Bab 40

567 33 6
                                    

"AKU terima nikahnya Haura Wardina binti Azman dengan mas kahwin tersebut. "

"Sah? "

"Sah! "

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Haura Wardina kini sudah sah bergelar isteri kepada Elyas Rafal. Doa dibacakan sebelum acara seterusnya dilakukan.

Amni yang mengenakan kurung moden berwarna biru muda itu mengesat airmatanya. Rasa sebak menyelubungi dirinya saat melihat abang sulongnya melafazkan akad. Dan kini, lelaki itu sudah bergelar suami kepada Haura Wardina  kakak iparnya.

Zya disebelah menjeling lalu menyenggol Amni.

"Dah lah tu. Orang happy yang kau menangis apasal? " bisik Zya perlahan. Soalan itu lebih kepada mengejek sebenarnya.

Amni memuncungkan bibirnya.

"Bengong! Aku bukannya sedih, aku sebak lah sebab happy tengok along aku dah berumah tangga. Kau apa tahu.." balasnya juga secara berbisik, takut menganggu bacaan doa yang sedang dibaca.

"Iya lah tu. Haa, kau bila lagi? "
"Bila lagi apanya? "

"Eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pulak. Tuu la.." muncung bibir Zya menunjuk tok kadi dihadapannya.

Faham maksud itu, ingin saja dia mencubit lengan Zya. Namun, niat dibatalkan. Kang menjerit budak tu nanti, tak ke kecoh satu rumah ni.

Zya hanya tersengih melihat jelingan penuh makna sahabatnya itu.

"Hehehe.. Aku gurau je lah, itu pun nak sentap. " sengih ditayangkan.

Malas untuk melayan, Amni memandang ke hadapan. Senyum terukir saat melihat wajah alongnya berseri. Raja sehari katakan!

******
Menjalani hari seperti tiada apa-apa yang berlaku, Dhia yang ralit menatap data dalam skrin laptopnya pantas menoleh saat Iphonenya berbunyi. Melihat nama si pemanggil, terbit senyum yang sukar dimengerti.

"Hello.. so, macam mana kerja you? " sapanya dahulu sekali gus menyoal.

"Beres bos. Ada satu maklumat penting buat bos. " kata si pemanggil.

"What is that? " membuak perasaan ingin tahunya saat ini.

"Nanti aku hantarkan dekat bos. "

"Alright then, make sure kerja you tak hampakan I. "

"Bos jangan risau, bos tengok dulu maklumat tu nanti. Apa-apa hal, bos maklumkan pada saya. "

"Okay "

"Okay lah bos. Aku gerak dulu. "

"Hm.. " balas Dhia ringkas sebelum panggilan ditamatkan.

Sejurus selepas itu, satu message whatsapp diterima dalam bentuk fail. Butang download ditekan. Line yang laju tidak mengambil masa yang lama untuk muat turun fail itu.

Melihat saja maklumat yang diberikan si pemanggil tadi, senyuman penuh makna tersirat terukir dibibirnya. Maklumat tersebut dibaca dengan penuh teliti. Setelah berpuas hati, satu message balas dihantar pada nombor yang sama.

Bagus! I puas hati dgn kerja you.

Butang send ditekan.

"Hmm.. tak sia-sia I upah you buat semua ni. " sekali lagi maklumat tersebut dibaca.

"Hahaha, sorry Syam sayang.. I minta dengan you cara elok, you degil. Tak nak! so, I terpaksa buat cara ni. Hahaha.. Puas hati I! " dalam diam, gadis itu sedang merancang sesuatu.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now