"ERGH.. penatnya, nasib baik esok holiday.." keluh Amni sambil mengeliat kecil.
Gadis itu sudah selamat memarkirkan keretanya di garaj. Seketika pintu kereta dibuka sebelum dia keluar dari kereta tersebut.
"Assalamualaikum.. " salam diberinya sebelum melangkah ke dalam rumah dan terus merebahkan diri ke sofa di ruang tamu.
"Waalaikumussalam.. Eh, awal balik hari ni Amni? Tak ada overtime lagi ke? " soal Hajah Miza pada anak gadisnya itu. Dia turut melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan sofa dimana gadis itu merehatkan diri.
Amni menguap kecil.
"Hm, tak ada umi. "
Hajah Miza menggeleng perlahan.
"Ish, kamu ni Amni. Dah, berehat kat bilik sana. Jangan tertidur pulak, tak baik tidur dekat nak masuk waktu Maghrib ni." omel Hajah Miza pabila melihat wajah penat anak gadisnya itu.
Amni mendongak memandang wajah Hajah Miza, kemudian membetulkan posisi baring kepada duduk.
"Iyalah umi, Am masuk dulu eh. Nak mandi dulu. Oh ya, umi masak apa hari ni ?"
"Umi tak masak banyak hari ni, ikan siakap masak stim, sambal belacan goreng dengan sayur bayam aje. "
Senyuman terukir dibibir gadis itu.
"Sambal belacan goreng? Umph! Sedap tu. Umi ni macam tau-tau aje yang Am ni suka sambal belacan goreng umi tu. Thanks umi ! Hehehe. " sengih Amni pada uminya.
"Iyalah, dah.. Naik bilik sana, waktu Maghrib dah nak masuk ni. Nanti turun bawah tolong umi hidangkan makanan. Jangan buat-buat lupa pula.."
"Hehehe, baiklah umiku sayang. Am naik dulu eh. Bye umi! " satu kucupan singgah di pipi Hajah Miza sebelum Amni mencicit berlari memanjat anak tangga.
"Ish, budak ni. Manja mengalahkan Arin." bebel Hajah Miza kemudiannya sebelum berlalu ke dapur semula.
******
Tok! Tok!Kedengaran ketukan dari luar biliknya. Amni yang baru sahaja selesai menunaikan Solat Maghrib pantas menuju ke pintu untuk membukanya.
"Angah? Nak apa ni? " soal Amni dengan dahi yang berlapis-lapis.
'Tak pernah tak pernah datang bilik aku kind macam ni, mesti ada sotong disebalik mee sedap ni' detik hati kecil gadis itu. Sesedap hati dia saja bubuh peribahasa. Lantak lah.
"Aik? Nak datang bilik adik sendiri pun perlu buat appointment ke? "duga Emir sambil berpeluk tubuh.
"Of course lah. Eventhough kita ni adik beradik but privasi kena jaga jugak. Tak boleh datang sesuka hati, mana tahu masa tu Am... "
"Dah dah, jangan nak membebel kat sini pulak, Umi panggil ajak makan tu.Angah tahu lah. Dah, cepat turun. " cepat Emir mencantas perbicaraan Amni sebelum menjadi sebuah karangan.
"Erk? " terteleng kepala Amni merenung wajah abangnya itu.
"Erk erk, aku sekeh jugak kepala budak ni nanti. Dah lah, cepat turun. Lapar tau tunggu Am dari tadi. " Emir membidas sebelum melangkah pergi.
"Iya lah.. " balasnya tanpa rasa berkecil hati pun.
Pintu kembali ditutup rapat.
"Alahai.. Apalah nasib dapat angah garang macam ni. Tetiba rindu pulak dekat along. Hmm.. " ujarnya sebelum bersiap untuk turun ke bawah.
******
Deringan dari Iphone milik lelaki itu bergema diseluruh ruangan bilik bercat kelabu asap tersebut. Lantas dicapai tatkala deringannya masih lagi menyanyi nyaring.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romansa[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...