SEMUA mata mula memandang ke arah Syameel ketika dia berjalan masuk ke bangunan yang berdiri gah itu. Golden Group merupakan syarikat milik keluarga Syameel yang didirikan dengan hasil titik peluh ayahnya sendiri, Tan Sri Firdaus pada 20 tahun yang dulu. Bangunan itu terdiri daripada 12 tingkat. Fuh ! bayangkan. Tinggi tu. Tapi, jangan risau liftkan ada.
Dalam bangunan itu semuanya lengkap, ada surau, cafe, taman mini tempat berehat semuanya lengkap. Tapi, ia diletakkan di tingkat yang berlainan.
Kini, Syameel sudah berada di tingkat 11, dimana letaknya pejabat Tan Sri Firdaus yang merupakan Lembaga Pengarah di syarikat itu. Dan tidak lama lagi, dia juga akan memegang jawatan CEO.
Sepanjang melewati meja staf yang berada di tingkat itu untuk ke bilik Lembaga Pengarah, dia perasan ramai mata yang tak berkedip memandangnya, ada juga yang berbisik sesama sendiri, ada juga yang tercengang dan macam lagi. Namun, semua itu tidak dihiraukannya.
Syameel menghampiri seorang wanita yang usianya dalam 30-an itu. Sopan saja lagaknya dengan memakai baju kurung dan bertudung.
'Mungkin PA papa kot..' detik hati Syameel.
Wanita tadi serta merta berdiri saat melihat Syameel berdiri di hadapannya dengan wajah dingin.
"Err, ya ? nak cari siapa Encik ?" soal wanita itu dengan ragu-ragu.
"Saya nak jumpa Tan Sri Firdaus." ujar Syameel dengan sebaris ayat itu.
"Oh. Encik ada buat appointment ke sebelum ni ?" soal wanita itu lagi.
Seketika Syameel melirik ke arah tag nama yang dipinkan di tudung wanita itu. 'Farah'
"Erm, cik Farah.. "
"Panggil Puan aje, tak pun akak. Err, saya dah kahwin.." pintas Farah laju.
"Oh.. okay, I call you Kak Farah lah.."
Farah mengangguk.
"Okay, macam ni I don't have any appointment with Tan Sri Firdaus, but Tan Sri want me to come here.." jelas Syameel tanpa riak.
'Tak kan papa tak bagitahu PA dia kot yang aku nak datang sini..' gumam hatinya pula.
"Iya ke Encik.. wait, I ask Tan Sri first. Encik siapa nama tadi ?"
"Syameel.."
Beberapa minit menunggu, Farah meletakkan ganggang telefon dan kelihatan resah memandangnya.
"So, how ?" soal Syameel memandang tepat ke wajah Farah tanpa secalit senyuman.
"Err.. maaf Encik Syameel, saya tak tahu yang Encik ni anak Tan Sri, Tan Sri tak bagitahu saya pun tadi.."
"It's okay. So ? Tan Sri ada tak ?"
"Ada.. ada.. Encik Syameel boleh masuk, Tan Sri dah tunggu.."
"Okay, thanks.." Syameel terus berlalu dari situ dan masuk ke bilik pejabat papanya.
Farah menarik nafas lega.
"Pfuhh.. nasib baik tak mengamuk sebab aku tak cam dia anak Tan Sri tadi. Tapi itulah sayang, muka handsome tapi lokek dengan senyuman. Macam makanan sejuk beku aje aku tengok muka dingin dia tu, ketat semacam.." gumam Farah perlahan sebelum menyambung kembali tugasnya.
******
Amni berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Sampai saja dirumah tadi, dia terus berkurung di dalam bilik. Saat ini hanya tuhan yang tahu betapa hatinya risau dengan masalahnya sekarang. Handphone Samsung J7 Prime diletakkan di atas tilam, takut-takut Pak Mail menelefonnya nanti."Macam mana ni ? macam mana aku nak bagitahu umi dan abah. Hmm.." ibu jarinya digigit lagaknya sedang mencari idea.
Tiba-tiba lagu I Am The Best nyanyian kumpulan penyanyi wanita top di Korea, 2ne1 bergema di seluruh ruangan bilik itu. Segera Amni mendapatkan handphonenya kerana dia menyangka panggilan itu dari Pak Mail.

YOU ARE READING
I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #3 in lovenovel Highest ranking #1 in readers ] Nurul Amni Syadiqah Binti Haji Hamsyar. Amni atau lebih mesra dipanggil Am merupakan seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia tidak boleh berbohong, namun nakal dan garang. And...