Bab 13

1.5K 80 10
                                    

HUJAN renyai-renyai menuruni bumi. Langit yang sememangnya gelap kerana kepekatan malam, bertambah gelap disebabkan awan mendung. Jam di dinding sudahpun menunjukkan ke angka 9.00 malam.

Syameel menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Kakinya dihayunkan ke dapur untuk minum bagi menghilangkan rasa dahaga. Belum sempat kaki melangkah ke dapur, Tan Sri Firdaus menegur menyebabkan langkah kaki Syameel terhenti.

"Syam.." tegur Tan Sri Firdaus meleret.

Syameel menoleh ke belakang memandang papanya.

"Eh, pa.. belum tidur lagi ke ?"

"Belum. Papa baru aje keluar dari bilik bacaan ni.. Syam buat apa kat sini ?"

"Tak ada. Syam dahaga, tu yang datang dapur ni. Eh, mama dah tidur ke ?"

"Oh, entah la. Dah kot. Jom.. borak sana, papa ada hal nak bagitahu Syam ni.." kata Tan Sir Firdaus sambil menunjuk ke arah meja makan di dapur.

Syameel menangguk lalu membuntuti langkah papanya dibelakang.

Tan Sri Firdaus mengambil tempat di kerusi sambil memandang Syameel yang rakus meneguk air putih. Nampak benar hausnya.

"Erm, papa nak bincang apa tadi ?" Syameel menyoal lalu melabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan Tan Sri Firdaus.

"Pasal interview PA Syam hari ni.."

"Oh, iya ke? so, hows pa ?"

"Erm, everything okay. Most of them graduation with degree. Dan kebanyakannya cukup syarat."

Syameel mengangguk tanda mengiyakan kata papanya.

"Hm, okay.. So, papa dah pilih siapa yang sesuai ke ?"

"Belum lagi. Ke Syam sendiri yang nak pilih. Better you choose by your own because this is your PA, not me."

Syameel menyeringai.

"It's okay pa. Just choose it for me, I know you'll choose someone yang boleh Syam harapkan because I trust you well."

"Betul ni ? Don't you regret it one day." asak Tan Sri Firdaus sekadar menguji.

"InshaaAllah, I won't. Like what I said just now, I trust you very well pa. No doubt. "

"Okay, kalau macam tu. Papa akan pilih yang sesuai untuk Syam nanti. Honestly I've one already, I think she's suitable to be your personal assistant. Syam tak nak tengok ke resume dia dulu?"

Syameel menggeleng.

"No pa, thanks ya. Syam dah serahkan semuanya pada papa, so, siapapun yang papa pilih, I'll accept her as my PA. " ujar Syameel dengan senyuman.

Dia bukannya kisah sangat soal personal assistant ni. Kalau boleh, tak payah ada langsung pun tak apa. Tapi, apa boleh buat papa dia sudah keluarkan kuasa veto. Jadi, dia terpaksa menurut.

Tan Sri Firdaus pula mengangguk. Janggut yang hitam di dagu diusap lembut.

"Hmm.. okay, kalau Syam dah cakap macam tu. Next week Syam dah masuk kerja kan ?"

"Ha'ah.. why ?"

"Nothing, just for sure it. And your PA will working by next week too. Iyalah, tak kan nak kerja esok, kalau bos tak ada kan ? hahaha" seloroh Tan Sri Firdaus.

"Haha, okay pa."

"Okaylah, papa nak masuk tidur ni. Kamu tu jangan lewat sangat masuk tidur. Okay, good night.."

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now