Bab 3

2.2K 81 0
                                    

"HMM.. dah lah tu, nak buat macam mana kan ? apa kata Amni kerja aje dekat syarikat abah.. habis cerita.." ujar Haji Hamsyar yang baru saja datang dari bilik bacaan dan mendapatkan Amni di ruang tamu.

Amni menghela nafas. Khali sejenak.

"Erm, bukannya Am tak nak abah, tapi Am nak cari pengalaman kerja lagi. Tak cukup untuk 3 bulan aje tu.." tolak Amni dengan alasan yang kurang bernas.

Hajah Miza datang dari arah dapur dengan menatang dulang ditangan.

"Betul cakap abah kamu tu Amni, daripada Amni sibuk cari kerja sana sini, baik tolong Angah kamu kat office tu.." tukas Hajah Miza pula sambil menuang air kopi susu ke dalam cawan.

"Nah, minum bang.." suanya pada Haji Hamsyar.

Haji Hamsyar membalas dengan anggukan dan senyuman pada isterinya. Kemudian, Hajah Miza melabuhkan duduk disebelah Amni.

"Alaa, umi.. Am belum ready lagi lah nak kerja dekat syarikat abah tu. Bukan tak nak, tapi belum ready.."

"Hm, suka hati kamu lah Amni.. Umi tak larang kalau kamu nak cari kerja lain, janji kerja tu halal dan baik.."

"Jeongmal eomma ? yeyy ! terima kasih umi ! abah pula macam mana ?" kini pandangannya dihalakan ke arah Haji Hamsyar.

Melihat anggukan dan senyuman nipis dibibir abahnya itu, Amni menjerit kegirangan.

"Gamsahamnida ! umi, abah. Am janji akan cari kerja dari sumber yang halal dan baik.." ujarnya gembira lalu memeluk Hajah Miza disebelahnya.

"Erm, iyalah.. gam apa tadi ? gamsida ? gamham ?" soal Hajah Miza dengan kerutan di dahi.

Melihat kerutan itu, tawa Amni berderai.

"Hahahaha.. lawak lah umi ni. Bukan gamsida lah, tapi Gamsahamnida maksudnya terima kasih dalam bahasa Korea." terang Amni pada uminya.

"Oh.. yang lagi satu tu tadi, apa tu ? jongmal ? "

"Hahaha, salah tu umi.. Jeongmal maksudnya betul ke. Haa, yang eomma tu pulak, ibu maksudnya." umpama mengajar budak darjah satu saja lagak Amni kini.

"Amboii Hajah, nak belajar cakap Korea jugak ke ni ?" perli Haji Hamsyar di sebelah sana hanya sekadar gurauan.

"Eh, mana ada. Saya nak tahu aje maksudnya.." Hajah Miza menyangkal.

"Iya ke ni ? ke awak dah mula minat dengan apa namanya tu ? Soong Ki ? eh.. Ki Joong .."

"Hahahaha.. abah, hahaha.. merepek lah abah ni. Suka hati aje bagi nama boyfriend Am macam tu. Song Joong Ki lah abah. Bukannya Soong Ki atau Ki Joong.. hahaha" pintas Amni laju-laju.

"Haa, tu yang abah nak cakap tadi. Lupa ! hahaa"

"Eh, abang ni.. tadi kata saya, tu dia pun tahu pelakon dari Korea.." bidas Hajah Miza.

"Hahaa.. itu lelaki, tak apa.."

Belum sempat Hajah Miza membalas kata-kata suaminya, Emir pula datang.

"Amboi, umi.. abah, apa yang kecoh-kecoh ni ?" tegur Emir yang baru saja keluar dari bilik kerjanya.

"Ni umi kamu ni minat Korea..haha" usik Haji Hamsyar.

"What ? umi minat korea ? since when umi ?"

"Eh, mana ada.. memandai aje abah kamu ni Emir.."

Haji Hamsyar hanya ketawa melihat wajah kelat isterinya itu.

"Laa, Emir ingat betul tadi. Ni mesti virus Am yang merebak kat umi ni kan ?"

Pandangannya dibuang ke arah Amni disebelah Uminya. Amni menoleh ketika namanya dipetik Emir.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now