SIANG melabuhkan tirai lagi digantikan pula dengan malam yang mengambil alih. Begitulah putaran dunia, siang dan malam silih berganti. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah swt bukan ?
Dari ruang dapur, terdengar suara seseorang sayup-sayup menyanyikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini. Siapa lagi kalau bukan Amni Syadiqah yang sedang mencuci pinggan mangkuk usai saja makan malam tadi.
Dan bila kau hadir bagai satu misteri..
Ternyata diriku bagai sudah dijampi..
Dan bila kau hambakan hatiku kembali..
Ternyata hanya kau harus aku cintai..Malam, Berganti malam..
Masih Terbayang,
Apa Yang berlaku,
Pada Diriku,
Ternyata Kamu..
Ternyata Kau mahu diriku..
Selama Kau milik ku..
Ooo..."Dan.."
Belum sempat Amni menyambung kembali lirik lagu tersebut, Hajah Miza lebih cepat memintas membuatkan Amni tersentak.
"Ya Robbi ! bila nak habis kalau mulut menyanyi tangan tak kerja ni. Dah lah, menjerit malam-malam macam ni.." tegur Hajah Miza sambil bercekak pinggang.
Amni mengurut dadanya akibat terkejut dengan teguran Hajah Miza secara tiba-tiba itu.
"Umi ni.. terkejut Am tau. Mana ada tangan tak kerja, ni Am buat lah ni. Sikit lagi tinggal.." ujar Amni mempertahankan diri.
"Haa, menjawab. Umi cili mulut tu kang.." marah Hajah Miza. Dia paling pantang kalau anak-anaknya menjawab kata selain ditanya.
Amni tersengih bagai kerang yang minta direbus.
"Hehehe.. sorry umi.." lantas Hajah Miza dipeluk dari sisi.
Terdengar keluhan dari mulut Hajah Miza.
"Hmm, dah cuci sampai habis.. Umi nak ke depan dulu, nanti Amni buat teh o bawa ke depan ya.." Hajah Miza sudah kembali pada sifat asal, lembut tetapi tegas dan garang.
"Okay umi.. hehehe."
Amni menghantar langkah kaki Hajah Miza dengan sengihan sehingga bayangan uminya hilang di sebalik dinding yang menjadi penghalang antara dapur dan ruang utama. Kemudian, dia kembali menyambung kerja tadi hingga selesai.
******
"Assalamualaikum.."Kedengaran suara seseorang memberi salam dari luar villa itu. Syameel yang sedang menonton Mission Impossible II itu bingkas bangun dari sofa untuk melihat siapa yang datang pada malam itu.
"Waalaikumussalam.." jawab Syameel sambil berjalan ke pintu utama.
Sebaik saja pintu dibuka, senyuman Syameel mekar dengan sendirinya apabila melihat tetamu itu.
"Pak ngah !!" seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arahnya.
"Azzam !!" lantas tubuh anak kecil berusia 7 tahun itu didukungnya dan pipi dicium bagi melepaskan rindu pada anak kecil itu.
Tidak lama kemudian, Puan Sri Asma datang menyapa.
"Siapa yang datang tu Syam ? kecoh semacam aje mama dengar dari atas tadi.."
Syameel tersenyum pada mamanya lalu memberi ruang pada Puan Sri Asma untuk melihat tetamu itu.
"Assalamualaikum ma.."
"Eh, ya Allah Yana.. waalaikumussalam.. kenapa datang tak bagitahu mama ni ?" soal Puan Sri Asma lalu memeluk anak sulongnya itu, Elyana Aura.
"Ma.." Ahmad Syukri, suami kepada Elyana menyalam tangan ibu mentuanya itu.
"Hahaha.. saja nak buat surprise.."
"Ish, Yana ni.. dah, jom masuk. Syam ni pun, kenapa tak ajak Kak Long dan Abang Long kamu ni masuk tadi.." bebel Puan Sri Asma pada Syameel.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...