada hal nak bincang.."
"Erm, pergilah.. jangan melencong tempat lain pula. Balik sebelum makan tengahari.."
"Alaa, Am nak lunch dengan Dheera sekali boleh tak ? Boleh lah umi eh ?" mata sudah dikedip-kedipkan di hadapan uminya.
Nafas dihela seketika.
"Hmm, iya lah.. balik tu jangan lewat sangat. Haa, lagi satu.. bawak kereta tu elok-elok. Jangan sampai langgar kereta orang lagi.." sempat Hajah Miza berpesan sebelum memberi keizinan.
"Yey ! okay ! siap Puan Besar.. hahaha.." usiknya lalu memeluk sekali lagi uminya itu.
"Eh, abah mana mi ? tak nampak pun dari tadi ? angah pun sama.." soalnya kemudian setelah pelukan dileraikan.
YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...